Monday, April 28, 2008

Another one has been EXPLOREd :)

Biarlah orang kata aku jakun ke, poyo ke, gelabah ke, yang penting aku puas hati dan happy :) Haha.. *excited*
Sekarang ni, ramai dah kawan aku yang semakin hebat dalam bidang 'penembakan' ni. Aku jugak yang masih terkedek-kedek di belakang. Seriously, aku sangat tak ada masa nak habiskan baca Digital Camera magazine yang duk mengumpul habuk atas rak buku aku tu. Dan aku memang sangat tak ada masa nak keluar dan menembak. Apatah lagi nak buat ringlight mcm encik Abe. Huhu.. Sedikit sebanyak, sedih jugak la sebab aku memang sangat passionate dengan photography ni. Tapi apakan daya. Semakin lama hidup, semakin banyak komitmen lain. Huhu..

Maka dengan itu, aku mengucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri :)

Saturday, April 26, 2008

Press The Button.

“I have always been this prejudiced against the medical students. In case you wonderful students of medicine are starting to lose your temper on me, i suggest you to calm down and finish reading the whole article. You are taught to read lengthy documents and journals after all.”

I almost got crazy just now.

It has been months since I last talked to MN. After we had some series of rifts, I suddenly got this sudden urge to say hello and just to make sure that he’s mentally balanced, after all those nasty difficulties he had to go through. And I happened to stumble upon his recent blog entries. I know he likes to narrate. I know he has quite good English to communicate by. And I know he has been very keen to read medicine but only to find himself being stuck in an engineering course without interest. But I have never known that he had had THE history he never ever once told me.

And so I read a few sentences of the first episode of his history. And I almost got crazy. You know why? Because I have tonnes of stuff to read and revise. I have some essays to be submitted. I have a slide presentation on my people and disease module to prepare. And if I were to sacrifice my time for reading through his entries, I would rather ask someone to drill a hole in my skull and let those malicious bugs out of my head..

Anti-climax tak? Like.. whatever!

But despite all those anticlimactic yet sturdy pretexts, I have to admit that he’s been quite mentally balanced now. He’s back to his normal life. He’s back into the society. He’s back to his friends. And that’s just good to know.

“Hidup kita ni mcm movie kan. setiap manusia yg kita encounter dalam kehidupan ni masing2 ada role (watak) dia tersendri. bila Allah (the director of the movie) kata role orang tu dah habis, He will remove the watak from the movie, by whichever way He wants. boleh jadik orang tu masuk balik dalam movie tu sbb role dia sebenarnya belum habis lagi. selagi orang tu (atau kita sendiri) belum mati, APA-APA je boleh berlaku. We never know.”

That’s what I told T in my email, replying hers. No, we didn’t talk about MN in the emails. We talked about something bigger and utterly crazier. But anyhow, MN came back into the scene; my movie. I’m not sure for how long or for what reason but I’m sure his role is not over just yet. I won’t press the ‘fastforward’ button to see how the ending would be but instead, I will let the seek bar on the player move as fast or as slow as the time ticks.
But for now, I just need to press the ‘pause’ button and get onto the bed. And sleep.

Wednesday, April 23, 2008

I chose. This.

Hari ni aku belajar satu benda yang sangat terkesan bagi aku. Benda simple je. Tapi aku terlalu get emotionally moved.

Tadi ada Pe0ple and Disease seminar kat Leicester General Hospital. GP aku tanya, “How would you respond if your patient gets suddenly at the top of their feelings and starts weeping?”

Change your tone of voice.

Give it a pause. Let the silence calm everything down.

Ask whether he/she wants to continue.

Empathize. Say something like, “I can see it has been tough for you to go through those difficulties,” or “I’m sorry to hear that,”

Tapi aku terfikir lama bila consultant aku cakap macam ni:

But NEVER say “I understand how you feel” because we are not there, we don’t experience what they do so we can never understand.

Macam aku cakap, benda simple je, tapi aku betul-betul terkesan. I think it's because of the close intimacy that I have with my EQ that actually brought me into the deep thoughts.

Lupi pernah buat hospital attachment kat Manchester hospital dulu, masa family aku ada kat sana. Dia kata, dia tengok depan mata dia, macam mana doctor tu nak break a bad news. Patient tu ada brain tumor. Bayangkan, macam mana kita nak bagitau seseorang tu yang dia ada brain tumor? It’s not easy, man!!! Susah sangat. Manusia ni ada Emotional Quotient. Sangat susah nak internalise the feelings.

