Monday, June 30, 2008

Lots of love -- dina :)

01-07-00
“We had just arrived in London yesterday. Al0ng im@ is packing her stuff. She’s moving to her new house in Southgate. So it’s going to be our second night at P0k Teh’s house!”

01-07-01
”Kenapa dengan dina ni? Macam bad mood je?” ada ke patut dia tanya soalan tu??!! Mane aku tak bad mood?! Dia tipu aku!!! Aku benci F@khrul!!!”

01-07-02
“Pagi tadi ada program intim. Aku ingatkan tanak pergi tp pergi je la. Pastu kat sekolah aku pening kepala. Aku terus call dad suruh ambik aku. Sampai-sampai rumah je terus baring. Al0ng im@ check aku and bagi makan ubat. Now I’m feeling much better. Anyway, haritu ada spotcheck kat sekolah and guess what? Discman aku kena rampas!! Sedih gile! The next day aku pergi jumpa cikgu Zainab. Dia kata boleh ambik akhir tahun nanti. Sedih gile tau tak!! Tapi nak buat mcm mana. Lepastu, haritu jugak ustad z@in@phi panggil aku. Dia kata ustad Arm@n nak jumpa aku. Ingatkan apa la aku dah buat. Rupanya aku masuk pertandingan bercerita untuk ihtifal Bahasa Arab. Percaya tak? Tak pernah terlintas dalam kepala aku nak masuk pertandingan bercerita dalam bahasa arab. Ni mesti ada someone yang bagi nama aku. Siut gila. Tapi takpela, kesian tengok muka ustad macam mengharap je. Aku kata ok. So, we’ll wait and see. Anyway, abang din kata dia nak datang KL next week, ada gathering dengan budak-budak e-kuizians. Aku tak boleh datang, ada hal. Dia kata nanti dia paskan hadiah aku kat Emud. Dia kata dia nak pergi PD dengan member-member. Lepastu maybe balik Singapore terus. Sedihnya tak dapat jumpa dia.”

01-07-03
“actually sekarang ni tengah minggu aktiviti. Aku balik bilik pukul 1230 tadi. Kejap lagi pukul 2.30 nak keluar balik. Ada indoor games kot. Aku masuk game konda-kondi. Tak tahulah game tu macam mana. Main pun tak pernah. Haha.. bantai je la. Anyway, abang amir dah grad dah, Alhamdulillah. Dia ada kat Malaysia sekarang. Tengah tunggu reply from dia punya sponsor utk sambung masters pulak. Lupi pulak kat k0lej m@ra b@nting. Haritu aku pergi dengan abang amir ambik Pi balik. Agak terpencil la sekolah tu. Dalam ladang kelapa sawit pulak tu. Tapi sebab untuk masa depan, so takpelah. Anyway, one good news. Al0ng im@ pregnant! Dah 7 weeks kot! Ya Allah, aku happy sangat!! Tak sabar nak dapat anak sedara! Harap-harap al0ng im@ and Abang N0rman dapat anak yang baik dan sayang aku, insyaAllah. Hehe.. Anyway, lagi beberapa minggu birthday H@fiz. Lama dah tak dengar berita dia. Rindu rasanya. Aku harap dia ok je.”

01-07-04
“Sejak 2-3 hari ni aku rasa down gila. Rasa sedih sangat-sangat. Haritu anid call. Dia kata H@fiz ada call rumah nak cakap dengan dia. Lama jugak diorang borak, nak dekat sejam jugak. Aku agak terkejut jugak la H@fiz call. Aku tahu dia ada banyak cerita kat anid tp anid macam tanak cerita kat aku je. Aku tahu anid marah sebab dia malas nak get involved in this issue tapi benda dah nak berlaku, nak buat macam mana. Lepastu malam tadi H@fiz call aku. Aku takde mood nak layan dia. Aku cakap kat dia aku betul-betul distracted. Aku taknak dia kacau concentration aku for my trial. So dia kata lepas aku habis trial nanti dia call balik and he wants to have a slow talk with me and solve all these problems between us. Ntahla. Aku rasa macam nak clash je.”

01-07-05
That’s all I could give..

01-07-06
“I think I’ve fallen in love with the beach laa. Serious.. I could just sit there, doing nothing, listen to the sound of the waves, counting the waves, the birds, taking pictures like a crazy person and just relax!! I mean, I can’t get that anywhere else!! It’s like, having a tryst with my own and only world! Eceyh poyo laa pulak. Dulu, somebody asked me, which place I’d prefer to stay; at the side of the beach or at the top of a hill. I used to like both places. But since God-knows-when, I feel so belonged to the beach, makes me feel so calm and comfortable. Ni yang tak boleh apply univ kat tepi laut ni, confirm tak belaja, buat course photography plak nanti. Haha.. So yea, I took some pictures..” - When the nature sings..

01-07-07
“Soooo.. ermm, what I’ve been up to recently?? Well, met up some bangi friends. Went out for a movie with lupi and those two kiddos at Cineleisure few days back. We watched Surf’s Up. And hey, it’s a nice cartoon, really enjoyed it. It’s better than Happy Feet I would say. No, we didn’t manage to get tickets for transformers and as for that, we’re planning to watch it with Abg Amir Along Ima n Angah Aya later but I’m not sure when they’re free or better still, when I’m free. Bajet, jgn x bajet. Haha.. Ermm.. went for shopping, bought myself a DigiCam magazine costs almost 40bucks. Now, that’s the most expensive photography magazine I’ve ever bought. But it’s worthwhile with all the tips and free cd of photoshop tutorial so I’m not regret hanging the expense. And ermm, Qi1@h and her friend im@n dropped by my house this afternoon. We chatted for a while, and then they left.” – Time keeps ticking.

01-07-08
“Now, here comes the most awaited part. Hehe..

