Tuesday, April 10, 2007

Luar Biasa II

Orang kata, nak berjuang dan menegakkan agama Allah ni susah. Banyak sangat dugaan. Sangat banyak sampaikan bukan sebarangan orang yang mampu terus berjuang. Hanya pejuang2 pilihan Allah je yang tetap gigih menegakkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Aku tau, aku masih terlalu jauh untuk menjadi salah satu daripada pejuang2 tu. Teramat jauh.

Di kala semua orang tengah sibuk belajar di library, aku sibuk ke sana ke sini, cuba menceritakan pengalaman aku ketika ESQ Training pada kawan2 tapi apa yang aku harapkan daripada kawan2 bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

"Macam mana ko boleh terasa nak pergi? Masa presentation last year, aku takde rase sikit pon nak pegi..Bosan gila presentation tu..”

“Aku memang tak percaya la benda2 macam tu..”

”Yang ko semangat2 promote ni, ko dapat commission ke? Kalau dapat, aku nak join la”

”Sorry la dina, tp aku tak berminat la benda2 mcm ni. Banyak benda aku boleh buat dengan 700 ringgit tu”

Aku hanya mampu memberi senyuman palsu bila mendengar kata2 kawan2 aku tu semua. Aku sekadar ingin berkongsi dengan diorang, satu pengalaman yang tak mungkin aku lupa sampai aku mati. Aku tak boleh jamin dengan keimanan yg Allah kurniakan ni akan berkekalan dalam hati ni tapi aku boleh jamin dengan satu perasaan dan pengalaman yang aku dapat takkan aku lupakan sampai bila2.

Di saat aku mula berputus asa, salah seorang kawan aku mula memberikan sedikit harapan. ”Tapi aku x sure lagi la. Kena tanya mak aku dulu..”. Satu hari sebelum training bermula, dia menelefon aku, ”Dina, sorry la kalau menyusahkan kau. Berhari2 aku discuss dengan mak aku. Baru sekarang dia kata boleh..”. Saat tu, aku gumbire gile. Aku terus menelefon centre training tu tapi apa yang mengecewakan, allocation untuk student dah penuh. ”Tapi takpe, kalau ada kekosongan nanti kami akan hubungi awak balik..”. Aku tak mengharapkan apa2. Kalau ada rezeki untuk kawan aku tu, bagus la. Tapi alhamdulillah, lepas beberapa jam, aku menerima panggilan drpd mereka and petang tu jugak aku terus bank in kan duit kawan aku and fax borang ke centre.

Cumanya, hanya ada satu je kebimbangan di hati. Aku takut kawan aku ni rasa tak berbaloi bila pergi ke training ni. Esoknye, di PWTC, aku jumpa kawan aku tu. Untuk hari pertama, aku tak tanya apa2 lagi. Aku tunggu sampai hari ketiga. Aku mmg tak tanya ”Macam mana? Best tak?” sebab aku nak dia yang luahkan sendiri. ”Dina, thanx la sebab tolong aku untuk join training ni. Memang sangat best!”. Alhamdulillah, aku tersenyum gembira mendengar kata2 dia tu. ”Tapi, satu je la...”, riak muka aku mula berubah. ”Bagi aku, walaupun hati dah ’merdeka’ tapi semuanya tergantung mcm tu je. Tak bererti bila hati dah ’merdeka’ dan terhapus segala dosa, kita akan dimasukkan dalam syurga. Aku rasa diorang takda tekankan betapa penting untuk kita teruskan mencari ilmu Allah tu”. Aku terdiam kejap.

Lepastu aku kata, ”Ye la, perjalanan untuk mencari ilmu tu is an unending lesson. Takkan nak harapkan pada training ni. Nama pun ESQ training. Memang nak kukuhkan dulu aqidah seseorang tu..”. ”Memang laa.. Tapi aku rasa tergantung. Kalau seseorang CEO tu dah punya aqidah yang mantap, dah mula sedar akan kewujudan dan kebesaran Allah, adakah dia akan terus mengejar dan mencari ilmu Allah atau dia hanya akan bekerja sebagai CEO dengan hanya satu kepercayaan yang baru. Mana cukup..”. Aku terdiam. Tiba2 telefon dia berbunyi, perbualan kami terputus sampai situ je..

Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah, pendapat kawan aku tu aku fikirkan secara mendalam. Aku cuba memikirkan balik apa yang dia bagitau. Kebimbangan yang aku rasa sebelum dia join training tu mmg ada betulnya. Bila aku fikir2 balik, kawan aku tu memang jenis yang ’alim’, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang memang mementingkan didikan agama. Sekolah pun di sekolah agama sejak kecil. Alquran pun dah beberapa juzuk dia hafal. Memang kalau nak dibandingkan aku dengan dia sangat jauh tahap ilmu agama dia. Dia dah join sangat banyak event2 yang islamic mcm ni. Sudah pasti, impak yang dia rasa tak sama dengan impak yang aku rasa bila join ESQ Training ni.

Keluarga aku jenis yg moden. Tipula kalau takda unsur2 yang mengejar dunia. Tapi memang mak ayah aku pentingkan ilmu agama, tu tak dapat nafikan. Mak ayah aku memang cukup pantang kalau anak2 tinggalkan solat. Masa kecik dulu, mak aku mmg cukup marah kalau ponteng kelas agama. Baca Yasin malam jumaat dah dijadikan satu ’kewajipan’. Mak aku selalu ingatkan anak2 untuk baca doa2 tiap kali awal muharram atau nisfu syaaban. Tapi kalau solat tu, memang hanya sekadar solat. Kalau baca Alquran, hanya sekadar baca dan khatamkan Alquran tapi tak pernah cuba untuk menghayati. Aku tak pasti la dengan adik beradik aku yg lain tapi sejak aku pegi training ni memang aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa selama ni.

Aku ada jugak cuba ajak mak ayah akak2 n abang aku pergi ke preview ESQ ni tp diorang selalu je sibuk. Kadang2 aku sedih sebab aku teringin sangat diorang rasakan sesuatu perasaan baru yg aku rasa tu. Akak2 n abang2 aku terlalu sibuk dengan investment itu ini. Bila aku kata harga training tu seribu lebih, diorang kata ”Wah sangat mahal!” tapi beribu2 duit dibelanjakan dalam pelaburan itu ini. ”Alaa, tu untuk orang yang tak kuat agama je” ayah aku pernah cakap macam tu. Terdetik dalam hati aku, "Kalau aku tak kuat agama, adik beradik yang lain mcm mana?". Aku tak tahu kepada siapa lagi patut aku kongsikan perasaan ni. Aku tanak jadik judgmental terutamanya kat keluarga sendiri tapi aku yakin, diorang juga mcm aku sebelum aku join training ni. Memang akak2 n abang2 aku jaga solat, Alquran pun insyaAllah tak pernah tinggal tapi melihatkan diorang berpenat lelah menguruskan bisnes itu ini, discuss pasal duit tak masuk lagi, aku musykil, adakah tujuan hidup diorang hanya semata2 kerana dunia atau kerana Allah.

Lepas aku pergi 2nd training ni, lagi banyak ilmu baru aku dapat. Lagi banyak benda yang aku fahamkan. And lagi banyak perkara yang aku fikirkan. Masa aku pergi the first training bulan 2 hari tu, aku rasa sangat gembira. Aku rasa puas. And aku rasa cukup dengan apa yang aku dapat masa training. Memang itulah apa yang aku cari selama ni. Tapi, sebulan dua lepas training tu, aku mula lupa. Bukan lupa apa, cuma sedikit sibuk dengan pelajaran2 aku sampai aku kurang membaca tafsir2 Alquran. Aku terlalu banyak menumpukan kepada pelajaran sampai kadang2 termiss tazkirah2 kat surau. Bila cuti start, aku mula rasakan sedikit ’dependence’ kepada training tu which is not a good thing to feel. Memang 2nd training is meant to recharge tapi sampai bila aku nak depend on training ni? Sampai bila aku nak betul2 berubah and hanya depend on diri sendiri?

Bila kawan aku cakap kat aku, baru aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Keyakikan dia terhadap Allah memang dah cukup kuat sebelum ni. Kebenaran Alquran pun memang dah cukup dia faham selama ni, kalau tak, takkan la dia bawa tafsir dia kemana2 je. Cuma aku je tergolong dalam golongan orang2 yang memerlukan bantuan. Alhamdulillah Allah dah memilih aku untuk mendapatkan bantuan tu. And baru aku faham, ESQ training tu hanyalah satu keperluan yang teramat asas. Walaupun skop yang dibincangkan adalah seusatu yang basic tapi tanpa basic yang kuat, tak guna jugak kan. Ilmu and pengalaman yang aku dapat masa training tu hanyalah sebagai guidance aku untuk terus berjuang mencari ilmu Allah. Pengalaman tu aku perlu pegang kuat2 untuk terus mendampingi Alquran dan mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w.

