Monday, March 17, 2008

Aku desperate

Korang dengar background music blog ni? Dengar? Dengar?

Siapa ada/tahu kat mana aku boleh download lagu ni, Our Creation by Hamza Robertson. Tolong bantu orang yang desperate mcm aku ni. Aku sangat suka lagu ni. Dah merata aku carik. Labah-labah Google dah lompat dari satu 'sawang' ke 'sawang' yang lain. Aku rasa labah-labah ni dah tak kuasa nak layan aku punya kerenah. Aku tak mampu nak beli CD ni 12pounds hanya semata-mata aku suka satu lagu ni je. Oh, bantulah aku!

Ya, aku sangat desperate saat ini. DESPERATE!

Sunday, March 16, 2008

Underwater

Dulu kat kolej, kalau aku depressed atau rasa down, aku akan ke kolam renang. Aku akan duduk dalam air seberapa lama yang mungkin. Aku mungkin kelihatan bersenam. Aku mungkin kelihatan menguak-nguak dalam air tapi siapa tahu, air mata aku bertemu dengan air klorin. Memang orang tak nampak pertemuan antara dua air yang berlainan sumber itu sebab aku pakai goggle berwarna hitam.

Hobi aku memang berenang. Aku mula berenang sejak aku 8 tahun. Aku mula masuk kolam renang dengan kedalaman 10 kaki masa aku darjah 2. “Lompat je Dina. Abang D tunggu kat bawah” kata instructor aku. Bayangkan, budak darjah 2, tengah berdiri kaku, nak terjun dalam kolam renang berkedalaman 10 kaki. Tapi aku kuatkan diri jugak. Lalu aku lompat dan terjun. Masa tu belum belajar diving lagi. Lompat katak saje.

Aku tenggelam. Untuk beberapa saat, aku rasa aku dah mati. Tiba2 aku dikelilingi dengan air biru. Kaki dan tangan mula meronta2. Bubble-bubble udara mula keluar dari hidung dan mulut aku. Air mula memasuki rongga airway dan oesophagus aku. Aku tidak boleh bernafas sebab takde sirip macam ikan. Aku hampir lemas. Tiba2 aku rasa diri aku disambar orang, dan di bawa ke atas air. Aku menghela nafas dengan panjang. Aku nangis. Ha ha ha.. Abang D rasa bersalah. Tapi dia cuba pujuk aku, “Abang saja nak suruh dina terjun dalam air dalam ni. Nak bagi tanak takut air. Nak bagi tanak takut lemas.” Dan aku rasa, sejak daripada tu, aku mmg tak pernah takut air lagi. So far.

Dengan ajaran Abang D sewaktu aku kecil, aku akhirnya berjaya mendapatkan Livesaving Bronze Medallion kat kolej dulu. Aku pergi ke kelas training setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad. Kelas training tu adalah saat-saat penderitaan yang amat menyakitkan fizikal. Aku turun 5 kg. Hah hah.. Lepas tu naik balik. Aku sepatutnya boleh jadik live-saver yang berdedikasi. Ha ha ha.. Tapi sebab kelab live-saving campur laki prmpuan, aku tarik diri. Biarlah aku meng’save’ diri aku sendiri.

Hari ni, aku MENGIDAM untuk berendam dalam air. Bukan hanya sekadar berendam dan berangan, tapi berendam dan bersenam sambil melepaskan kesedihan di hati. Setiap kali lepas aku ke kolam renang, aku akan rasa puas, seakan-akan aku hidup di alam lain iaitu alam marine buat sementara waktu dan kembali ke alam realiti dengan satu perasaan yang lain. Tapi di tengah-tengah benua Inggeris ini, di tengah-tengah musim transisi antara musim sejuk dan musim bunga, di mana suhu masih lagi di paras 1 darjah selsius, manalah logik untuk aku berendam dalam kolam renang yang tidak pernah kelihatan pun di bumi aku pijak sekarang.

Hari ni aku bangun dengan tahap semangat yang paling rendah sekali. Aku melihat kawan-kawan aku pergi bercuti tinggalkan aku. Aku teringat detik-detik mak aku dan adik-adik aku pulang ke Malaysia dulu. Hidup aku seakan-akan kosong. Kosong secara fizikal. Lepas aku lihat mereka tinggalkan aku, aku kembali ke alam maya dengan harapan untuk meniggalkan kesedihan aku setakat itu saje. Tapi sekembalinya aku ke alam realiti, rupa-rupanya, kesedihan dari alam maya turut dibawa ke alam realiti. Dulu, lepas mak dan adik-adik aku pulang, aku menangis sekuat hati. Aku telangkupkan muka dalam bantal 4 ketul di atas katil ‘double’ dengan selimut panas yang besar dan menangis sepuas-puasnya. Sungguh selesa untuk melepaskan perasaan. Tapi hari ni, aku tak mampu nak menangis. Aku cuma menangis dalam hati. Sebab aku penat. Penat melayan perasaan.

