Dulu kat kolej, kalau aku depressed atau rasa down, aku akan ke kolam renang. Aku akan duduk dalam air seberapa lama yang mungkin. Aku mungkin kelihatan bersenam. Aku mungkin kelihatan menguak-nguak dalam air tapi siapa tahu, air mata aku bertemu dengan air klorin. Memang orang tak nampak pertemuan antara dua air yang berlainan sumber itu sebab aku pakai goggle berwarna hitam.
Hobi aku memang berenang. Aku mula berenang sejak aku 8 tahun. Aku mula masuk kolam renang dengan kedalaman 10 kaki masa aku darjah 2. “Lompat je Dina. Abang D tunggu kat bawah” kata instructor aku. Bayangkan, budak darjah 2, tengah berdiri kaku, nak terjun dalam kolam renang berkedalaman 10 kaki. Tapi aku kuatkan diri jugak. Lalu aku lompat dan terjun. Masa tu belum belajar diving lagi. Lompat katak saje.
Aku tenggelam. Untuk beberapa saat, aku rasa aku dah mati. Tiba2 aku dikelilingi dengan air biru. Kaki dan tangan mula meronta2. Bubble-bubble udara mula keluar dari hidung dan mulut aku. Air mula memasuki rongga airway dan oesophagus aku. Aku tidak boleh bernafas sebab takde sirip macam ikan. Aku hampir lemas. Tiba2 aku rasa diri aku disambar orang, dan di bawa ke atas air. Aku menghela nafas dengan panjang. Aku nangis. Ha ha ha.. Abang D rasa bersalah. Tapi dia cuba pujuk aku, “Abang saja nak suruh dina terjun dalam air dalam ni. Nak bagi tanak takut air. Nak bagi tanak takut lemas.” Dan aku rasa, sejak daripada tu, aku mmg tak pernah takut air lagi. So far.
Dengan ajaran Abang D sewaktu aku kecil, aku akhirnya berjaya mendapatkan Livesaving Bronze Medallion kat kolej dulu. Aku pergi ke kelas training setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad. Kelas training tu adalah saat-saat penderitaan yang amat menyakitkan fizikal. Aku turun 5 kg. Hah hah.. Lepas tu naik balik. Aku sepatutnya boleh jadik live-saver yang berdedikasi. Ha ha ha.. Tapi sebab kelab live-saving campur laki prmpuan, aku tarik diri. Biarlah aku meng’save’ diri aku sendiri.
Hari ni, aku MENGIDAM untuk berendam dalam air. Bukan hanya sekadar berendam dan berangan, tapi berendam dan bersenam sambil melepaskan kesedihan di hati. Setiap kali lepas aku ke kolam renang, aku akan rasa puas, seakan-akan aku hidup di alam lain iaitu alam marine buat sementara waktu dan kembali ke alam realiti dengan satu perasaan yang lain. Tapi di tengah-tengah benua Inggeris ini, di tengah-tengah musim transisi antara musim sejuk dan musim bunga, di mana suhu masih lagi di paras 1 darjah selsius, manalah logik untuk aku berendam dalam kolam renang yang tidak pernah kelihatan pun di bumi aku pijak sekarang.
Hari ni aku bangun dengan tahap semangat yang paling rendah sekali. Aku melihat kawan-kawan aku pergi bercuti tinggalkan aku. Aku teringat detik-detik mak aku dan adik-adik aku pulang ke Malaysia dulu. Hidup aku seakan-akan kosong. Kosong secara fizikal. Lepas aku lihat mereka tinggalkan aku, aku kembali ke alam maya dengan harapan untuk meniggalkan kesedihan aku setakat itu saje. Tapi sekembalinya aku ke alam realiti, rupa-rupanya, kesedihan dari alam maya turut dibawa ke alam realiti. Dulu, lepas mak dan adik-adik aku pulang, aku menangis sekuat hati. Aku telangkupkan muka dalam bantal 4 ketul di atas katil ‘double’ dengan selimut panas yang besar dan menangis sepuas-puasnya. Sungguh selesa untuk melepaskan perasaan. Tapi hari ni, aku tak mampu nak menangis. Aku cuma menangis dalam hati. Sebab aku penat. Penat melayan perasaan.
Aku menyambut kekosongan hidup aku dengan memasak. Aku masak sedap-sedap sejak dua tiga hari ni. Aku masak ayam masak madu kicap cili api. Memang korang tak pernah dengar resipi ni sebab aku reka sendiri. Sejak aku sampai ke UK, tak pernah aku makan nasi dua kali sehari [kecuali kalau ada open house masa raya atau ada makan-makan]. Aku hanya akan makan nasi sekali sehari tapi banyak. Sebab tanak perut kosong bila tiba waktu malam. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku masak sedap-sedap untuk diri sendiri. Aku pun pelik kenapa aku rajin sangat masak. Aku tahu diri aku mcam mana. Aku taklah serajin ini. Tapi hati ibarat ingin digembirakan jadi otak kata pegi masak. Dan aku makan tiga kali sehari. Ya, kitaran biologi aku sudah hampir.
Aku ke rumah kak A tadi. Berjalan kaki. Seorang diri. Bagaikan orang psycho keseorangan di tengah-tengah kota Leicester. Sambil telinga disumbatkan dengan ear-phone yang disambungkan ke telefon bimbit aku jenama Sony Ericsson sambil mendengar lagu-lagu yang aku sudah bosan mendengarnya tapi aku dah banyak kali lupa nak tukar. Aku melangkah dengan langkah yang sungguh tidak semangat. Dengan kedinginan angin yang menusuk tulang. Aku melayan perasaan.
Ramai jugak orang di rumah kak A. Sepupu aku, kak F dan Abang F pun ada juga. Aku borak-borak dengan diorang dan pastgrad-postgrad yg lain. “Sorang je? Mana kawan-kawan lain?” adalah soalan lazim untuk hari ni. “Diorang ke Prague. Dina tak ikut, takde duit” kata aku sambil melemparkan senyuman pahit dengan paksa rela. Selepas minum air kopi 3 cawan dan biskut 5 keping, aku meminta diri. Saat aku salam dan peluk kak A, aku rasa sayu. Aku rasa sedih.
Aku teringat sewaktu aku baru sampai di Leicester dulu, sewaktu aku ditinggalkan pegawai MARA [nama pegawai ni Encik Z. Ya, dia tinggalkan aku seorang diri. Sila repot polis] di tengah-tengah kota London di Heathrow Airport, sewaktu aku ditinggalkan bas, sewaktu aku rasa nak nangis dan nak balik Malaysia waktu tu jugak, tapi akhirnya dapat jugak naik bas, Kak A dan Abang T ambil aku di stesen bas St. Margaret’s di Leicester.
Hari pertama aku di UK adalah hari kedua Induction Week di Medical School. Aku agak lost tapi nasib baik ada Kak A dan Abang T. Mereka terus hantar aku ke Oadby Student Village, tempat penginapan sementara aku untuk Induction Week. Hari pertama itu, Abang T pinjamkan aku cash 100pounds sebab kena bayar accommodation. Dan Kak A, bekalkan aku spaghetti dan buah epal dan oren “Dina makan la ni ye. Akak buat tak banyak. Cukup la buat makan sehari dua,” kata Kak A sambil bagi aku bekalan tu. Aku terharu.
Saat-saat tu masih fresh dalam kepala aku. Kak A dan Abang T sangat baik, macam akak dan abang aku sendiri. Kalau aku ada apa-apa masalah, aku selalu mengadu dekat Kak A. Sekarang, Kak A sekeluarga nak balik Malaysia untuk selama-lamanya. Aku sedih. Aku sangat sedih. Satu lagi keluarga aku nak tinggalkan aku keseorangan kat sini. Nasib baik ada Kak F dan Abang F sedikit sebanyak terubat juga luka di hati. Aku salam Kak A dan peluk Kak A dan cuba menahan empangan di mata. Berjaya untuk seketika tapi tidak berjaya di saat aku menaip ni. Lalu air empangan terpaksa akur dengan tarikan graviti dan mengalir dengan derasnya.
Sekarang aku IDAMKAN lautan. Aku teringat saat-saat aku bersama beberapa orang kawan ber-snorkeling di Pulau Perhentian, Terengganu. Saat-saat gembira yang tak dapat diganti dengan saat-saat lain. Dengan life-jacket yang aku pakai, aku terapung-apung di atas lautan tanpa menjejakkan kaki di bumi, tanpa rasa takut dengan ikan jerung, tanpa rasa terbeban, berasa diri ini sangat ringan.
Kelihatan ikan-ikan kecil dan besar datang ke arah kami yang memegang roti di tangan. Ikan-ikan kecil dan besar berwarna-warni. Aku sangat gembira ketika itu. Aku menari-nari di dalam lautan. Aku bernyanyi-nyanyi didengari oleh ikan-ikan yang menemani aku. Kaki aku berkocak-kocak disaksikan makhluk Tuhan yang ada di bawah laut itu. Aku sangat gembira. Tiada pertemuan air tawar dengan air masin.
Tapi kini, aku ingin ke laut lagi. Dan air mata sudah meronta-ronta tidak sabar diminta untuk berjumpa dengan saudara air masinnya di lautan. Tapi apakan daya.. Aku hanya mampu berfantasi. Aku hanya mampu tenggelam dalam ‘lautan’ emosi.
Selamat tinggal Kak A, Abang T dan anak-anak. Semoga Allah membalas jasa Kak A dan Abang T. Jumpa lagi di Bangi dan Banting nanti, insyaAllah.

photo taken by _neverletmego_.
Stretching for your hand
Fingers out of reach
Everything is a mirage
Road melting
Features blend together;
Remember
Your face; not lost
Your voice; not spoken
But garbled
Down with the fishes
No gills and I can't breathe
Little bubbles back to the surface.
Where I should be
You're holding me down
And whispering
"Let go."
-by ~JennyBean~ H.
Fingers out of reach
Everything is a mirage
Road melting
Features blend together;
Remember
Your face; not lost
Your voice; not spoken
But garbled
Down with the fishes
No gills and I can't breathe
Little bubbles back to the surface.
Where I should be
You're holding me down
And whispering
"Let go."
-by ~JennyBean~ H.
No comments:
Post a Comment