Let me see. 2000 was like 8 years ago. Can you believe it? I still have my diaries kept from 2000 till 2005, just before I started to involve in blogging. And I have been blogging for almost 4 years now. What a miracle. Haha..

Let’s go one by one.

Firstly, in 2000, yep, that was my first time in the UK. Masa tu kitorg pergi sana for Angah @ya punya graduation kat Nottingham.

Lepastu in 2001, about Fakhrul, I honestly can remember not a single thing about him. Haha.. Kelakar. Ntah siapa ntah pakcik tu. Aku harap dia hidup lagi. Dan kalau hidup, semoga dia menjadi insan yang berguna. Huhu..

Lepastu, in 2003. pasal discman kena rampas. Haha.. aku ingat lagi time ni. Dalam discman tu ada CD Backstreet Boys. Astaghfirullah.. apa ni budak maahad buat perangai buruk mcm tu. Kuikui.. And then, pertandingan bercerita untuk ihtifal Bahasa Arab??? OH MY GOD. Aku gelak besar for this one. Haha.. nak suruh aku berbahasa arab sekarang mmg boleh dikatakan antara tindakan yang paling tidak bijak dalam dunia. Hehe.. Abang Din pulak. Well, the last time I heard about him which was like 3 years ago, dia dah ada baby boy yg sangat comel! Sekarang dah tak dengar apa2 langsung dah.

Lepastu, in 2004, minggu aktiviti kat MR$M L@ngkawi. Main konda-kondi? Part ni memang aku tak ingat langsung. Huhu.. Pasal H@fiz. Oh well.. there’s nothing left to be talked about.

Pasal article in 2005, tu aku tulis untuk izy@n. Apa cerita la makcik tu kat monash. Haish.. rindunye diee :( harini dah la birthday die. Huhu.. HAPPY 21st BIRTHDAY IZYANTOBOBO!!

In 2006, ni detik-detik aku mula bergiat dalam photography. Aku ingat lagi betapa aku pulun nak buat ‘lightbox’ tu. Tu ijun pak k0jer la ajar. Sekarang tak guna pun. Haha.. [p/s: want to know how the 'lightbox' works? Click on the photo below :)]

In 2007, takde ape sangat dah.

Now, it’s 2008. My intention for this entry is to make it the last one for this little bloggy. Now you know some of my secrets that I have been keeping all this while. Well, some of you might have known but a big bunch of my secret readers might not. That’s fine. Sebenarnya banyak je lagi rahsia-rahsia yang aku tak cerita. I think I’ll just keep them to myself.

And now, I think it’s the time for me to let this bloggy go. I won’t delete it. It may remain on the net for.. I don’t know, future references perhaps. Or untuk sesi taaruf ke. Hahahahahahahahaha.. Ok tak2. that’s a bad joke. Hehe.. Or probably because I love it as much as I love my other diaries that I’ve been keeping for years. It has been a precious thing to me, I admit, and will always be. But I think cukup lah setakat ni kot. I won’t delete it and neither am I going to keep it active. When I click the ‘Publish Post’ button, everything from then backwards will be a HISTORY. But from then onwards, it will be an uncertain FUTURE.

I don’t want to be so emotional and sentimental over this entry [although I really am!] but I just want to thank all of you especially the ones who have been following my crappy stories from years ago. I really appreciate it. I really had great times being a storyteller, being a writer and being a blogger. To all my friends, don’t worry. I’m not dead yet [as of now! Hehe..] so if you wish to contact me, by all means, please do. You know how / where to reach me. If you don’t.. then you’re not my friend. Hehe..

So, good luck people!
photo taken by deyna rashid.

Wednesday, June 25, 2008

Sunny Rain

~Ketika senyuman terkuntum di muka, tangisan di hati hanya Dia yang tahu~
Semalam dia telefon. Lepas dapat sms daripada aku. Aku dengar suara dia. Aku rasa sayu sangat. Rasa macam nak nangis sangat. Tapi aku sabar. Aku tahan. Aku tau dia sedih yang teramat. Kalau aku nangis, nanti dia nangis. Hehe..

Dulu, first time aku jumpa dia, pandang pun tak. Bukan sombong. Tapi sebab aku memang tak kenal kebanyakan orang kat situ termasuklah dia. Aku selalu la dengar cerita pasal dia sebab dia antara orang yang femes, antara orang yang menjadi pujaan hati. Ewah.. haha.. Tapi aku tak kenal dia. Aku tengok dia dari jauh je. Lepastu, belum sempat aku kenal dia, kitorang terpisah.

Selepas beberapa tahun kitorg dipisahkan dengan jarak yang jauh, aku jumpa dia balik. Tapi kenal gitu-gitu je la. Masa berlalu, entah macam mana Tuhan tautkan hati kami. Nak kata baru berkenalan, rasa macam dah kenal lama tapi baru sekarang aku dapat rasa kemanisan hubungan kami.

Walaupun aku dan dia mempunyai hubungan yang istimewa, kami tetap dipisahkan dengan jarak yang jauh. Sangat jarang dapat jumpa. Yang menghubungkan kami hanyalah YM dan sms. Tapi masing-masing sibuk, jarang dapat berborak-borak.

“Take care, Dina. Jangan lupa plan kita!! Aku masih menanti hari dapat spend time dengan kau,”

Masa tu, aku dah plan masa depan macam-macam dengan dia. Kahwin. Honeymoon. Tapi tak sampai beberapa bulan, aku dapat berita yang dia akan menamatkan zaman bujang dia. Aku tak tahu nak rasa apa. Rasa gembira ada. Tapi aku sedih sebab aku tak dapat nak bersama dengan dia lagi lepas ni. Baru je hubungan kami berputik, ada orang lain yang masuk line. Tapi apa aku boleh buat. Sebagai seorang kawan, aku sangat gembira. Tapi jauh di sudut hati, ada sedikit kesedihan.