Tapi all this while, we take the EQ for granted kan? Memang la susah nak meet everyone’s needs tapi.. hmm.. ntahla. Aku tak dapat bayangkan kalau aku dah jadik doctor nanti, nak buat breaking bad news, ntah2 aku join nangis skali kot? Serious. Tapi.. hmm.. doctor must be mentally and emotionally strong la kan. Kalau tak macam mana patient nak be strong.

Apa aku membebel ni? Haha.. Dah la bahasa tunggang terbalik. Takpelah. I don’t expect you to totally understand what I’m talking about but I hope you could at least catch my drift.

Otak aku lagi sikit dah nak explode. Kalau explode, sia-sia je kalau semua isi keluar balik. Jadi, untuk tanak bagi explode, mari kita tido!

What to do. Medicine. I chose this line.
photo taken by abdhakamabdah.
"Dina, ko memang kena sabar n tabah. Ujian yang ko bakal hadapi, memang sangat mencabar. Sangat-sangat mencabar. But don't worry. Allah is with you.."

Tuesday, April 22, 2008

Fairy oh Fairy

“mekasih banyak dina. moga allah membalas jasa mu”

Bila fikir-fikir balik, rasa kelakar pulak. Dulu kat maahad, aku tak baik langsung dengan N. Sejak masuk kolej, boleh rapat pulak. Kelakar sangat bila fikir time kat maahad dulu. Betapa aku meluat dan menyampah dengan N ni. Haha.. Zaman ketidakmatangan.

Dan bila fikir-fikir balik, rasa kelakar sangat bila kawan-kawan aku mintak nasihat pasal masalah hubungan dengan manusia ni, if you get what I mean. Secara rambangnya, kalau kita ada masalah/konflik dengan manusia, tak kisah lah masalah dengan gf/bf ke, family ke, kawan ke, kita punya emosi konfem akan get affected. Memang tak boleh nak elakkan. Dan tak tahulah kenapa some of my friends tend untuk borak-borak and share dengan aku pasal masalah diorang. Aku happy je untuk tolong mana yang boleh. And lepas diorang dah lega, aku rasa sangat happy boleh tolong diorang.

Tapi kelakar.. aku sendiri ada masalah emosi yang masih belum settle. Haha.. Lawak la bila fikir pasal aku punya ‘the untold story’ ni. Kelakar sangat!! Rasa macam sangat dalam drama!! Fairy tale! Hish.. tak boleh terima betul.

Eh, perlu ke aku nak bebel pasal ‘fairy tale’ sekarang?

Ok la nak tido. Semoga aku berjaya bangun untuk ke kelas *YAAAWWNNN*
photo taken by ikelah iaitu ayah M0m@d.
It's not a coincidence. Trust Him. It'll be answered, sooner or later.

Sunday, April 20, 2008

Idealistic vs Realistic

Date: 04/12/2008 5:22 am
Subject: AR has sent you a smile.
Message: AR wants to brighten your day with a smile. Check out Newbie's profile and send a reply.
A message from AR: “I'll be flying to Manchester tonight. Let me know how can I contact you. Thanks.”

Date: 04/12/2008 6:17 am
Subject: hey
Message: "u're flying to manchester? how long will u been in uk? nway, since my mobile phone is out of service at the moment and i'm trying to get it fixed and get new num, anything, u can just reach me through friendster. if u don't have the access to internet, just give me ur contact num, and i'll try and contact u when u're here. let me noe the dates ya! i hope this msg doesnt come too late :P"

Date: 04/20/2008 7:02 pm
Subject: Hi
Message: “Hi Deyna, sorry I won't be flying to Manchester this week [kata ‘tonight’?] due to my health condition. I have pneumonia so my schedule is restricted for a while until the doctor certified I'm fit to do long haul. Sorry. When I'm flying there again, I'll let you know. Sorry again.”

Hehehe.. hikhikhik.. kihkihkih..

Aku nak reply: “Thank God you’re not coming or things would be a nightmare! Muahahahahaha <- gelak jahat”

Tapi kejam sangat pulak. Rasa macam jahat sangat aku ni. Dah la tulis dalam blog secara sukarelawan. Ntah-ntah memang dia sakit betul kan? Aku tak mampu la nak balik Malaysia sekarang semata-mata nak lawat dia sebagai seorang sahabat yang sakit. Tapi kalau betul-betulah dia sakit, aku memang akan buat solat hajat setiap malam mintak Allah sembuhkan dia. Tapi betul ke dia sakit?

Oh by the way, AR ni memang pilot pun. Yang tu dia tak tipu aku. Sebab aku tengok dengan mata kepala aku sendiri dia dengan flying team dia kat akademi ape ntah kat Langkawi tu. Tapi yang sakit tu.. Hmm.. Wallahua'lam..