Aku menyambut kekosongan hidup aku dengan memasak. Aku masak sedap-sedap sejak dua tiga hari ni. Aku masak ayam masak madu kicap cili api. Memang korang tak pernah dengar resipi ni sebab aku reka sendiri. Sejak aku sampai ke UK, tak pernah aku makan nasi dua kali sehari [kecuali kalau ada open house masa raya atau ada makan-makan]. Aku hanya akan makan nasi sekali sehari tapi banyak. Sebab tanak perut kosong bila tiba waktu malam. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku masak sedap-sedap untuk diri sendiri. Aku pun pelik kenapa aku rajin sangat masak. Aku tahu diri aku mcam mana. Aku taklah serajin ini. Tapi hati ibarat ingin digembirakan jadi otak kata pegi masak. Dan aku makan tiga kali sehari. Ya, kitaran biologi aku sudah hampir.

Aku ke rumah kak A tadi. Berjalan kaki. Seorang diri. Bagaikan orang psycho keseorangan di tengah-tengah kota Leicester. Sambil telinga disumbatkan dengan ear-phone yang disambungkan ke telefon bimbit aku jenama Sony Ericsson sambil mendengar lagu-lagu yang aku sudah bosan mendengarnya tapi aku dah banyak kali lupa nak tukar. Aku melangkah dengan langkah yang sungguh tidak semangat. Dengan kedinginan angin yang menusuk tulang. Aku melayan perasaan.

Ramai jugak orang di rumah kak A. Sepupu aku, kak F dan Abang F pun ada juga. Aku borak-borak dengan diorang dan pastgrad-postgrad yg lain. “Sorang je? Mana kawan-kawan lain?” adalah soalan lazim untuk hari ni. “Diorang ke Prague. Dina tak ikut, takde duit” kata aku sambil melemparkan senyuman pahit dengan paksa rela. Selepas minum air kopi 3 cawan dan biskut 5 keping, aku meminta diri. Saat aku salam dan peluk kak A, aku rasa sayu. Aku rasa sedih.

Aku teringat sewaktu aku baru sampai di Leicester dulu, sewaktu aku ditinggalkan pegawai MARA [nama pegawai ni Encik Z. Ya, dia tinggalkan aku seorang diri. Sila repot polis] di tengah-tengah kota London di Heathrow Airport, sewaktu aku ditinggalkan bas, sewaktu aku rasa nak nangis dan nak balik Malaysia waktu tu jugak, tapi akhirnya dapat jugak naik bas, Kak A dan Abang T ambil aku di stesen bas St. Margaret’s di Leicester.

Hari pertama aku di UK adalah hari kedua Induction Week di Medical School. Aku agak lost tapi nasib baik ada Kak A dan Abang T. Mereka terus hantar aku ke Oadby Student Village, tempat penginapan sementara aku untuk Induction Week. Hari pertama itu, Abang T pinjamkan aku cash 100pounds sebab kena bayar accommodation. Dan Kak A, bekalkan aku spaghetti dan buah epal dan oren “Dina makan la ni ye. Akak buat tak banyak. Cukup la buat makan sehari dua,” kata Kak A sambil bagi aku bekalan tu. Aku terharu.

Saat-saat tu masih fresh dalam kepala aku. Kak A dan Abang T sangat baik, macam akak dan abang aku sendiri. Kalau aku ada apa-apa masalah, aku selalu mengadu dekat Kak A. Sekarang, Kak A sekeluarga nak balik Malaysia untuk selama-lamanya. Aku sedih. Aku sangat sedih. Satu lagi keluarga aku nak tinggalkan aku keseorangan kat sini. Nasib baik ada Kak F dan Abang F sedikit sebanyak terubat juga luka di hati. Aku salam Kak A dan peluk Kak A dan cuba menahan empangan di mata. Berjaya untuk seketika tapi tidak berjaya di saat aku menaip ni. Lalu air empangan terpaksa akur dengan tarikan graviti dan mengalir dengan derasnya.

Sekarang aku IDAMKAN lautan. Aku teringat saat-saat aku bersama beberapa orang kawan ber-snorkeling di Pulau Perhentian, Terengganu. Saat-saat gembira yang tak dapat diganti dengan saat-saat lain. Dengan life-jacket yang aku pakai, aku terapung-apung di atas lautan tanpa menjejakkan kaki di bumi, tanpa rasa takut dengan ikan jerung, tanpa rasa terbeban, berasa diri ini sangat ringan.

Kelihatan ikan-ikan kecil dan besar datang ke arah kami yang memegang roti di tangan. Ikan-ikan kecil dan besar berwarna-warni. Aku sangat gembira ketika itu. Aku menari-nari di dalam lautan. Aku bernyanyi-nyanyi didengari oleh ikan-ikan yang menemani aku. Kaki aku berkocak-kocak disaksikan makhluk Tuhan yang ada di bawah laut itu. Aku sangat gembira. Tiada pertemuan air tawar dengan air masin.