“Dina, kau kawan pertama yang aku bagitau ni. Aku akan make sure kau free masa tarikh akad aku. Kalau tak, memang aku menangis kalau kau tak datang,”

Aku masih ingat kata-kata dia. Sejak aku dapat berita tu, memang aku tak sabar-sabar nak balik Malaysia. Aku dah bagitau mak aku suruh tempahkan baju istimewa untuk hari itu. Jauh mak aku pergi sampai ke KB untuk beli kain. Hehe.. Sejak aku dapat berita tu, aku sentiasa mengira saat dan detik waktu. Ramai orang nak buat appointment dengan aku masa cuti ni [cewah, bajet femes ke?] tapi aku kata aku tak free sebab nak spend time dengan dia sebelum dia bersama dengan orang lain. Walaupun aku rasa sedih dia akan diambil orang, tapi aku nak berada di sisi dia di waktu istimewa tu. Aku nak jadi saksi kepada saat-saat bahagia dia.

Aku bangga dengan dia. Sebab dia begitu tabah menghadapi segala dugaan dalam perjalanan menuju ke situ. Sekali sekala, dia akan mengadu dekat aku semua masalah. Dia akan cerita kat aku segala perkembangan.

“Thanx Dina, for always being there. Tiba-tiba rindu pulak dekat kau,”

Aku terharu. Aku terharu sebab dia pilih aku untuk kongsi segala masalah dia. Baru aku rasa manisnya hubungan kami. Tapi sayang. Kelak, dia sudah ada orang lain untuk berkongsi hidup dengan dia. Aku sedih sebab aku tak pasti sama ada dia akan menjadi tempat aku berkongsi masalah aku. Masa tu, mungkin dia ada hidup peribadi dia sendiri.

Namun, kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik Perancang. Apa aku dan dia rancang selama ni, kini hanya tinggal angan-angan yang tak mungkin dapat direalisasikan.

“Dear N, I’m sorry that I have to tell you this. As much as I’m disappointed about it, I know you will feel the same. I failed my exam. And I have to sit for the qualifying examination. I’m going back to Malaysia this Friday but I’ll be coming back for the exam next month. Unfortunately, my flight back to Malaysia will be on the same day as your special day. I’m sorry that I’m not going to make it. Aku sangat sedih :( but I’m sure it will be your happiest day, even without having me besides,“

Aku hanya mampu sms dia. Aku tak mampu nak call dia. Sebab aku tak mampu nak dengar suara dia. Aku tahu dia sedih. Tapi aku yakin dia faham dengan kesedihan aku sendiri. Lepas dia call aku semalam, terbayang-bayang wajah dia dalam kepala aku.

Walau sejauh mana kesedihan aku sebab tak dapat nak ada di sisi dia di waktu istimewa itu, walau sejauh mana kesedihan aku sebab tak dapat nak spend time dengan dia, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dia. Dan aku.

Biarlah ini menjadi satu kekecewaan bagi aku tapi yang penting, saat-saat yang bakal dia hadapi nanti akan menjadi satu kebahagiaan buat dia. Dan itu lebih membahagiakan aku.
xxxxxxxxxxxxxxxxx

Yesterday was a history. In one day, I had learnt so much that I won’t regret it even for a second. No matter how much tears I have shed, how much prayers I have recited, no one could ever replace the feelings I have inside. But that does not matter anymore. What really matters right now is to have a strong faith and hoping that He would accept all my time and energy that I have spent. Hoping that He would guide me to the right path. Hoping that one day, I will get my ultimate wish materialised. Dan itulah kebahagiaan yang teragung.

So, I’m going back this Friday. I know things won’t be the same now. I might be out of reach for a while. I want to exclude myself from all sorts of distraction. I want to spend most of my time with my family. I want to prepare myself for the better. And I want to shape myself into someone whom He can give His love to.
photo taken by KochiLochi™.
"Berserah sajalah kepada Allah. Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kalau Allah tak kabulkan apa yg kita mahu, redha sahajalah dengan ketentuanNya. InsyaAllah Dia kabulkan doa kita pada waktu lain dgn sesuatu yg lebih baik atau dengan cara yang lebih baik. InsyaAllah.." - Thanx, R :)

Monday, June 23, 2008

This is it..

"Talking about this, there’s only one beliefs that I have a sturdy grip on that keeps me strong to walk on this road called ‘life’. The Fairness of The God Almighty. The more I believe in it, the more confident I’ll be. There’s nothing in this world can get into your way and destroy the path that you’ve been tracing all this while. Of course it doesn’t always work easily but that’s the thrill because you know that everything you do has no more than ONE BIG REASON. Itulah yang dikatakan dengan tujuan hidup hanya kerana Allah." - Close your eyes and get down to your heart.
So this is it. To be honest, I'm not really sure what to feel. Of course, aku dah puas nangis bila ckp dengan family td. Huhu.. But somehow, I expected worse. Perhaps because I have mentally prepared for it so I don't feel that bad. Alhamdulillah, I see this as a positive thing. I'm going back to Malaysia this friday anyway. But I'm coming back for the qualifying examination.

"Sabar ye Dina. Pasti ada hikmah di sebaliknya,"

"You have tried your best. This is the best for you that He has destined you for. Be strong,"

"He has a better plan for you, Dina. Kitorg semua doakan ko,"

Numbness. I really appreciate all those beautiful words and support from my friends. But all I'm looking forward is to going back and see my family. My strength, my spirit, is all with them. And HIM, of course. I don't know. I somehow feel He's here real close, counting my tears, listening to my prayers. I know He's there. And that is all what really matters right now.

All praise be to Allah. I hope He could make me a stronger person. I'm fine. I'm positive about it. I just want to see my family now :) I've been missing them so much.