Aku saja ja tanak bagi no fon aku. Karang satgi dia mai sini, bagi no aku tu kat polis kata aku ni kawan yang jahat. Tak pasai-pasai kena dok lokap. Ehhh.. dia penah tau buat macam tu! Call rumah aku pukul 3 pagi. Bapak aku angkat. Yang kelakarnya, aku tak pernah pun bagitau dia no fon rumah aku. Tu la.. memang psycho. Bukan aku. Budak tu. Haha..

Itula orang kata. Masa senang, kawan keliling pinggang. Masa susah, pinggang tinggal keseorangan. Adakah aku ni dikira kawan yang meniggalkan pinggang kawan bila dia sakit pneumonia? Rasa bersalah la pulak. Sekarang pinggang aku pulak tengah cari kawan yang takkan tinggalkan dia bila dia susah. Kesian pinggang aku. Nak tolong, tapi tak mampu. Nasib dia la, ye dok? Sape suruh jadik pinggang. Haha..

Oh, esok kelas dah start balik. Patut la aku gila semacam. Haha.. Rasa rindu pulak kat groupmates aku yang pemalas semuanya tu. Ntah siapa la nak buat dissection Selasa ni. Semua pemalas. Termasuklah aku. Haha..

Sebelum aku jadi lebih gila, baik aku stop.
photo taken by Hugo Provoste.
“The idealists would never survive in the real world, deyna. Perjalanan hidup Rasulullah tidak dihiasi dengan karpet merah, tapi dengan darah yang merah. Itu Rasulullah, yang memang dijanjikan syurga. Kita ni? Kita? KITA? Layak ke bergelar ahli syurga? We are too eager to feed our lusts and desires. And be one of the idealists.”

Thursday, April 17, 2008

What has happened to spring?

“I can’t think of anything! Aku dah tak tahu nak cakap apa!”

“Alaa.. jangan cepat melatah. Cuba fikir lagi..”

“Bukannya kau tak tahu macam mana keadaan aku sekarang ni”

“I wish I could help..”

But alas, you couldn’t. Dah sampai satu tahap, aku dah tak tahu nak pusing arah mana. Aku dah tak tahu mana utara mana selatan. Aku dah tak tahu mana langit mana bumi. Macam mana tu?

“Doa la.. Allah je boleh tolong..”

Memang.

Allah je boleh tolong. Sebab Allah je yang faham keadaan aku sekarang ni. Orang lain takkan faham. Percayalah. Tengok la nanti, mesti ramai yang akan respon dengan entry ni, secara langsung atau tidak. Tapi aku tak mampu nak explain. Sebab diorang takkan faham.
photo taken by Vol-au-Vent.
“Carilah HIKMAH di mana jua. Allah menjagamu. So don’t worry..”

Wednesday, April 16, 2008

Bokeh spices up your life!

"Dina, tahu tak ciku (bukan nama sebenar) baru belikan aku lens baru! Nikon 85mm f/1.4D AF Nikkor Lens!!!"

"Serious???? Weh, tak aci!! Nak pinjam!"

"Alamak Dina. Ciku (bukan nama sebenar) kata dia belikan lens tu dengan satu syarat: jangan bagi orang lain pinjam,"

"Hahahahaha.. lawak lawak. Cepat la, aku serious nak testing ni.."

"........ Dina, aku serious ni,"

Aku nak gelak lagi. Tapi.. ntah. Tiba-tiba rasa diperbodohkan. Kalau ye pon nak buat lawak bodoh, takyah la nak perbodohkan orang lain. Eh.. logik ke buat lawak bodoh tanpa memperbodohkan orang lain? Eh, banyak pulak perkataan bodoh. Rasa macam berdosa pulak mulut ni. Eh, mulut pulak. Jari jemari. Eh, banyak pulak perkataan Eh. Eh eh? Haha gilos.

Lain kali kalau TAK BOLEH bagi orang lain pinjam, pandai-pandai la cover 'availability' benda tu. Kurang jelas? Alahai.. susahnye nak ber'bokeh' (baca: berlapik bahasa) ni.

Whatever lah.
photo taken by .:*ghost*:.
p/s: sebenarnya penggunaan objek 'lens' tu hanya analogi semata-mata. Tapi konsep yang aku nak sampaikan sama je. Kenapa aku guna lens sebagai analogi? Saja suka-suka mengisi masa lapang. Sebab tengah nak kumpul duit beli lens baru. Hehe.. Nampak gambar atas ni? Cun gilaaa kan? Bokeh nye amat meliurkan. Jadi.. f1.4, tolonglah jadi kenyataan. Jangan hanya bermain-main dalam mimpiku!