Tapi kini, aku ingin ke laut lagi. Dan air mata sudah meronta-ronta tidak sabar diminta untuk berjumpa dengan saudara air masinnya di lautan. Tapi apakan daya.. Aku hanya mampu berfantasi. Aku hanya mampu tenggelam dalam ‘lautan’ emosi.

Selamat tinggal Kak A, Abang T dan anak-anak. Semoga Allah membalas jasa Kak A dan Abang T. Jumpa lagi di Bangi dan Banting nanti, insyaAllah.
photo taken by _neverletmego_.
Stretching for your hand
Fingers out of reach
Everything is a mirage
Road melting
Features blend together;
Remember
Your face; not lost
Your voice; not spoken
But garbled
Down with the fishes
No gills and I can't breathe
Little bubbles back to the surface.
Where I should be
You're holding me down
And whispering
"Let go."
-by ~JennyBean~ H.

Of being scientific.

photo taken by mechmed tawfeeqovski.
“Sometimes it’s better to not know than knowing something we don’t wish to know.” I told my friend just now.

But I remember what I told S the other day, “I hate uncertainties. I need to know the cinch. Let it be the dogma.”

So which one is better; knowing something that we’ve been waiting for so long or not knowing something that we don’t wish to discern?

“Why don’t you use your theory of knowledge?” asked S.

Bernoulli’s Principle?

The Ernst Equation?

Quantum Mechanics?

Theory of Relativity?

Which one? Which one, S?

Thanx for not being so helpful.

Wouldn't it be nice if science could explain everything plainly explicitly? Yes, it would be nice. But unfortunately life is not all about science, isn't it? So, not everything could be explained with science. Life is not that easy.

p/s: Happy holiday, my friends. Sedihnye tak dpt ikut korg pegi Prague :( I'm going to be all alone. Alone.

Friday, March 14, 2008

Take Me Away..

"Aku ada fobia pada ketinggian. Aku gayat. Aku takut jatuh. Memang pemandangannya cantik dari ketinggian ini, tapi kalau jatuh tentunya lebih sakit kan?" kata seorang kawan.

Aku suka la quote ni. Sebab aku mmg gayat. I hate heights. Sebab tu aku lagi suka pantai daripada gunung. Whatever it is, no matter how beautiful the view is from up there, I'd rather be down here than regretting over flying too high.

The next cycle is coming up. I hate this feeling. I hate being controlled by hormones. I hate it when emotions take control over everything.

I skipped my formative-assessment feedback lecture this afternoon. I skipped the next two lectures about God-knows-what. Just right after my test, I went back to my hall, jumped onto my double bed and let my mind took me wherever it wants. I’m not in the mood :(

Abg t@m@t is going back to Malaysia for good. Kak @m@ni is going back to Malaysia for 5 weeks. And so is Izw@n. And so is my flatmate. Four of my friends are going to Prague. So, in the end, I’m left here with everyone’s being away. And my camera is idly put on the shelf, untouched and berhabuk. So how is it relevant for me to be happy and contented? How is it possible for ‘not-in-the-mood’ feelings not being applied to my current condition?
photo taken by antonious.
J, take me away from here..
Take me to the ocean..
Let us go there..
I want to bid farewell to the Sun..
I want to fly along with the birds..
I want to sing together with the waves..
I want to hum along with the wind..
I want to float freely on the sea..
Forget about everything on the land..
I want to close my eyes..
And feel Him within me..
I want to close my eyes..
And pray..
I want to close my eyes..
And throw everything of him away..
I want you to know..
That this is what I really want..
Please, J..
Take me away..

Tuesday, March 11, 2008

Of disgusting people..

Eeeeee GEERRAAAMM!!

G.E.R.A.M.

Tau tak. GERAM!

Religion Abuse.

Ni yang buat aku meluat tgk pemimpin2 melayu ni. Or better still, pemimpin MUSLIM. Eh kejap.. muslim ke? Astaghfirullah.. kan dah aku memfitnah ke-muslim-an dia.

All this while, aku cuba jadi as unbiased as possible. Aku cuba pujuk diri sendiri “bukan salah parti, tapi salah individu”. Tapi kebetulan, individu2 daripada that particular party tu la yang buat aku meluat. Ok fine.. That’s an unfair generalisation. But that’s the truth!

Aku replay video tu ulang2 kali. Cuba cari, aku ke yang salah dengar atau mmg salah KJ punya cara percakapan. Berulang2 kali. Last2 aku fed up. Dan MELUAT campur MENYAMPAH sebab aku tak dapat cari relevancy on what he said.

Oh come on! You are just an Oxford graduant! Bukan Al-Azhar! How can you make such statement in front of a crowd??? HOW CAN YOU??!!! [Bukan nak kata Oxford graduant tak boleh nak sentuh bab2 agama tapi maksud aku, sebelum nak cakap tu, filter la dulu, betul ke tak apa yg nak disampaikan tu..]

Ya rabbii..

“sebabnye org yg nak jadi pemimpin ni tak fhm islam, dina” kata kawan aku, Nazirah.