All in all, this is not the end of the road anyway. In a way, I'm quite thankful for it to happen now, rather than tomorrow or in 10 years' time if you get what I mean. But everything has been written in The Book anyhow. Amat tidak wajar untuk aku berkesedihan atas satu sebab yang sangat kecil, terlalu kecil untuk aku dapat tiket ke SyurgaNya. So, I thank Allah for giving me this chance, for giving me this pathway, to bringing myself closer to Him :)

Alhamdulillah..

photo taken by Elysium Exposed.
"segala puji bagiMu ya Allah, yang pertama, tanpa ada yang mengawali, yang terakhir, tanpa ada yang mengakhiri, segala puji bagiMu ya Allah, yang memberiku kemampuan untuk mensyukuri nikmatMu."
p/s: To all my friends, especially M@i d@t @zh n qil@h, who have been praying and supporting me all this while, thank you so much [and congratulations as well ;)]. May Allah bless you guys and may He grant you with His love, now and forever :)

Thursday, June 19, 2008

Lets face it

Just immediately after I opened my eyes, I saw nothing but whiteness. Nothing. It was all white and spotless.

“Ok gather here please” I heard a human’s voice following my awkwardness.

Then I saw this one group of people. Holding something that is not called as ‘scalpel’. No scrub. No medical equipment. But I noticed the spotlight though.

“Today you’re going to be a protégé. Each one of you will be assigned to one mentor and you’re going to have your own way of learning. Just ask anything you wish. Take this golden opportunity to make your dream come true. You’re going to have this one whole day. Use it wisely.”

Whiteness. But the people were there.

And I heard my name being called. “This is your mentor, Mr X. Follow him and he will teach you all the techniques that you need to know,”. He was tall and bald. All I could recognise was his smile. And a strap around his neck with ‘Canon’ being written on it.

I was in a whiteroom. And all I could remember from then onwards was the bright light of the flashguns.

Huh?

Aku mimpi aku jadik photographer belajar dengan mat saleh?

Gila.

Hari isnin ni keluar results. Tu je point aku. Tu je aku nak cakap.

Memang gila!
photo taken by anwarul hakim ahmad.
Sooner or later we have to put aside our denial and face the world..

Si Pelari Layang-Layang

A must watch movie:


If I must say, this movie is simply beautiful. The message behind it is very awe-inspiring. However, the downside is, it does not represent a good muslim lifestyle. Sangat obvious kot. Boleh jadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Part tu memang aku agak insulted la tapi jalan cerita memang best. Part yang aku paling suka is masa Amir jan solat kat masjid kat Pakistan tu with Sami Yusof's song (Supplication) as the background music. Sangat 'cantik'!

All in all, cerita ni berjaya buat aku nangis. So maknenye best! :P

tkr
"Who are we in this complicated world?"
p/s: thanx to Qil@h for being the storyteller :D

Wednesday, June 18, 2008

It's more than just being afraid

Aku ke Bristol hari tu. Dan aku menemui satu penemuan baru tentang diri aku. Selama ni, bukannya aku tak tahu tentang ‘fear’ aku tapi tak pernah tahu sejauh mana ke’fear’an aku itu. Selama ni ingatkan ‘takut’ main-main. Tapi tak. Aku ‘takut’ betul-betul rupa-rupanya. Kalau aku join program ‘Fear Factor’, mesti aku tarik diri kalau depa suruh aku buat stunt yang berkaitan dengan ‘fear’ aku ni. Kalau diorang paksa aku buat jugak, maybe aku akan memalukan diri dengan menangis depan seluruh manusia di atas muka bumi yang tengok siaran episod tu. Haha..

Tinggi.

Tak, aku bukan takut dengan orang tinggi. Tapi aku takut dengan ketinggian. Senang cerita, aku gayat pada ketinggian. Dan maksud aku dengan gayat adalah ‘sangat takut’!!

Aku ke Clift0n Suspensi0n Bridge. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang sangat cantik dari atas bukit tu. Dan sememangnya, Suspension Bridge itu sangatlah tinggi sebenarnya. Tak tahulah tapi bagi aku tinggi la. Dan jambatan tu selalunya dijadikan tempat orang membunuh diri. Dekat dinding Suspensi0n Bridge tu ada diletakkan no telefon yang boleh dihubungi sebelum orang tu membuat keputusan utk membunuh diri. Aku rasa macam kelakar. Tapi mungkin tak kelakar di saat orang tu nak bunuh diri.
photo taken by brist0l_b0und.
Anyway.. masa nak jalan-jalan atas jambatan tu, aku rasa macam jambatan tu goyang-goyang. Aku hampir-hampir nak batalkan niat aku untuk cross jambatan tu. Seriously, pada saat dan ketika tu, aku baru betul-betul perasan yang aku sebenarnya sangat-sangat takut dengan ketinggian. Ni bukan takut main-main. Ni takut yang sampai aku rasa nak nangis. Hahahaha.. Orang sepatutnya jalan-jalan atas jambatan tu sambil menikmati keindahan alam sekeliling. Tapi aku tak. Aku jalan dengan lajunya sambil mata hanya tunduk tengok kaki aku berjalan. Tak mampu nak tengok kiri kanan. Takut terjatuh. Dan takut tak mampu nak selamatkan diri dan kamera tersayang.

On the way balik dari jambatan tu, aku nampak belon panas kat langit. Lalu aku menjerit keanak-anakan “Heyyyy bestnyee!! Nak naik hot air balloon laa!” kata aku dengan penuh keyakinan dan ke’syok-sendiri’an. Kawan aku membalas, “Haah, kat sini selalunya time summer memang banyak la hot air balloon and one of the cheapest jugak. So boleh la ko naik nanti!”. “Hooo cool gile! Takpe.. I’ll save that for my honeymoon lah,” kata aku dengan penuh kepoyoan sambil tersengih gedik [eeeyyyuuu!~] Tiba-tiba kawan aku lagi sorang mematikan lamunan aku, “Eh, ko kan gayat! Tak takut terjatuh tergolek ke masa kau tengok-tengok dari atas nanti?”