Thursday, April 10, 2008

The Untold Story

Sebagaimana yang korang boleh baca dekat shoutbox aku kat sidebar tu, Dat berkata, “wah. mnrk kisah2 idop awk eh? berusahe dina!”.

Dan sebagaimana yang korang boleh baca dekat shoutbox aku kat sidebar tu, aku pula berkata, “ada lagi satu kisah yg paling menarik tp belum ade ending. haha.. jengjengjeng *muka encik kuning pakai spek hitam*”.

Aku punya satu kisah ni memang macam dalam drama tapi tak pernah ditayangkan dalam televisyen. Seriously.. kalau la aku jadi seorang penulis professional, aku akan tulis kisah hidup aku jadi novel. Dan kalau la aku jadi seorang pengarah movie professional, aku akan buat drama bersiri sebab movie 2-3 jam tak cukup. Mana tahu boleh masuk Hollywood dan kalahkan Gossip Girl atau OTH atau yang seangkatan dengannya! Hah hah.. Cuma kelebihan novel atau drama bersiri yang aku hasilkan ni ada tagline ‘based on a true story’. Huhu..

Malangnya, aku bukan penulis dan pengarah movie professional. Aku hanyalah medic student yang masih belum study musculo, membranes and receptors dan mechanism of disease. Cardio pun masih merangkak-rangkak. Aku tahu. Sangat menyedihkan. Lalalalala~

Aku cakap dekat S@r@h semalam, “Dah tak mampu nak cerita/update kat orang pasal kisah ni. Tuhan je yang tahu..” sebab orang [those whom I tell the story to] dah muak dan mual dan tak heran dengan kisah tu sebab bosan tak habis-habis. Pernah tengok telenovela sepanyol Maria Mercedes sepuluh lebih tahun yang dulu? Yang ada episode beratus-ratus tu? Haaa macam tu la. Dan aku dah tak mampu nak komen apa-apa pasal kisah aku ni. Aku masih menunggu the ending. We’ll wait and see.

Semalam aku dah masuk umur yang ke-21. No comment on being a 21-year-old gal. But I do have a comment on celebration we had. Hehe.. Thanx to everyone for the wish and particularly to my beloved Leicesterian first year friends and S@r@h yang datang jauh-jauh [jauh ke? Huhu..] from Warwick for the surprises and celebration. Best la. Memang unexpected betul!!! Hehe.. Makan pizza dominos yang sedap sampai kenyang. Alhamdulillah, saya gembira :)

Jadi, oleh kerana aku bukanlah seorang penulis dan pengarah professional tapi seorang medic student yang pemalas tahap gaban, aku akan menghilangkan diri for these remaining holidays. Bak kata m@i, nak berkampung kat library. Bawak sleeping bag dan beg tarik sekali. Huhu.. Lame. Biasa la, m@i memang begitu. Hehehehehe.. Sorry m@i :P

Ok lah.. tak larat nak merepek. Tatatititutu!~ Salam..
photo taken by khairil idham ismail.
The snow..
Will one day melt..
And will be gone..
The traceable footsteps in it..
Will disappear..
And leave nothing behind..
And so will my story..
It will end..
But it will leave me..
A remembrance to be kept..
In a music-box of memories..

Tuesday, April 08, 2008

the broken bond II

Percaya tak kalau aku kata masa kat maahad dulu, masa aku form 1, kawan-kawan baik aku sume senior-senior form 5 especially classmate H. Batchmate aku brape ketol je aku kenal. Tapi tu semua dulu-dulu. 8 tahun yang dulu.

Kak @relyn. Kak d3ll. @f@r. fer0z. f@ri$ [<--ni classmate H jugak. Sekarang dia dah nak kawen dengan kawan aku kat maahad gak. Aku yg jadik org tengah dulu. Haha..Comel x? Kuikui..]. Ac0l. Kak m@rini. Kak fifi. Dan ramai lagi. Dan ada sorang ni yang selalu marah aku tak tentu pasal pastu baik balik. Yang selalu belanja aku McD. Yang selalu borak-borak dengan mak aku dalam fon. Yang selalu dengki aku sampai aku marah sangat sampai aku tido. Yang selalu balas kad raya aku guna kad raya yang aku bagi dia. Yang call aku pukul 2 pagi nak tanya hadiah apa nak bagi awek dia. Dan juga.. yang menjadi reason H marah dan benci aku sampai sekarang. Haha..

tepung[gandum]. Tu nickname dia kat chatroom dulu. Manusia yang aku pernah sangat benci. Tapi 'ex-bestfriend' aku yang sangat sporting and sangat cool. Yes, he used to be my super bestfriend. Sebelum aku kenal @thirah, izy, tik@h, s@r@h dan lain-lain. Dulu. 8 tahun yang dulu.