Training yg aku baru pergi kelmarin, banyak participant yang aku nampak bawa ahli keluarga. Seorang ibu memeluk anaknya, seorang suami memeluk isterinya, berdampingan air mata dengan penuh kasih sayang and rasa bersyukur. Aku rasa sayu sebab tak pasti bila aku dapat melalui saat2 macam tu. I know, give-up is not even in the list of my options. Sedangkan Rasulullah s.a.w. dan para nabi yang lain pun menghadapai dugaan yang lagi mencabar, inikan pula aku, seorang hamba yang terlalu hina untuk mendapatkan kesabaran yang mantap daripada Allah. Aku hanya mampu berdoa and terus berusaha. Walaupun impak yang dirasa oleh kawan aku tu tak sebesar impak yang aku rasa, sekurang2nya, duit yang dia bayar tu akan terus dilaburkan di jalan Allah. Terlalu ramai orang kat luar tu yang macam aku.

“Tolong sebarkan berita ini di seluruh Malaysia, Allahuakbar. DARI OXFORD. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILALLAH ALLAHU AKBAR. Berita mlalui telfon langsung Mbak Intan (adik pak Ary) dan pak Ary dari seminar ESQ di Oxford, Inggris. Puji dan sujud syukur dgn tak habis2nya tasbih dan takbir kita patut lantunkan kehadrat Allah. Setelah Pak Ary menyampaikan ceramah 165 dan memasang lantunan Asmaul Husna, para pserta kursus spiritual yg hadir dari berbagai negara dan berbagai kalangan agama semuanya segera menghampiri pak Ary dan mbak Intan sambil menangis dan berkata: Allah is great, Allah is Wonderful, Muhammad is Right, Islam is Right. Allahuakbar, bukankah ini sesungguhnya adalah syahadat. Bahkan mereka minta agar slide Asmaul Husna diputar ulang, dan mereka smua duduk terpaku dengan khidmat mndengrkn lantunan Asma2 Allah meskipun mrk tdk mngrti bhsa Arab. Dan Pak Ary diminta utk datng ke negara2 asal para pserta utk mnyebarkan esq way 165. Smoga ini smkin mperkokoh kyakinan kita bahwa 165 milik Allah adalah cahaya yg akan menerangi dunia. Sujud syukur kita dan mari bacakan Al Faatihah utk kemuliaan Islam Iman dan Ihsan dan agar tidak sdikitpun ada kraguan di hati bahwa cahaya Allah 165 adalah HAQ. Alfaatihah. Salam 165 dari Aminul Rachman.” – 728 a.m. 160307

Message ni aku terima daripada seorang alumni ESQ, yang juga senior aku di kolej dulu. Aku terlalu sayu and tak dapat nak tahan perasaan ni. Aku menangis sambil memuji2 kebesaran Allah. Walau beribu ringgit aku bayar utk training ni, takkan cukup dengan apa yang aku dapat and takkan terbayar dengan segala usaha yang team ESQ gunakan untuk menyedarkan ratusan bahkan ribuan individu di luar sana yang macam aku. Walau dah berapa usrah atau tazkirah yang aku pergi, training ni la yang dapat buat aku faham dengan Ihsan, Iman dan Islam. Sekarang, walaupun bagi kawan aku tu training ni agak tergantung, sekurang2nya aku tahu, duit yang dia bayar juga akan terus diperjuangkan ke jalan Allah. Mudah2an akan bangkitlah umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tersebarlah cahaya 165 ke seluruh dunia, insyaAllah..
“When the victory of Allah has come and the conquest, And you see the people entering into the religion of Allah in multitudes, Then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance.” _An-Nasr 110:1-3
Wallahu'alam..

[p/s: Happy 22nd Birthday to Lupi and Happy 20th Birthday to me! :) The only person whose birthdate would I not forget is my brother, the closest twin I've ever had. No matter what, he'd always be in my prayers, through out the days to come.. Love you, bro. Good Luck for your exams! May Allah always be with you..]

2 comments:

Anonymous said...

u noe what dina. u've been chosen by God to get n feel what other people don't. after what u've confronted ever since you were a kid, after being in search of what is really meant for u, u should be grateful for everything. i'm happy to see that u're walking on the right track though a bit out-of-ur-depth if i must say but just keep holding on [no, no background music! lol!] and go fight for it!

deynarashid said...

aisehmen, kalo ade background music baru la masyok sket!! hehe.. thanx for ur support all this while bro. couldnt make this far without u guys. Semoga Allah memberkati korang dunia akhirat, insyaAllah..