Monday, January 15, 2007

a reminder for myself

I don’t know how to put what I feel right now in words. I’ve been typing and deleting words, being unsure what are things that I have to say or how exactly it should be described. I noticed something just know. A year or so ago, I’d promised to blog about a camp that I had participated in Bukit Tinggi in Pahang. But until now, I haven’t written anything about it and I’m very2 sure that whoever reads this won’t perceive what I’m trying to say.

Ok, let’s not playing with words.

Dulu, aku pernah sekolah agama tapi aku tak pernah suka sekolah kat situ. Mum and Dad kata, ilmu agama ni penting, sebab tu kena belajar kat sekolah agama, sebagai bekalan masa depan. Tapi, dalam hati, aku sangat2 la tak percaya and tak setuju dengan reasons yang telah diberi oleh Mum and Dad. Aku memberontak dari dalam, senyap2 sebab aku tak sanggup nak hancurkan harapan Mum ngan Dad selepas mereka bersusah payah mendesak Ketua Pengarah sekolah agama [atau apa2 je laa] utk bagi aku pelung ke skolah agama tu.

3 tahun aku bersabar, Alhamdulillah aku berjaya melarikan diri ke suatu tempat di Langkawi yang keadaannya sangat berbeza dengan sekolah agama dan tak pernah menyesal tinggalkan sekolah agama tu. Aku tak kisah orang nak kata ‘Dah tanak belajar arab la tu’ atau ‘Mesti dah tak nak pakai tudung labuh’ dan sebagainya tapi apa yang hanya ada di benak fikiran aku ialah “Sekolah agama tak semestinye melahirkan orang baik dan sekolah bukan agama tak semestinya melahirkan orang yang jahat. Dan kalau Allah nak bagi hidayah, Dia boleh bagi kat sesiapa sahaja, bila2 masa sahaja, bukan budak sekolah agama je” dan dengan pegangan aku tu, aku survive di Langkawi dan Alhamdulillah sekarang aku kat antara kolej yang paling best kat mesia.

Sebelum aku masuk sekolah agama tu, aku dapat surat tawaran menyatakan yang aku kena register di sekolah tu sekian hari dan sekian haribulan. Tapi aku tak bagitau Mum, aku nyorokkan surat tu sampai satu tahap yang aku dah tak sanggup nak menipu Mum ngan Dad lagi. Sejak daripada peristiwa itu, sampai la setahun yang lepas, aku ada satu perasaan, jauh di sudut hati, yang aku tak berani nak ungkapkan walau pada diri sendiri. Aku ada rasa sesuatu ‘kekosongan’ yang aku selalunya isi dengan menulis diari dan sekarang, menulis blog. Aku rupa2nya seorang yang sangat introvert dan suka meluahkan perasaan melalui perkataan, bukan melalui suara. Aku menganggap ‘kekosongan’ itu sebagai suatu yg perlu aku isi dengan apa sahaja yang aku suka.

Sepanjang aku menjadi ‘orang lain’ tu, walaupun niat aku tersasar daripada yang sepatutnya, banyak ilmu dan perkara baru yang aku dapat. Tapi lepastu aku mula lalai dan alpa. Tambahan pula dengan hidup yang sangat busy ni. Maklumlah, bila dah mula berjauhan dengan Tuhan, banyak aje alasan. Waktu tu, hidup aku sentiasa resah. Kalau korang baca entry2 sebelum ni pun, semuanya berbaur unsur depression. Risau itu ini. Gelisah tak dapat interview, risau exam lah dan sebagainya. Memang tak pernah tenang. Solat lagi la tak payah cakap, memang tak khusyuk fikir banyak benda. Sampai satu tahap, aku rasa rindukan sesuatu. Somehow, aku rasa rindu untuk jadi ‘orang lain’ yang pernah aku jadi dulu semasa kehadiran saudara itu di kolej yang menjadi pendorong aku untuk berubah.

Detik demi detik, hari demi hari, aku masih mencari2 sesuatu untuk diisi dalam ‘kekosongan’ dalam diri. Bukan aku tak tahu perkara yang sebenar [yang hakiki] yang perlu aku isi dalam jiwa yang kosong itu. Dah banyak ceramah aku dengar, sesungguhnya, kekosongan jiwa dalam diri seorang hamba Allah itu terutamanya remaja adalah sepatutnya diisi dengan Tuhan yang sebenarnya memiliki hati setiap hambaNya. Dan sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mampu memberi ketengangan kepada seseorang. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Ar-Raad ayat 28, “Sesunggunya, dengan mengingati Allah, hati akan tenang..” Ya, aku tahu, tapi waktu tu, aku masih tak berjaya untuk mencari ketengangan yang sebenar.

Sehinggalah pada suatu hari, beberapa hari sebelum cuti semester hari tu, Mus0ll@ committee telah mengeluarkan notis tentang Mu$|im Y0utH c@mp dan sesiapa yang berminat boleh la menyertai camp tersebut. Jauh di sudut hati, tergerak hati nak join tapi atas dua alasan iaitu i) camp dibuat 3hari terakhir sebelum cuti habis [tak best ar cuti lagi pendek dari org lain!] dan ii) aku dah pernah join dulu so mesti lebih kurang je, maka ada la sedikit bisikan jahat untuk tidak join camp tersebut. Tapi atas takdir Allah, aku telah selamat selesaikan camp tersebut petang tadi. Apa yang aku nak kongsi kat sini ialah, betul la apa yang aku pegang selama ini iaitu “Allah boleh bagi hidayah kat siapa2 aje dan bila2 masa aje”. Dan selepas setahun setengah duk kat kolej ni, Alhamdulillah, aku rasa sangat tenang sekarang ni lepas join camp tu walaupun semester ni adalah semester yang paling ‘maut’ sekali la bak kata orang.