Hari ni, lepas 8 tahun berlalu, aku dapat tahu dia dah bertunang. Dengan awek dia tu. Aku sangat-sangat gembira. Tapi aku sedih. Sebab kitorg dah tak rapat macam dulu. Dia pernah sakitkan hati aku yang amat melampau sampai aku nangis-nangis ngadu kat Dad suruh telefon bapak dia. Haha.. Aku memang sangat benci dia dulu, sebelum dia jadik bestfriend aku. Sejak daripada tu, aku belajar satu benda. Jangan benci orang tu melampau-lampau sebab boleh jadik dia orang yang paling kita sayang satu hari nanti. Jangan sayang seseorang tu melampau-lampau sebab boleh jadik dia orang yang paling kita benci satu hari nanti. Dan memang betul, lepas 8 tahun, aku masih tak dapat lupakan tepung gandum yang pernah aku benci satu ketika dahulu.
photo taken by hud10_2000.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = "Negeri Cina"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Related article: the broken bond.

p/s: Congrats @li++.. Semoga berbahgia bersama f@!ry hingga ke akhir ayat :)

Saturday, April 05, 2008

Revive and Survive

T: Dina, knpla awk xde dekat????
T: itula 1 1 nya bnda yg kita slalu question lately
T: ms kita rasa berat sgt dgn problem tu
T: knpla dina xde kat sini
T: sbb awk d only 1 yg tau nk tackle kita
T: i jz need u
T: but susah
T: tp xpe....sbb 2 kita jd stronger

Aku ternampak kat status ym siapa ntah.. ‘The happiest moment in your life is when you are with your beloved ones..’.

Kan? Ya Allah.. Tuhan je tahu betapa aku rindu T. Masa T hantar aku kat airport, that was the only time yang aku nangis depan dia. Sebab sedih nak tinggalkan family la of course. And sebab nak tinggalkan dia. Sedih. Sangat sedih. Aku memang doa sangat spy Allah kuatkan hati T. Tabahkan hati dia. Sebab aku tau dia mmg seorang yg kuat semangat. It has been almost 7 months since I left Malaysia. And she has been strong ever since. I'm disappointed with myself for not being able to be there when she needs me but I know she will survive even for many years to come because she’s the strongest person I’ve ever known.

It seems that I’ve been quite attached to this blog within these few weeks. And I think I need to give it a break. I think I need to really, I mean REALLY focus on my commitments now. Like I’ve mentioned in previous posts, things have changed. Everything is not going to be the same anymore. I have future to think about. I have uncertainties waiting ahead. I have endless things to get done and over with. I have a wishlist to be materialised. And I have a WORLD to face.

Now, I will leave everything to my sanity. I hope it would be able to handle everything at its best and sensible interest. Sesiapa rindu aku, bleh contact secara peribadi ye :P
photo taken by MaD Gi®L•™.
I've been drowned,
In De Nile
For too long
Now it's time for me
To trace
My own whereabouts
Now it's time for me
To find
The revival that I have lost my grip on
And breathe life into
This incessant endurance..

Thursday, April 03, 2008

Pencari Perhatian

“Deyna, for my birthday I got myself a car and...pneumonia. So what do you want for your birthday?”

Tiba-tiba je AR message aku tadi. TIBA-TIBA. “Ni pehal pulak budak nih,” hati terdetik.

Soalan kuiz hari ini:
Agak-agaknye la kan, korang rasa AR expect aku reply macam mana?

Pilihan jawapan:
A. ‘For my birthday, I want you to pay for my accommodation fees for Opal Court for the next 4 years [this is included in my birthday present list for the next 4 years, of course], if it’s too expensive, then buy me a house sebelah medical school. If there’s no house available, build one for me. And then, I also want a full UK license [and a car plus insurance. You pay..], a return flight ticket to Malaysia. Cukup la tu. Banyak sangat tak mampu pulak..’

OR

B. 'Haaa?? U got pneumonia? Have you gone to the doc? What did the doc say? How are you now? Bla bla bla? Yada yada yada?'

OR

C. 'I want a car too. But I don't want pneumonia.'

Haritu, MN pulak chat ngan aku..

MN: deyna
MN: I dpt head trauma
MN: suspected haemorrhage
MN: in 36 hrs
MN: I might have serious trauma
MN: and I might be dead by then

Diorang ni nak mencabar medical knowledge aku ke? Tau la aku ambik medic. Tapi aku first year lagi. Takkan diorang expect aku tahu semua benda. Pelik betul manusia zaman sekarang ni.

Aku kenal diorang dah lama. Tak mampu nak husnudzon lagi. Dapat tawaran kerja dengan President of France la [AR pandai cakap French. Dulu pernah duk France 5 tahun kot]. Dapat tawaran kerja dengan Tan Sri Syed M0khtar Bukh@ri la. Dapat tempat kedua dalam Le Tour de Langkawi la. Macam-macam. Cuba cakap macam mana nak husnudzon lagi?
Untuk pengetahuan korang, ini la namanya ‘attention seeker’. Dan aku dah tak larat nak mengalirkan ‘attention’ aku untuk orang-orang macam ni. Buang karan. Aku nak jadik buaya-buaya yang buat bodoh tu je. Dan dengan penuh kejujuran aku katakan, untuk soalan kuiz kat atas tu, aku akan bagi jawapan ‘A’. Takpun 'C'. Sungguh!

Aku dah tak larat nak kesian dengan orang-orang macam ni. Apa-apahal pun, kalau betul la diorang sakit tu, aku doakan diorang cepat sembuh.

Thursdayitis

Optimist : Sees the doughnut, not the hole.
Pessimist : Sees the hole, not the doughnut.
Realist : Sees both the doughnut and the hole.
Diplomat : Talks through the hole.
Dreamer : Only cares for the icing on the doughnut.
English Teacher : Checks the spelling of "doughnut."
Baker : His job is to make the doughnut...

Tu apa yang M bagitau aku tadi. Bayangkan begitu besar impak sebiji donut kepada pelbagai jenis manusia atas muka bumi ni. Tu baru donut. Belum benda lain lagi. Benda ni memang dah jadi norma kehidupan. Cuma yang jadikan benda ni masalah dunia ialah, the optimist wants to see the hole whereas he could only see the doughnut. The pessimist could only see the hole but blames the optimist for being able to see the doughnut.

Tak faham?

Takpela. Abaikan je.

Biological clock aku dah sewel sekarang ni. Lepas maghrib tadi aku tersungkur atas sejadah. Bajet nak nampak tawadhuk la sikit duk sujud atas sejadah lama-lama. Tapi sujud ape kebendanya. Tidur terus. Tup tup tiba-tiba terjaga dari alam maya. Tengok-tengok jam dah pukul 1.30pagi. Terus solat isyak. Lepas solat isyak terus panjat katil nak tidur. Lepas 15 minit aku tutup lampu, mata masih terkebil-kebil. Tak boleh tidur pulak. Nak bajet nampak rajin pulak, bukak la lampu balik. Pastu bukak fail Cardiovascular. Niat dah suci dah nak belajar. Kepala otak pulak dah block. Satu hape tak masuk. Aisehmen betul.

Sekarang dah pukul 3.19pagi. Subuh pukul 4.27pagi. Kat luar burung dah nyanyi-nyanyi dah. Tapi mata dah tertutup separuh. Apa patut aku buat ni?

Aku dah explain kat JS hujah-hujah aku. Dia tak reply apa-apa pun. Tanak kawan sudah. Aku malas nak layan orang yang ngada-ngada ni. Aku banyak komitmen lain.

A: Dina, teach me how to let things go.
A: I need to move on
A: but my past is holding me back

Kalau la A tahu yang aku sendiri ada masalah tu, mesti dia takkan tanya. Tapi, aku kesian jugak kat A. Aku kesian sebab aku tahu perasaan tu macam mana. Kesian. Kalau la aku boleh tolong..
“Kuning. Putih. Magenta. Dan hibrid magenta dan kuning. Satu-satu. Atas batu kelikir putih. Antara nisan dua batang. Yang senget dan bergoyang. Selamat hari jadi, sayang.”
Aku dah habiskan journal feveret aku. Aku rasa banyak sangat benda yang aku belajar. Aku harap Dr. M dah jadik O&G specialist sekarang. Aku harap Arwah baby Adam dapat adik baru.

Dan aku harap aku dapat focus on aku punya komitmen sekarang. Lepas ni aku nak berkhemah kat library. Tak boleh duk dalam bilik. Tak study.

Sekarang dah 4.04pagi. Aku nak tunggu subuh. Dan tidur.
photo taken by Earlette.
Flowers die. Stories end. Songs fade. Memories are forgotten. All things come to an end but precious people like you are treasured forever. -- kata-kata dusta drpd H.
p/s: dengar lagu background blog ni? Ni salah satu music yang digunapakai masa E$Q. Best :) aku dedicate lagu ni untuk A :)

Tuesday, April 01, 2008

Counting The Days

‘Counting the days..’