Dan memang, lamunan aku terus mati dan tidak hidup kembali. Mati forever. Aku tak tahu macam mana nak hidupkan balik lamunan aku tu. Susah!! Almost impossible!! Sigh..
photo taken by mohdfarif.
I used to tell a friend of mine, “The only way for you to overcome your fear is by denying. Deny your fear and you’ll free yourself bit by bit.” Now I found that the statement that was made by an immature yet 'perasan bagus' side of me is terribly ridiculous!! Maybe it is true to some extent that I am a 'denial' kind of person. And I'm afraid that I have to agree on that. Kesimpulannya, don’t be too philosophical and idealistic when you yourself didn’t know the truth you have never experienced.

Thursday, June 12, 2008

Moving Forward

Alhamdulillah. Exam dah habis. Abangku pun dah balik Londang [read: L0nd0n bebeh] dan nak balik Mesia pun ahad ni. Aku? Balik Malaysia? Huh.. Malas nak fikir. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni rasa macam ada aura tak balik. Haha.. Aku ni, bila aura dan naluri hati dah come into play, dia bahaya sikit. Probability untuk berlaku agak tinggi. Huhu.. Tapi takpe.. Aku nak start prepare aku punya mental sekarang. Walau apa pun, perjuangan masih belum selesai! [ read: drama queen mode, bak kata M@i gedik :P ]

Sejak beberapa perkara berlaku kebelakangan ni, aku rasa macam nak give up this blog. Ntah.. Ini bukanlah kali pertama aku rasa macam tu. Maybe dah yang ke sepuluh juta. Tapi kali ni perasaan tu agak kuat. Ntah.. Ini bukanlah kali pertama aku rasa perasaan yang kuat tu. Maybe dah yang ke lima juta. Ntahla.. *sigh*

Aku takde mood la lepas abang aku balik ni. Homesick ke? Argh! Aku taknak fikir pasal rumah! Aku taknak fikir pasal Malaysia! Aku nak kena start plan la KALAU aku tak balik. Hmm.. Nak pegi Dublin ah. Ade ape? Ntah. Haha.. Jom pegi Itali nak?

Whateverrr..

Tak bolehhhhhhh.. kawan aku nak kawen!! Kena balik!!! Oh mannn.. Psycho gile. Haha.. Baru semalam kawan aku yang nak kawen summer ni kata: “Dina, aku mimpi ngeri malam tadi. Aku mimpi ko tak dapat datang wedding aku!” Haha.. huish, serious psycho. Huhu.. Ntah-ntah ajal sudah sampai waktu? Haha lagi psycho. Eh, tapi betul la kan? Ajal boleh sampai bila-bila kan? Kan? [ read: insaf mode. Baru lepas publish artikel pasal neraka kat iLuvi$l@m.c0m. Sob sob.. ].

Dah la. Baik aku stop sebelum aku merepek. Apa-apa pun, perjuangan masih belum selesai!!
photo taken by tp.
Ya Allah... Ya Qayyum...
Berikan ku kekuatan mengikuti ajakan RasulMu
Berikan ku kemampuan mengikuti jejak RasulMu
Baru sedikit waktu ku dalam berjuang
Namun terasa berat perjuangan ini

Ya Allah ...Ya Muhaimin...
Baru sedikit langkah ku
Namun terasa panjang perjalanan ini
Air mata bercucuran mengingat semua ini
Ku memohon perlindungan dan kekuatan ya Rahim
Salawat dan salam
Untuk nabi Muhammad SAW

Ya Allah...Ya Baqi...
Ku hanya mempunyai waktu yang sedikit lagi
Di muka bumi ini
Mungkin tidak sepuluh tahun
Atau bahkan kurang dari satu tahun
Tapi ku minta ya Rahman
Agar sisa hidup yang Engkau berikan padaku
Menjadi amal ibadah
Untuk memuliakan Engkau Ya Allah
Untuk mengabdikan diri pada Engkau
Untuk mengagungkan Nabi Muhammad-Mu
Untuk mengagungkan para rasul-Mu

Ya Allah..Ya Muakhir…
Ku tidak tahu akan berapa lama lagi aku berjuang
Kerana Engkau akan mematikan ku dengan tiba-tiba
Tanpa ku ketahui

Ya Allah....Ya Muhyi...Ya Mumit...
Apabila Engkau matikan ku esok
Matikan ku dalam husnul khatimah
Apabila Englau matikan ku tahun depan
Maka matikan ku dengan rasa rindu pada-Mu

Ya Awwal ...Ya Akhir...Ya Muqaddim...
Ku ingin berjumpa dengan para nabi dan rasul
Para malaikat dan bidadari
Dan berjumpa dengan Engkau Ya Allah
Inilah cita-cita ku
Inilah keinginan ku yang membara....
p/s: aku sangat suka gambar atas ni. Rasa macam ada makna yang sangat mendalam! Tahniah buat tp! Sampai nampak urat kaki orang tu! Urat ape tu ek? Yang aku tahu, konfem bukan dorsalis pedis artery! Cececece.. poyooo! Haha..

Monday, June 09, 2008

Cepatlah berlalu wahai Selasa..

Aku teringat satu ketika dahulu. Aku ni jenis yang bukanlah bergaul bebas sangat tapi disebabkan pendedahan aku kepada alam maya ni agak awal [since i was in standard 6 kalau tak silap] so I got to know quite a lot of people from various backgrounds. Mostly through mIRC lah. But mind you that was not a professional or important kind of acquaintanceship. That was more towards kenal mengenali bla bla bla if you get what I mean. And yes, aku mengaku, kalau dalam mIRC tu, jangan haraplah aku nak layan perempuan. Hah hah.. Oh well.. that was like ages and ages ago.