Haa itu la MASALAH BESAR kebanyakan pemimpin2 zaman sekarang ni. Patutnya, diri sendiri tu la tahu yang dia tu tak faham islam. Kalau dah tak faham islam tu, pegi la belajar. Ni tidak. Memandai pulak nak cakap pasal islam lah, akhirat lah. Apa qualification yang kau ada utk cakap such thing??? Tolong la. INIKAH CARA OXFORD GRADUANT BERCAKAP??

Ya Allah..

“Sedangkan tuan2, agama kita pun ada sebut, hari kiamat nanti, apabila malaikat meniup sangkakala, hari kiamat nanti, segala2nya hancur tuan2. Bumi hancur, laut hancur, langit hancur, bulan pun hancur, tuan2. Yang tinggal hanya dacing yang akan menimbang antara dosa dan pahala manusia, tuan2.”

Habis tu, semua hancur, kau tak hancur ke? Apa kena mengena dacing BN dengan hari kiamat ni weh???? APA CERITA NI???!!!! Yang kelakarnya, lepas dia cakap macam tu, semua orang sorak. SORAK???!! Sama je penyokong dgn pemimpin.

Aku sedih. Sangat2 la sedih. Bayangkan kat akhirat nanti, Allah tayangkan balik sebijik2 macam dalam youtube tu, kau tak malu ke??? Astaghfirullahal’adzim!

“Ni dlm ayat quran 50:18, Allah kata setiap apa yg kite sebutkn akan dicatat oleh raqib atid. Tu yg ustaz cerita kat kitorg time crash course arab baru2 ni. Ustaz kata raqib mengawasi kita, atid mencatat. Semua yg kita lafazkan akan dicatat..”

Terima kasih kat kawan aku, Nazirah sebab kongsi ayat quran tu. InsyaAllah sama2 la kita muhasabah diri balik. InsyaAllah kita insaf dan minta ampun kat Allah atas segala perkara sia2 yang kita sebut selama ni. Dan doakan la jugak, mudah2an, suatu hari yang indah nanti, akan ada orang yang bagitau KJ pasal ayat quran ni. Kesian sangat kat dia. Takkan kat akhirat nanti kita nak lihat PEMIMPIN KITA [dia menang Rembau ok! Jadi, dia masih seorang wakil rakyat] tanggung sorang2 atas apa yang dia cakap sesuka hati tu? Na’uzibillah!

Dan lagi satu yang aku geram, kat Friendster tu, kalau boleh Bulletin Board tu nak dijadikan blog. Nak bagi satu dunia tahu yang dia tu pemuda UMN0. Nak menyumpah seranah itu ini. Nak kata itu salah, ini betul. Terang tang tang tulis ‘T@kzi@h Melayu!”. Nak kata orang Melayu ni bodoh pilih salah pemimpin. Nak label orang tu tak educated. Nak label orang ini bengap.

Eh eh.. dia pulak sebok nak berkempen kat Friendster ni ape pasal? Apa masalah kau dengan negara demokrasi ni? Dah rakyat nak bagi ombak tsunami, kau siapa nak label2 orang ni? Kau siapa nak wakilkan rakyat2 yang lain? Kau siapa nak salahkan apa yang orang undi? KAU SIAPA???? SIAPA KAU? Kalau korang nak tahu contoh post yg ‘KAU’ ni tulis, ada kat entry lepas tajuk ‘Of Mentalities’ yang aku kata aku dpt drpd kawan pasal harga minyak tu. Nak kata orang, dia pun sama. Umur baru 22 beb. Jangan la berangan macam umur 50an! Haih.. Apa nak jadik nih?

“Spare me, sir. There’re many differences between me and you. What to do? I just happen to love my country better, thats all. I am more worried about my nation than just my party. That makes me an angry man, yes, and you shall not say anything about it because it was you people who fight so much about freedom of speech and what not. So it is either you let me be by respecting my space of political remarks and ideologies, or you can easily remove me from your list to allow your side of liberalism takes account at definite order. Because I do respect your space, and thus should you do mine.”

Fine.

So long, farewell. You’re no longer in my friend list. You make me sick!!

p/s: Aku dah lama bersabar dgn kawan aku ni. Aku bukanlah orang yg dipilih oleh Allah dengan tahap kesabaran yang tinggi. Aku dah cukup sabar dah. Dia je yang saja nak naikkan darah aku lagi. Ya Allah.. tunjukkanlah KAMI jalanMu yang lurus..

New Blog

with the wisdom of hindsight.

That's officially [official ke? :P] for iLuvi$l@m.c0m. But it's still under construction. Dah lama tak duk godek2 coding2 ni. Poning den!

Though, .v.e.r.i.t.y. .o.f. .j.u.d.g.m.e.n.t. will still be operated.