Aku nampak shoutout tu kat page Y. Mula-mula tu tak tahu nak rasa apa. Tiba-tiba rasa excited sangat-sangat. Lepastu tiba-tiba aku tak tahu nak rasa apa. Aku nak H bagitau aku sendiri. Aku nak dia bagitau aku. Kalau dia tak bagitau, aku akan merajuk. Tapi.. dia tak heran pun kalau aku merajuk. Jadi, kalau dia tak bagitau aku jugak.. hmm.. aku sedih kot?

Sekarang tahun 2008. Kalau aku kata 2016 tu 8 tahun lagi, agak-agaknya rasa lama tak? Agak-agaknya 8 tahun tu lama tak? Hmm.. Rasa macam lama je kan? Tapi sebenarnya, dah 8 tahun benda tu berlaku. Kejap je rasa. Apa yang BEST ialah, dalam masa 8 tahun, macam-macam benda berlaku walaupun tak semua benda yang dah berlaku ni best. Dan apa yang LAGI BEST ialah, dalam masa 8 tahun, banyak benda dah berubah walaupun perubahan-perubahan ni tak semuanya lagi best daripada benda-benda dah berlaku. Pening?

Dalam masa 8 tahun..

Aku sambung belajar kat Langkawi.
Kakak-kakak aku dan seorang abang aku dah kahwin.
Aku sambung belajar kat LBeringin.
Aku dapat 5 orang anak saudara.
Aku beli D70s dan mula tembak-menembak.
Aku pegi E$Q Training.
Aku belajar perubatan kat UK.

Alhamdulillah. Banyak nye anugerah yang Allah bagi kat aku. Aku nak sangat share dengan H aka K aka W tapi.. dalam masa 8 tahun, banyak benda berlaku. Banyak benda dah berubah. Things have changed. H has changed. I have changed.

Aku ingat lagi dulu K kata kat aku yang dia tanak sambung belajar dalam bidang perubatan. Dia sangat benci biologi. Dia sangat benci doktor. Tapi mak ayah dia suruh jugak. Mak ayah dia sanggup tanggung dia belajar medic. Jadi dia terpaksa la buat jugak. Tak sangka dia sangat tabah dan gigih, sekarang dah pun jadik doktor. “Kalau W boleh, takkan ko tak boleh..” kata aku dekat Nad [sebab dia nak jadik doktor jugak tapi dia tak confident]. Nad gelak. “Kalau H boleh, takkan ko tak boleh..” kata aku kat diri sendiri. Aku pun gelak jugak. Ha-ha-ha..

‘Counting the days..’

Aku pun tiru Y tulis macam tu kat status ym aku. Tapi makna di sebalik frasa ni tak sama. Maksud aku di sebalik frasa tu lain daripada maksud frasa yang Y tulis. Perbezaannya ialah tempoh hari yang dikira. Y mungkin kira 90 hari. Atau 150 hari. Atau beberapa hari je. Tapi aku.. aku kira bilangan hari yang tak terkira. INFINITY.

Aku baru balik dari Dublin. Ada simposium untuk pelajar-pelajar perubatan. Ramai la doktor-doktor yang datang. Semuanya dah consultant. Masing-masing nak kongsi pengalaman dan ilmu. Aku memang salute toing-toing dengan semua doktor-doktor tu. Mana taknya…
  • 2 – 4 tahun internship.
  • 3 – 5 tahun buat specialisation.
  • 3 – 5 tahun buat sub-specialisation sampai jadik consultant.
Di samping puluhan tahun tu, ada banyak lagi peperiksaan-peperiksaan yang perlu diduduki. Doktor-doktor tu dah melalui semua tahun tu. Kalau nak kira dari saat aku taip ni, aku ada lebih kurang 4 tahun 6 bulan lagi sebelum layak bergelar doktor. Jadi murid-murid, berapa tahun semuanya untuk menjadi seorang consultant? Ya betul. Paaaannnndaaaaiiiii.

Segala benda yang doktor-doktor tu cakap memang betul. Daripada aunty aku, smpai ke kakak aku, sampai ke kakak ipar, semua tahap ‘pendoktoran’ bagi mesej yang tersendiri. Susah. Memang susah. Nak buat medic memang susah. Tapi siapa yang sanggup berkorban je boleh lalui semua tu.