One thing that some of you might not know about me is I used to be in a relationship. I could not remember why I decided to have a boyfriend at that time. Masa tu takde blog ustad H@$riz@l lagi. Takde buku '@ku terim@ nik@hny@' lagi. Hahaha.. But tak kisah la. My point is, masa tu ramai je yang banyak bagi hint. Tapi aku ni jenis yang agak ego. Tak main la hint hint ni. Kalau suka aku, cakap je terus terang. Ewah ewah. Dan kalau aku suka orang pun aku tak bagi hint. Tapi aku tak terus terang la. Haha.. Eh aku penah suka orang ke? Mau kena tumbuk dengan @zhreen kalau aku tanya dia soklan tu. Haha.. Mane nak campak Dr. Khalis dan Encik Krisdankristal? Hehe..

Anyway, so daripada ramai-ramai jejaka yang duk bagi hint ni, yang jenis mulut-mulut manis ni, ada la sorang mamat ni yang confess. Ok fine. Aku bukan nak membuka pekung di dada yang aku ni dulu agak 'playgirl' di alam maya ni. Hah hah hah.. Dan aku bukan nak cakap yang aku ni 'hotstuff'. Tapi point aku ialah, walaupun ada ramai yang pandai berkata manis, yang pandai ambik hati aku, yang muka hensem bak bulan purnama, yang pandai bagi-bagi hint, yang pandai bermain kata-kata ni, aku pilih sorang mamat ni yang low profile je, yang takdelah pandai main kata sangat, yang takdelah anak raja ke ape, yang nampak je takde pape tapi hebat sebenarnya. Bakal doktor lagi! Masa tu la. Sekarang dah doktor dah. Dah kahwin dah. Huhu..

Ok. Itu je cerita aku. Hehe.. Maybe some of you might get what I'm trying to say, some of you might not. Tapi kesimpulannya, currently I'm not in any relationship tapi aku ada hubungan yang lebih kurang sama dengan konsep cerita aku di atas. Dan boleh dikatakan agak bahagia. Huhu.. Mungkin kawan aku di Adelaide, atau kawan aku yang suka tengok cerita kartun pocoyo, kawan aku kat Warwick, kawan aku kat Gua Sarawak, atau kawan-kawan aku yang lain faham. Yang tak faham pun takpe, tak perlu faham.

Aaaaanywayy. Aku tanya soalan cepumas kat @zh, Qil@h and d@t tadi: "Korang terkejut tak kalau kita kahwin after phase 1? Lepas masuk clinical?". Jeng jeng jeng. Paling suka tengok reaksi @zhreen. Haha.. Mungkin ada orang yang akan tergelak besar dengan soalan tu, mungkin ada orang yang hanya akan sengih-sengih tanda faham, mungkin ada orang yang akan nangis kerana aku sudah diambil orang. Hahaha.. Whatever it is, simpan je lah tawaan, sengihan dan tangisan korang tu sebab itu hanyalah soalan semata-mata dan bukanlah HINT. Aku ulang, that is just a mere question and NOT A HINT. Aku belum nak kahwin lagi! Oh mann.. lusa ade 0SCE :(

Sorang kawan baik aku nak kahwin bulan 8 ni. Mak aku pulak yang pressure tanya bila aku pulak nak kahwin. Aduhai.. Memang silap besar kalau bring up this topic dengan mak aku. Pelik.. mak orang lain suruh anak habis belajar dulu. Mak aku yang tak sabar-sabar nak suruh aku kahwin. Macam mana ni? Tak elok buat mak pressure pressure kan? Tak elok buat mak risau. Jadi? Hehe.. Abaikan. Aku masih waras.

Oh ya. Aku masih ada 0SCE Selasa pagi ni. Aku perlu FOKUS! Lepastu Lupi nak datang. Lepastu nak pergi jalan-jalan pulak. Hehehe bestnye exam dah nak habis!!! Cepatlah berlalu wahai hari Selasa.
photo taken by G!L.
When everything is dark.. There is a star in the sky. Guiding my way with its light.

"..but it may well be that you hate a thing the while it is good for you, and it may well be that you love a thing the while it is bad for you: and God knows, whereas you do not know." [2:216]

Thursday, June 05, 2008

Oh La La~

“Agak-agak kalau orang-orang U, orang-orang non-muslim semua datang dengar forum tu, kalau diorang bersetuju nak sokong PA$, semua nakkan Islam, agak-agak boleh ke wujud ‘daulah islamiyyah’?”
Hari ni kita cakap benda berat sikit ok? Kalau boleh terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, boleh la tutup window ni skrg. Huhu..

Tak tahu kenapa. Soalan tu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Benda dah lama. Isu tu dah basi. Dah nak dekat sebulan isu tu dibincangkan dalam usrah. Tapi tak tahu kenapa. Aku rasa macam ada sesuatu yang masih hilang. Tak tahulah. Aku sendiri masih mencari-cari. Aku sendiri masih fening.

Tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak usrah yang aku pergi, usrah tu jugak yang buat aku terfikir dengan dalamnya. Balik tu memang tak senang duduk. Lama aku termenung. Jauh aku mengelamun. “Aku ke yang fikir banyak sangat? Aku ke yang jahil sebenarnya? Aku ke yang over react? Aku ke yang tak sama wavelength dengan diorang? Aku ke yang buang karan duk pikiaq pasai ni?”

“Ni rasa macam soalan tricky je. Mesti ada answer scheme ni. Ntah la, tak boleh kot..”

“Ermm.. tak tahulah. Boleh kot. Ke tak boleh?”

Aku tak ingat dah apa kawan-kawan seusrah aku jawab. Tapi yang aku ingat aku adalah orang last yang jawab. Dan dengan yakinnya aku kata, “Yes, it is possible. Mestilah boleh. Sebab once orang Islam yang pegang kepimpinan, so bolehlah hukum Islam ditegakkan.”