Walaupun kebanyakan isi ceramah tu aku dah dengar semasa aku join camp tu tahun lepas tapi kesannya ke atas aku amat berlainan kali ni dan kesan tu sangat signifikan bagi aku. Barulah aku dapat rasakan macam mana rasanya apabila kekosongan jiwa itu dapat diisi dengan perkara yang sepatutnya, yang sebenar, dan yang hakiki. Bagaimana Allah nak tunjukkan betapa besar kuasaNya dan betapa Allah itu tidak menghampakan hamba2Nya yang bersabar dengan ujian, hari ini, aku dapat dua panggilan interview sekali gus, dua anugerah dan nikmat Allah yang sangat aku tak sangka2kan, terutamanya di saat hati yang sedang runsing dan gelisah mula merasai ketenangan. Apa yang buat aku lebih bersyukur ialah, setelah counselor aku menulis surat [tak sure surat apa] kepada pihak university Leicester, akhirnya, aku dan juga 2 orang lagi kawan aku yang pada awalnya telah direject sesedap hati telah di-officially accepted to attend the interview. Dan setelah berbulan2 aku menunggu jawapan daripada university lain, akhirnya Nottingham Univ panggil aku interview. Dan tidak ada perasaan lain dalam diri aku sekarang kecuali rasa sangat bersyukur. Barulah aku dapat rasakan macam mana kesan yang sebenar2nya itu datang pada diri kalau kita bersabar dengan ujian Allah dan sentiasa berharap dan bersangka baik dengan Allah.

Lagi satu benda yang aku nak kongsi dengan pembaca sekalian ialah, sesungguhnya Allah itu memiliki hati kita. Allah boleh palingkan hati seseorang dan boleh bagi hidayah pada seseorang pada bila2 masa sahaja. Semasa aku join camp tahun lepas, bukannya aku tak insaf. Menangis teresak2 jugak masa ustad terangkan pasal kematian. Konon2 taubat la. Tapi sungguh, memang aku menangis bagai nak rak sebab insaf. Tapi itulah, Tuhan boleh tarik balik keinsafan bila2 masa. Lepastu jadik jahil balik. Dan sekarang, lepas join camp tu lagi sekali, rasa insaf dan taubat tu memang ada cumanya diselit dan ditambah dengan rasa berhati2 dan sentiasa berwaspada bahawa bila2 masa sahaja Allah boleh tutup balik pintu hati kita. Na’uzubillahiminzaalik!

Aku tak nak cakap banyak lagi [mak aih, dah 3 page dah tulis beb! Tak banyak kebendenye!] cumanya aku terfikir, adakah aku akan meneruskan dengan blog aku yang walaupun kebanyakan isinya adalah lagha dan sia2 tapi secara ikhlasnya, memang aku sayang sebab banyak tinggalkan pengajaran pada aku. Atau adakah aku akan berhenti mem’blog’ daripada blog benda2 merepek, atau adakah aku akan menjadi seorang blogger yang baru. Buat sementara waktu ni, aku masih belum ada mood untuk sambung berblog tapi siapa tahu, suatu hari nanti aku akan jadi macam encik hamka ke, muncul dengan satu blog baru yang dapat membawa pembaca kembali ke jalan Allah, insyaAllah. Tapi tak sure la bila, ilmu agama masih sangat cetek dan sememangnya masih tidak layak untuk berdebat tentang agama. Tapi takpe, kalau kita betul2 ikhlas nak belajar dan menuntut ilmu, insyaAllah Tuhan akan bantu.

Sebelum aku terus leka membebel, ni nak bagi satu lirik lagu daripada Raihan yang juga menjadi doa taubat yang kami amalkan ketika camp hari tu. Walaupun kita dah selalu sangat dengar kat radio ke, tapi cubalah, walaupun hanya untuk sekali seumur hidup, kita renung dan hayati maksud sebenar ayat2 ini. Moga2 kita mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah dan moga2 dosa kita diampunkan oleh Allah dan diminta kita dijauhkan daripada seksaan azab api neraka, insyaAllah.

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ilaa hilaas tu lilfirdausi ahla
Walaa aqwaa 'alaa naaril jahiim
Fahabblii taubatan waghfir dzunuubii
Fainnaka ghaafirun dzanbil 'adziim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Wallahua’lam.

5 comments:

Anonymous said...

good luck for your interviews. I miss college days.

deynarashid said...

i have a few assumptions in head of who u really are but i dont know which one to believe. but whatever it is, thanx for the wish, senior.. Allah bless

Anonymous said...

ermmm dina, yg arab tu salah sket

ni yang betul

ilaa hilaastu lil firdausi ahla
walaa aqwaa 'alaa naaril jahiim
fahablii taubatan waghfir dzunuubii
fainnaka ghafirun dzambil 'adziim

sebab yg ni ikut perkataan arab bukan ikut sebutan masa nyanyi :)

deynarashid said...

ahaa.. betul2.. tu la, lenkali jgn copy paste sesedap hati je! *cakap sorg2*

thanx bro karl! lepasni insyaAllah boleh amalkan :)

Anonymous said...

dina..

lamanye dah xbkak ur blog..well u know la kan..college nye internet yg cam horror buh~san tuh..sedey bc post psl myc coz xdpt join hr tu..regret nye smpi skang:( glad to hear dat u wanna be 'org lain' n not bcoz of u-know-who anymore:) alfu mabruk 'alaiki!!