“baik dina kerja sana, at least for housemanship. Balik join university jadik lecturer, tak payah kerja dengan KKM” kata akak ipar aku. Aku ada 4 tahun lebih sebelum boleh cakap banyak nak stay for housemanship atau balik Malaysia for good.
  • Prep@ring F0r The Future T0d@y.
  • To serve in Malaysia: Of Responsibilities, Contentment & Challenges.
  • How can you benefit from overseas training?
  • Doctors Beyond Borders.
Ini adalah antara tajuk-tajuk ceramah yang dibentangkan. Memang best la. Aku takkan bahaskan dengan lebih lanjut sebab aku tak ambik nota. Aku download info-info tu dan terus save dalam otak. Tapi nak ‘unsave’ balik dah lupa. Ha ha.. Tajuk yang paling best ialah DBB yang dibentangkan oleh Dr. Z. Banyak sangat pengajaran yang aku dapat.

Pertamanya, Dr. Z ni memang contoh seorang doktor yang sangat humble dan down-to-earth. Mana-mana dia pergi, dia mesti ambik semua benda yang berlaku sebagai pengajaran. Menunjukkan yang walaupun dia dah jadi consultant, dia tetap ada keinginan untuk belajar walaupun daripada seorang pesakit yang cacat. Keduanya, Dr. Z memang sangat tabah dan cekal dalam memperjuangkan tanggungjawab beliau sebagai seorang doktor. Niat dia satu: Nak membantu, memberi, menyumbang, berkorban sebanyak mungkin kepada masyarakat sekeliling kerana Allah Taala.

Cuma... bila Dr. Z kata, “As a student, you don’t have to busy yourself to think about who’s going to be the next president of USA. You don’t have to pening kepala thinking about who’s going to be the next MB of Terengganu. As a general knowledge, yes, you should know but you don’t have to get intensely involved in those issues. Just think about your future, about your responsibilities as a doctor,” aku terus berkerut dahi.

Kat sini, aku ada hujah aku tersendiri. Aku taknak cakap apa yang Dr. Z cakap tu salah atau betul. Cuma aku tersedar yang each and every one of us has our own perjuangan not just, in this case, as a doctor but also as a person, as a Muslim. What struck my mind was, I as a medical student, aku belajar dengan penuh selesa di UK dengan allowance beribu-ribu ringgit Malaysia dalam bank, suatu hari nanti insyaAllah akan jadik seorang doktor. Aku mungkin akan sibuk dengan peperiksaan, essay dan assignment, interview, peperiksaan lagi bla bla bla untuk jadi seorang consultant pulak.

Tapi tiba-tiba aku teringat dekat golongan remaja yang sama baya dengan aku sekarang tengah berjuang bermati-matian untuk tanah air Palestin. I might go a little bit extreme tapi itu lah apa yang aku terfikir. Sama ke perjuangan Islam yang diorang perjuangkan dengan perjuangan Islam yang aku perjuangkan?

Don’t get me wrong. Boleh je jadik doktor muslimah yang perjuangkan Islam. Macam apa yang Dr. L cakap, our ultimate goal is Jannah. Syurga Allah. Tapi cukup ke kita jadi doktor muslim/ah sebagai tiket untuk ke syurga Allah? Sejauh mana perjuangan kita? Patut ke aku pening kepala fikir pasal issue di Palestin? Patut ke aku pening kepala fikir pasal siapa president USA lepas ni? Patut ke aku pening kepala siapa yang akan jadi MB Terengganu lepas ni [yang ni dah tak pening sebab dah tahu siapa. Hehe..]? Patut ke aku pening kepala siapa yang nak perjuangkan Islam bermati-matian lepas ni?

Korang faham ke apa yang aku nak bawak ni? Jangan salah faham pulak. Aku masih nak jadik doktor yang perjuangkan Islam cuma aku tak pasti samada perjuangan aku tu setimpal atau sama taraf dengan pejuang-pejuang yang lain. Tu je.

‘Counting the days..’

Lepas 8 tahun berlalu, aku rasa perjuangan aku dengan perjuangan H tak sama. Aku rasa Allah ada sebab yang tersendiri atas apa yang berlaku. Y sekarang di orthopaedics department. Dia kata kerja sebagai seorang intern sangat sibuk. SANGAT SIBUK. H pun kata dia sibuk sekarang. Aku pun sibuk sekarang dah nak mula study untuk exam bulan 6 nanti. Semua orang sibuk.

Habistu, siapa nak perjuangkan Islam? Siapa nak pening-pening kepala macam mana nak counteract FITNA?
photo taken by YazeedHairi.
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama." [22:78]
p/s: Related articles: When it comes to the surface, Back on reading journals.