Malangnya.. jawapan aku tak sama dengan answer scheme yang telah disediakan. Oh well.. aku malas nak bebel banyak. Apa yang aku bahaskan lepas tu biarlah tersimpan dalam kotak memori aku sendiri. Betapa aku berbahangnya lepas tu, biarlah aku simpan sendiri. Betapa aku rasa macam nak nangis lepas tu, biarlah Allah je yang tahu. Tapi.. satu benda is, aku belajar banyak benda from that particular discussion.

First, aku kena belajar carik banyak ilmu lagi. Banyak lagi benda yang aku tak tahu. Second, yes, aku kena perbaiki diri sendiri. Third, aku kena belajar kawal emosi. Sebab aku ni cepat emotional. Haha..

Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Aku bukan nak kata aku je yang betul yang lain salah. TAK. Aku tak kata mana-mana pihak salah. Aku bukan nak pertikaikan orang-orang yang lagi banyak ilmu agama daripada aku. TAK. Aku hormat dengan pandangan dan ilmu yang diorang bagi. Yes, aku admit yang aku memang terlalu jahil kalau nak bincang bab-bab agama ni. Aku memang terlalu jahil kalau nak bincang bab-bab ‘daulah islamiyyah’ ni.

TAPI.. FOR ONCE.. For once, aku terfikir satu je…

Kenapa kita terlalu berfikiran negatif? Kenapa kita perlu persoalkan samada daulah islamiyyah akan tertegak ke tak? Malaysia tu busuk sangat ke utk dijadikan Negara Islam? Kenapa kita tak yakin dengan kegemilangan Islam? Nak harapkan orang lain ke yang nak perjuangkan Islam kat Malaysia tu? Kenapa kita perlu sempitkan istilah ‘Tarbiyyah’ tu? Kenapa kita perlu pentingkan diri sendiri? Kenapa kita rasa dalam dunia ni kita je orang islam, kita je umat nabi Muhammad? It’s not about whether it is possible or not. It’s not about when. Sebab memang Allah dah janji dalam Quran yang Islam akan kembali gemilang satu hari nanti. Hari ni? Esok? Lusa? Tulat? Lepas kita mati? Bila-bila Allah nak. It’s not about who will be bringing Islam back. It’s not about this Jemaah or that Jemaah. It’s not about PA$ or U. Sebab Islam tu untuk semua. It’s not about anything. It’s about THE RELIGION; ISLAM itself.

Aku bukan apa. Aku bercakap untuk diri aku sendiri yang sememangnya masih jahil, masih terlalu bengap untuk bebel banyak pasal ni. Tapi aku tak rasa puas lepas balik daripada usrah tu. Aku tak rasa CUKUP. Aku rasa masih terlalu banyak ‘pieces’ yang hilang.

So what am I trying to point out here?

I don’t know.

You go and find out yourself. If you really, I mean, REALLY care about Islam, if you really want to see Islam as ‘ustaziatul alam’, you can’t just sit there and do nothing. You have to be REALISTIC and NOT IDEALISTIC. You have to be PRACTICAL and PROACTIVE. Allah ada cakap dalam Al-quran [maaf tak ingat surah apa], kalau kamu taknak tegakkan Islam, Allah tak rugi apa-apa pun. Allah tak heran pun kita nak perjuangkan Islam ke tak. Allah sedikitpun tak rugi. Malah, Allah akan datangkan satu kaum yang perjuangkan Islam. So? Tepuk dada tanya iman.

Apa-apa pun, aku punya kesimpulan ada satu je. Walau apa pun, aku tetap yakin dengan kepimpinan ulama’ dalam PA$. Aku bukan nak berpolitik. Aku bukan nak pro-PA$ atau anti-U. Aku bukan nak kata PA$ is THE ONLY WAY untuk ‘daulah islamiyyah’. But I am a Malaysian. I am a Muslim Malaysian. So takkan aku nak harapkan kebangkitan Islam kat Indon? Takkan aku nak harapkan kebangkitan Islam dekat Arab Saudi? Aku tak kata tak possible. Yes, Islam tu possible di mana-mana sahaja satu dunia ni. Yes, Islam tu akan bangkit untuk mana-mana kaum atau bangsa. Yes, Islam tu bukan untuk mana-mana jemaah pun.

But to be REALISTIC, PRACTICAL and PROACTIVE, dalam konteks Negara Malaysia, dalam konteks aku as rakyat Malaysia, aku kena sokong party yang perjuangkan Islam la, ye dok? It happens to be that PA$ yang perjuangkan hukum Allah. Note and perceive my sentence as objectively as possible ok? I repeat: It HAPPENS to be that PA$ yang perjuangkan HUKUM dan UNDANG-UNDANG Allah. Betul kan ayat tu? Huhu.. Kalau Allah bagi hidayah kat U, kalau U letakkan Al-quran dan Sunnah sebagai perjuangan mereka, yes, lagi la logic Malaysia tu nak jadik Negara Islam sebab diorang yang pegang kepimpinan sekarang.

So, when you say Hukum and Undang-Undang Allah, dah terang benderang kat situ ada perkataan undang-undang. So nak tak nak, you have to fight via politics la. Nak taknak, politics is the only way. You don't talk about Sirah Nabi without politics. You don't talk about Sejarah Dunia, World War ii, Perang Salib or what have you without politics. You don’t speak about Palestinian Issues without politics. You don’t speak about HAMA$ without politics. Betul tak?

Aku dah baca banyak artikel, banyak berita, dah tengok banyak video ceramah-ceramah kat internet tu, and yes, aku berani kata apa yang selama ni aku percaya, apa yang selama ni aku rasa is right. Aku just kata aku betul dengan jawapan aku tu. Sebab aku yakin yang Islam is relevant now and forever. Tapi aku tak kata mana-mana pihak salah. Yes we have different point of views, I respect that. But when I respect other people's opinions, I expect the same thing in return.

