Tuesday, March 28, 2006

Mungkin

Ape yg korg faham dgn ayat ni: ‘Abu tau si jai ha khu dau zi rai za sha zu lau mi nai wa hu hai.. haaulaaiyyai..’? First time aku bace aku berasa sungguh musykil. Taiko kate maybe aku gune muqaddam modern. Mungkin. Sekarang aku dah faham.

Tapi…dengan kemusykilan itu aku dipertemukan dengan sebuah blog yg sgt menarik. Apa yg menarik? Inilah dia apa yg kutunggu2 selama ini.

Sudah tentu dan sudah pasti aku nak pergi. Peluang keemasan untuk aku berkenalan dengan young photographers yg sungguh cool itu. Nasib baik time tu cuti. Cumanya masih tak pasti siapakah yg sanggup menggadai minyak dan masa untuk bawa aku ke situ. Hmm…

Tapi apa yang lebih musykil ialah kesanggupan aku menggadaikan seluruh waktu petangku untuk membaca kisah blog itu dari entry terdahulu sampai la ke entry yang terkini. Adakah aku punyai banyak masa terluang? Tidak sama sekali. Aku masih ada paper biology khamis ni. Hanya sekadar ingin mengisi masa lapang? Mungkin. Tapi aku sangat mengantuk petang tadi namun aku masih sanggup sacrifice untuk menghabiskan pembacaanku. Musykil? Sungguh.

Aku pun tak pasti ada apa dengan blog itu.

Mungkinkah kerana penulisannya yang unik itu? Mungkin.

Atau mungkinkah kerana gaya penulisannya yang menarik dan penuh dengan lawak jenaka? Mungkin. Sedikit sebanyak ya. Ada juga beberapa kisah yang buatku gelak seorang diri dalam chalet ni.

Mungkin kerana aku rasa kami mempunyai satu fikrah yang sama. Boleh jadi.

Atau mungkin kerana aku perlu menggunakan bakat yang semakin terasah ini untuk interpret makna2 tersirat dan tersurat. Mungkin.

Atau kerana dia juga ada minat dalam bidang photography? Aku tak pasti tapi nampaknya begitulah. Mungkin juga.

Mungkin kerana dia juga seorang Aries dan juga seorang yang in-touch dengan jiwa dan perasaan dalaman seperti aku? Tidak begitu pasti tapi tidak mustahil juga.

Atau kerana gaya penulisannya yang sedikit sebanyak mengingatkan aku pada abang lan? Mungkin.

Atau mungkin kerana aku sudah bosan dengan kehidupan di kolej ini dan memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri untuk melihat dunia luar? Besar juga kemungkinan itu.

Ah..terlalu banyak kemungkinan!

Namun apa yang pasti..aku dah mula poyo nak ikut gaya penulisan dia. Hehehe.. Ya sungguh buruk skali penulisan aku ini, aku tahu. Afar yg mulakan bagi message skema malam tadi. Huhu..

Atau mungkin kerana Dia yang sudah tetapkan segalanya dan tidaklah terjadi sesuatu perkara atas sebeb kebetulan? Ya.. itu sudah pasti.

Dan apa yang lagi pasti... itulah antara ekspresi kehidupan seorang insan yang sungguh berseni dan berjaya menarik perhatianku.

Syabas kuucapkan pada si penulis. Moga kau diberi ilham untuk terus berkarya baik dalam bidang penulisan atau bidang fotografi :)

4 comments:

Anonymous said...

ooooooooo tu alip ba ta la!

Anonymous said...

bahasa yang gemerlapan!

Anonymous said...

adakah aku yang bersalah taktala bahasa melayu mu menjadi semakin kebelakang? adakah aku yang bersalah walhal bahsa melayu mu sekarang memang berada di dalam dilema antara syair dan pasar? adakah aku yang bersalah hanya kerana aku menggunakan bahasa yang, mungkin digunakan oleh semua saudagar-saudagar yang melabuhkan sauh di perairan selat melaka? adakah aku yang besakah walhal bahsa kita pernah digunakan sebagai lingua franca di nusantara ini? hahahhaa...

deynarashid said...

anon1- tau!!..ang nih..pending ar!

anon2- perli eh. saye tahu saye tak tahu berbahasa

hamba- apakah? sememangnye hamba yg bersalah. terima kasih kerana mengaku. hehe.. afar poyooooo plis!! ;p takpe, bahase ko buruk gak huhu