Please do visit my new blog. And kurangkan visit blog yg ni sbb blog ni utk benda2 merepek i.e personal. Blog lagi satu tu lebih ilmiah, insyaAllah. Dan lebih publicised :D

Jazakallahu Khairan Kathira for your time and your support. Any criticism, ideas, suggestions etc, please do let me know :)

Monday, March 10, 2008

Of a Scar Unhealed

I learnt few weeks ago about chronic inflammation. And it is wound up that one of its outcomes is SCARING.

The good news is; the function would probably return completely to normal.
photo taken by Atilla1000.
Unfortunately, the bad news is; the normal structure is no longer retained.
So, how do I get rid of the scar? I would say, well, He has the answer. But that's just too easy.

What's worse is; sometimes, even if the chronic inflammation has healed and repaired, subsequent persistent irritaion is still possible. That's extremely awful.

I guess that's how the nature works. For better or worse.

O Allah! I ask for a mercy from You by which You will guide my heart, settle my affairs, remove my worries, protect me from what is unseen to me, make my face radiant, purify my deeds, inspire me with wisdom, avert calamities from me, and protect me from every evil.

p/s: Staying up for the whole night does not make me a superwoman. And neither it makes the caffeine a superman.

Wednesday, March 05, 2008

Of Mentalities

"Sekarang suaranya (Anwar Ibrahim) berubah sekali lagi. Saya tidak tahu mengapa rakyat terutama bukan Melayu masih percaya dengannya yang kini begitu lantang menghentam sistem pemerintahan kerajaan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjuangannya," Click here.

“Saya sebagai anak muda, pandang kiri pandang kanan rasa sayu di hati sedikitlah. Bahawa kita tidak boleh meletakkan Islam itu mengatasi semua politik.” Click here.

“Bukan ada kesalahan apa pun yang dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar. Takdak langsung.. Sebab itu, ini adalah kezaliman. Tetapi, masa itu susah sikit, ada kuasa ni susah nak buang (kezaliman). Laa (sekarang) ni dah takdak kuasa.” Click here.

SPR.

BERSIH.

PALESTINEAN ISSUES.

WORLD WIDE HEALTH ISSUES.

SECULARISM.

FUEL PRICE RISES.

POLITICS.

Politics. I’ve never liked politics. Someone once said, “You can’t be a politician if you’re a good person because politics mean play dirty.” I bet most of us nowadays choose not to get involved in politics. Talking bad about people behind their backs. Playing around with words and promises. It’s just not our thing!

You probably curious about what I’m going to say here. Well, before I go any further, mind you, this is not a political agenda of any sort and no, I’m not trying to brainwash you or campaigning for any parties. Like I said before, I don’t really like politics. And this is only from my point of view. You can judge. You can criticise. You can curse and whatnot. It’s my blog, I’m free to write anything I want and yea, this is the cyber world, you’re free to response whatever you wish as well. But I’ll try to be as unbiased as possible. Probably will touch a bit on Islamic point of view which I don’t find any harm caused there.

Well, I’ve been brought up in an academic family. Both of my parents are academicians. They never taught us anything about politics. Well, I’m glad they didn’t because the political world out there is seriously chaotic and crazy. But we do talk about politics once in a while and perhaps that is the reason why I think I should be aware of all these crazy things. Everyday especially when the general election is just around the corner, I got loads of links from various sources; diverse mentalities and what have you. And I get to see different approaches from different parties. Man, I just can’t go along with that kind of way. I mean, cursing, swearing, shouting, being dishonest. I’m not pointing towards any party. I’m talking this on general basis. Now, that’s not very pleasant to feel you know. I don’t like it. But who am I to complaint? That is politics. What else do I expect it to be?

So, like everyone else, I would just ignore, go on with my life, go to lectures everyday as usual, and get my degree back to Malaysia.

Well, I could have done that. I could have been "whatever! It’s not my problem!". But ironically, despite the loathsome perception of mine on politics, I didn’t restraint my thoughts on it. It would be such a big lie if I say that I didn’t get impacted by what is happening in my own country. I would call myself a fool if I keep on being ignorance and pretend like everything is not my problem. It would be such a shame of me if I keep on being naïve when the world around me is obviously not just about going to lecture and bringing back my certificate to Malaysia. The world is revolving, man! The world is getting insane. The world is going mad. How could you be so ignorance and naïve?

For instance:

I got this from a friend – “Kalau stakat nak pong pang kutuk kerajaan tapi gamba pun sorok tayah la weh. Nak caci orang ni, nak hina orang tu, umur nak buang undi pun tak cukup lagi. benci umno la, beruk nasional la, owh come on. kita bukan nya orang tak berpelajaran. duduk kat utp guna pakai duit petronas, takde lgsg rasa appreciate lain la to non scholars kan. ada hati nak turunkan harga minyak. sedangkan opac pun tak mampu nak kawal habis2, ni bajet leh kasi subsidi besar besaran la. tau ke harga sebarrel minyak skrg bape?”

On the other hand – “Kalau turun harga minyak, bukan sampai kita bankrap. Kita turun supaya untung kita daripada 80 billion jadi 70 atau 60 billion ringgit. Masih untung! Double dari apa yang saya dapat dulu.” Click here.

Well, one might ask “How do you know which source is reliable and which is not?”. “How do we know who speaks truth and who doesn’t?”

And I don’t have answers for that if you ask. Because nowadays, you can’t trust anyone. You can’t even trust your friends, let alone political websites on the net. Most of them are full of craps, lies and rubbish. But my answer to myself [again, to MYSELF] is, “Dina, open your heart, open your mind, and be realistic. Use your common sense.” And apparently, that little piece of advice for myself does kind of work! No, I don’t know what’s the exact answer for the question I raised above. I doubt there’s any. But at least, AT LEAST, I’m not left behind. I’m not just living under a shell.

I looked at those videos on youtube. I read through those articles about what is currently going on in Malaysia. I watch. I read. I listen. And I think. And what I can tell myself is; our [or probably MY] country is chronically injured with every sort of damages. Corruption. Cronies. Backstabbing. Masalah akhlak remaja. Bla. Bla. Bla. Please don’t get me into listing sebab takkan habis. And one thing that truly disappoints me is; OUR UMMAH is seriously falling apart. Sedih tau tak. Sedih. Sedih.

Now, coming into the Islamic point of view. Ok, I know I’m not even close to being an ustazah. But this is what I learnt from some programmes I attended before. You probably have heard about the history when the world was under the ruling of Caliphate. You probably have known the victorious achievement when the world is ruled by the Muslims. You probably have appreciated how important a Caliph is which was clearly explained after the death of our beloved Prophet, Nabi Muhammad s.a.w. when Abu Bakr As-Siddiq was IMMEDIATELY appointed as the first caliph. IMMEDIATELY appointed. You know why.

But just think, for once, just think how long has this world been left without a caliph? How long? Fine. That’s why it’s not surprised to see how sick our Ummah is now because we have left without a caliph for soo SOO soo long. So yea, one might think “So what can you do? Kita dah lama tak ada khalifah. Takkan tiba2 nak ada pulak? Siapa nak jadik? Ah, I don’t care. Just live with it, man!”.

But, I know, most of us are not categorised under that kind of thinking. You are more educated. You can think more than that. So, please do.

“Nasib baik aku kat UK skrg, bukan kat Malaysia. Senang hidup. Takdela pening kepala nak fikir pasal pilihanraya. Tak nak aku pening2 pasal nak undi sape. Bukannya ada parti yang best pun.” kata seorang kawan aku hari tu.

“Aku x suke la politik2 ni. Kotor..” kata seorang kawan yang lain.

Dunia sekarang dah nazak. Sejak kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah, when the nationalism was introduced, when one Islamic nation was separated into modern countries, everything has changed. EVERYTHING. And as I’ve said before, the Ummah is falling apart. Who’s to blame? Ask yourself, don’t ask me.

“Kita tidak boleh meletakkan Islam itu mengatasi semua politik”, kata seorang menteri as I mentioned above, with a link attached. Sedih tak? Aku terkejut beruk bila dengar. Now, I know that the menteri is from BN. Tak, aku bukan nak kata BN jahat. TAK. TAK. The problem with politics nowadays is flawed individuals. Not the parties. Not the religion. Definitely not Islam. Tak kisah la siapa pun yang rule the country. BUT.. it needs to be based on Al-Quran and Sunnah. “Laa, ayat berlapis2 plak. Ni nak suruh sokong PAS la ni!”. Suka hatila kalau fikiran korang tersempit sangat smpai conclude mcm tu. But that’s not what I meant. Apa salahnya kalau UMNO rule the country? Dah puluh2 tahun merdeka, siapa yang bangunkan Malaysia? See.. UMNO/BN jugak kan? Tapi.. sejauh mana mereka memeberi penekanan Islam dalam pembangunan negara. Tepuk dada, tanya iman.

“So, now, what? You’re asking us to get involved in politics? Is that it?”

No. No. No. I’m just very disappointed with some perceptions that my friends have on politics. I’m not asking you to berkempen. I’m not asking you to pangkah BN or pangkah BA. No. That’s not my intention. I just want you to think. I just want you to understand that politics are super crucial. Tolong la jangan tolak politik terus. Aku still x suka politik, I admit. Tapi jangan la tolak terus politik. Politics are not dirty. The individuals might be but not politics. Not the parties. It’s just the individuals.

And the conclusion is?

Open your mind. And look beyond your sight. Let your thoughts spread out.

“Ah, excuse me, who are you again?”

Right. I’m nobody. I’m just a person who knows nothing and pretend like knows everything. Sue me. Go ahead.

photo taken by Anthony Begovic.
“Akan ada di tengah-tengah kalian zaman kenabian. Maka, dengan kehendak Allah, ia pun tetap ada, kemudian Dia pun mencabutnya, jika Dia memang berkehendak untuk mencabutnya. Kemudian akan ada zaman Khilafah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah, maka dengan kehendak Allah, ia pun tetap ada, kemudian Dia pun mencabutnya, jika Dia memang berkehendak untuk mencabutnya. Kemudian akan ada zaman penguasa yang zalim, maka dengan kehendak Allah, ia pun tetap ada, kemudian Dia pun mencabutnya, jika Dia memang berkehendak untuk mencabutnya. Kemudian akan ada zaman penguasa diktator, maka dengan kehendak Allah, ia pun tetap ada, kemudian Dia pun mencabutnya, jika Dia memang berkehendak untuk mencabutnya. Setelah itu, akan ada zaman Khilafah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah. Belia pun kemudian terdiam.” (HR. Ahmad)

p/s: Masihkah kita ingat dengan SEJARAH KITA? :)

Tuesday, March 04, 2008

Adakah aku masih di planet BUMI?

“Dina, jangan baik sangat kat aku bleh tak? Jangan buat lawak bodoh lagi. Jangan buat aku ketawa lagi. Jangan tanya khabar aku lagi..”

Laa.. buat baik salah. Buat tak baik pun salah.

Ko kate ko sedih, aku buat la lawak bodoh nak bagi ko gelak sket.

Dah ko kawan aku, sejak dari kecik. Takkan nak tanye khabar pun x bleh?

“Ko suka aku ke?” tanye aku dengan tak malunye.

“Tak..”

Sign out.

Fine. Aku jadik jahat lepas ni. Aku tanak tegur ko dah. Aku nak marah2 je lepas ni.

Tanak kawan.

photo taken by Erin_T.

"The metaphor of those who spend their wealth, desiring the pleasure of Allah and firmness for themselves, is that of a garden on a hillside. When heavy rain falls on it, it doubles its produce; and if heavy rain does not fall, there is dew. Allah sees what you do."
(Surah al-Baqara, 265)

Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun Dosa. Berikanlah aku, kesempatan waktu. Aku ingin kembali, kembali kepadaMu. Basuhilah dosa-dosaku walaupun dengan hanya setitis embunMu, ya Allah..

Saturday, March 01, 2008

Of responsibilities..

Well, firstly, I know this post might steer you to endless of conclusions. But I don't really mind, to be honest. It's up to your judgment. You're adult enough [hopefully :P] to review the contents as fairly as possible. Nevertheless, this is the light through which I see on things.

Aku terbaca balik satu post aku ni. Skema nye ayat ku. Baik nye la kata2 yg ditulis dulu tu. Hehehe..

Conversation I

Kawan: btw u have a nice blog
deyna rashid: ooo.. blog tu dah lame wujud.. tmpt utk merepek semata2.. not meant for any beneficial writings whatsoever.. heh
deyna rashid: not like urs basically
Kawan: haha
Kawan: aku campur rojak jgk
Kawan: :P
Kawan: aaah aku x suka tulis skema
Kawan: but bagi aku
Kawan : utk menyampaikan sesuatu yg penting
Kawan: kena skema kot
deyna rashid: yea i get what u mean
deyna rashid: huhu
deyna rashid: aku ade je entry yg skema2
deyna rashid: n yep.. it was intended to convey some useful messages
deyna rashid: otherwise.. x skema langsung dan merepek
deyna rashid: huhu
deyna rashid: but i think the lesson u learnt from whatever u write about is what matters the most
deyna rashid: tak kisah la rojak ke tak.. skema ke tak

Jadi, kesimpulannya? Kesimpulannya, suka hati encik/cik blogger la utk tulis gaya macam2 mana pun. Kadang2 aku kena tulis dengan skema sbb nak bagi nampak ikhlas sket. Heh.. Ah, x kisah la kan. Yg penting mesej smpai.

Anyway, ape yg buat aku nak post entry ni is:

Conversation II

Kawan: kawan aku ni nak kawin
Kawan: hehe
Kawan: aku pulak yg seronok
deyna rashid: skrg mmg zaman org kawen eh
Kawan: hmm
deyna rashid: ke mmg aku yg dah masuk alam dewasa ni
deyna rashid: haha
Kawan: tu lah
Kawan: maksudnya kita dah dewasa
Kawan: dan ada di antara kita da cukup matang utk pikul tggjawab tu
Kawan: hehe
Kawan: maksudnye
Kawan: kita ni x muda dah
deyna rashid: oo ye ke
deyna rashid: begitu rupenye
deyna rashid: huhu
Kawan: yeap
Kawan: kalau kau ada minat
Kawan: aku boleh carik2 kan yg baik
deyna rashid: uish
deyna rashid: baik sgt tu
deyna rashid: haha
deyna rashid: aku takde la mencari pun
deyna rashid: kalau ada, ada.. kalau takde, takde
deyna rashid: tp aku x bleh ckp kat mak aku mcm tu
deyna rashid: nnt dia marah
deyna rashid: "awak tu buat medic! nanti kalau x cari, sampai bila2 tak jumpa! habis tu tak nak kawen ke?"
deyna rashid: tapiii.. hehe.. bukan la memilih tp nak carik org yg betul2 faham ni tak senang kot
deyna rashid: kot laa..
deyna rashid: ade je.. tp susah sikit
Kawan: haha
Kawan: betul2
Kawan: bapak singa aku pesan
Kawan: kena jadi soleh
Kawan: baru layak utk yg solehah
Kawan: same rule apply utk kaum korang
deyna rashid: btul2
deyna rashid: sbb tu aku x memilih.. sbb aku tau diri aku mcm mana
deyna rashid: haha
deyna rashid: tapi malas nak fikir skrg.. sbb Dia dah fikir n tetapkan.. so, let everything speaks on its own way la kan
deyna rashid: heh

Jadi, kesimpulannya? Kesimpulannya ada dua:

i) Aku memang hopeless bab2 ni. Dan juga pathetic. Bukan aku x fikir pasal kawin ni. Fikir sangat. Siap ada tabung ‘kawin’ lagi [yang masih berjumlah £0.00]. Tanye budak2 leicester. Hahaha.. Tapi…….. Hm.. terlalu banyak ‘tapi’. Biarlah rahsia.. :P

ii) aku takde perasaan pun bila kawan aku ni kata kawan dia nak kawen. Macam tu je la. Heartless. Sebab mmg zaman org kawen awal pun. I don’t want to talk about my opinion. But what I want to point out is, semalam, aku dapat berita yg kawan aku nak kawen. Hurrmm.. Maybe normal je kot drpd heartless, aku terus jadik excited macam hape je bila tau kawan sendiri nak kawen. Tunang tu, aku happy la tp x de la as surprised as bila tau kwn nak kawen! Tak tahu la nak ckp mcm mana. EXCITED SANGAT!!!! But at the same time, rase sedih [dina and emotions are inseparable. Harap maklum :p]. sedih sebab dah x boleh nak lepak2 macam org bujang selalu buat. Ewah, macam ape je bunyi ayat tu. Tapi x kisah la. Aku terkejut, excited but at the same time, sedih sikit.

Parents kawan aku ni mcm risau. Kawan aku ni nak cepatkan nikah. Ye, aku kesian sebenarnya. Sebab aku faham je betapa susah nak kawal perasaan sume kan. Tapi aku faham jugak parents nak lepaskan anak perempuan mcm tu je, bukan senang. So, kwn aku ni mcm sedih sebab parents dia x bagi cepatkan nikah. Yang kelakarnya, mak aku ni terbalik plak. mum selalu suruh aku carik boyfriend. Memang jangan la masuk bab2 kawen dengan mum ni, konfem aku kalah. Haha..

But what I’m trying to say is, betapa, semua benda yang kita plan, x semestinya akan di kabulkan without permission from Him. Faham ke? Maksudnye, kawan aku tu mmg dah plan sume nak nikah awal sume, tapi parents dia kata nanti dulu. In a way, macam semuanya memang dah ditetapkan olehNya yang belum sampai masa lagi utk kawan aku ni kawen. Yang aku ni pulak, aku plan nak habiskan study dulu, buat la ape yg patut dulu. Tapi..kalau tiba2 esok anak raja mana [uish, materialistic sajeee..] ajak aku kawen, aku mungkin akan kate ‘yes, I do..’ [rileks2, ni bukan cerekarama..] sebab mungkin dah sampai waktu aku untuk berumah tangga kan.

Ape aku merepek ni?

Kalau korg faham, bagus. Kalau tak faham, x payah la faham. X penting. Huhu.. Yang penting, aku belum nak kawen lagi. Huhu..

Kepada kawan aku yg nak kawen tu, sabar la k? Keep on praying. May He smooth away the difficulties. Apa2 pun, aku sangat happy :)

Aaaannnyyywaayyy..

Aku tengah dalam proses untuk belajar. Bukan belajar medic. Tapi belajar management. Alhamdulillah, I was invited by MU$$T to be the Student Liaison of Leicester. Ntah, aku pun x tau ape kebendenye tu. Huhu.. Tapi, aku ada angan2. Aku punya angan2 is... oh, lupe pulak ni blog, bukan diary :P xpela, doakan je la aku dapat belajar as much as possible from apa2 jawatan yg aku pegang pun.

And at the same time, belajar utk jadi medic student yg lebih.. lebih.. x kisah la ape2 pun. Yang lebih elok la basically. Yang penting, aku tanak pegi lecture > balik lecture > study > revise > tido > makan > pegi lecture > balik lecture > exam > pass > graduate > balik Malaysia. Kalau mcm tu, kat Malaysia pun boleh kan? Bak kata $uh@ib, when you go back to Malaysia, make sure your opinion, your voice, your skills, your knowledge, is worth every penny that Government has spent on you. RM 1 Million. Is not something you get for free. Skrg kan tengah isu pilihan raya. Duit tol naik la. Harga minyak naik la. Harga barang2 naik la. Scholarship allowance pun naik beb!!! So, fikir2kan lah. Renung2kan lah.

Ok?

Itu sahaja buat waktu ini. Salam ceria :)