It’s not wrong to debate and discuss about this but one thing that we have to prepare ourselves before jumping into such discussion is we need to have knowledge, facts and be open minded. Berlapang dada and terbuka hati. When we have those criteria, then we know what our roles are. We won’t blame other people. We won’t say ‘I am right and you are wrong’. We won’t say ‘They are wrong and we are right’. No such thing.

But then again, this is just my opinion. Aku yang kerdil lagi dhoif lagi tak tahu apa-apa ni, you don’t have to take my points if you don’t want to. Tapi korang boleh la baca artikel-artikel orang-orang yang lebih berilmu macam Ustad H@$riz@l ke, ustad Z@h@ruddin ke. Kalau nak dengar ceramah yang ‘ringan’ yang boleh gelak-gelak sket, yang ‘lepak-lepak’ sikit, boleh la dengar ceramah Ustad @kil H@yy kat youtube tu. Seriously, walaupun aku gelak terkekeh-kekeh, dalam hati, apa yang aku rasa, Tuhan je tahu. Try la tengok ceramah ustad @kil. Best :) Bak kata ustad @kil, "Bukan nak ajak berpolitik. Bukan nak ajak join PA$. Tapi nak ajak BERFIKIR".

Jadi kesimpulannya, HARGA PETROL NAIK. Yeay! Sekian.
photo taken by nadia dar.
"Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa." [7:128]

Monday, June 02, 2008

Berita Jam 3: Dunia Warna-Warni

Hari ni. Aku ada banyak berita. Berita gembira ada. Berita kelakar pun ada. Berita ala-ala tahpape pun ade. Berita tak penting pun ada. Tapi tak kisah la. Itula namanye warna-warni kehidupan.

Berita utama: First day exam. Dan ESOK. Adalah hari last written exam!!!! O$CE ade lagi daa~ Well. No komen. Biasa la. Mana ada orang kata exam seronok. Tapi aku tak kata pulak exam hari ni tak seronok. Habis tu seronok ke tak seronok exam hari ni? Tak kisah laa. Apa-apa pun boleh.

Berita gembira: Bro Karl dah dapat baby girl. Huhu.. Bro Karl tak pernah habaq plak kat aku selama ni dia bakal jadi papa. Tapi takpe. Aku dapat bayangkan kegembiraan seorang ayah bila dapat anak. Walaupun aku bukanlah seorang ayah. Dan aku bukanlah seorang ibu jua. Tapi aku adalah Mak Na. Haha.. Aku sangat rindu kanak-kanak ribena kat rumah tu. Kalau Mak Na pun boleh sayang dan rindu kat anak-anak sedara. Apatah lagi Bro Karl dapat anak kan? Betul tak? Ke tak betul?

Berita kelakar: Dalam banyak-banyak photographer satu Malaysia tu.. KENAPA LAAA pakcik tu jugak yang jadik photographer wedding H??????? Kenapa??? Apa masalah aku sebenarnye? Hahahahaha.. Ntah. Psycho.

Berita tak penting dan ala-ala tahpape: Aku makan nasi berlaukkan ayam bakar masak kicap madu pukul 6 pagi tadi. 6 PAGI!! Tak pelik eh? Mungkin pelik bagi aku seorang. Tak pernah aku makan nasik seawal itu. Tapi takpe. Yang penting perut aku gembira masa jawab exam tadi [walaupun otak takdela gembira mana. Haha..]

Berita yang aku masih tak boleh terima: Kenapa mesti pakcik tu yang jadik photographer wedding H?? KENAPA?????
photo taken by SERENDIPITY™.
"ART THOU NOT aware that God sends down water from the skies, whereby We bring forth fruits of many hues - just as in the mountains there are streaks of white and red of various shades, as well as (others) raven-black" - [35:27]
Maka, atas nasihat A, aku nak pergi tenangkan diri. Doakan aku akan tenang menghabiskan written exam aku esok.

Sunday, June 01, 2008

Autoimmune disorder

Hati ini terluka tanpa dilukai. Hati ini menangis tanpa dipinta.
Rilex ok. Bukan nak berjiwang. Isnin ni ade exam ok? Haha.. So apa kaitannye?

In medicine, we have this one type of disorder whereby your own antibodies produced in your body which are primarily used to fight againts FOREIGN particles are doing something else. In this case, your own antibodies are fighting against your OWN cells, hence the name; AUTOIMMUNE DISORDER.

Siapa tak faham boleh tanya personally. Haha..
photo taken by mohdfarif.
Aku tak tahula nak cakap macam mana tapi aku sangat suka gambar sunset ni. Sangat suka!! Sangat cantik! SubhanAllah.. Korang boleh la tengok gambar2 encik ni. Memang sangat cantik. Islamic pulak tu. Huhu.. Bagus2. Ade jugak photographer yang bukan macam encik N. Hah hah..

With that, I dedicate this special photo to my friends [Leicesterians la especially huhu] and all friends in other parts of the globe. Good luck in our exams! I hope that we would do well and could make through so that boleh balik Malaysia. Hehe.. But whatever it is, always remember that whatever results that we end up with, that is definitely the best for us regardless what letter that would come out next to our candidate number. Ok :)

And also to A in Adelaide. Please don't stop snapping. Please do come back to photography. Please get back to your camera. Please don't waste your flickr pro account. Hehe.. It's ok. I understand that you're taking a break but please do come back ok?

And last but not least, to my very special friend, H. Congratulations. I don't have anything else to say. After ALL these years, this time is for real. And I pray to Him that you and everyone around you will always be blessed now and forever. Again, to H and Y, congratulations on your wedding day :) 010608; I'll try not to keep that in mind ;)

Ok, cik mai akan marah kalau saya tak fokus. Jadi, mari kita fokus dan bukan berangan ok? :P

Wish me luck, people! And for those who have wished, thank you very much. May Allah bless you too! Take care :)
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows