Saturday, June 10, 2006

Tentang Dia - Part III

“Ibu, Dia nak cakap dengan Ibu boleh?” Dia cuba mencari peluang untuk bermanja dengan ibu kesayangannye. Lagipun bukan selalu Dia balik rumah. Cuti pun kadang2 je.

“Ish, lain macam je bunyi. Ade ape?” jawab Ibu sambil jari jemari terus bergerak ligat di atas papan kunci laptopnya.

“Ermm..” Dia cuba menyusun ayat.

“Dia rasa Dia nak start pakai tudung la Ibu” akhirnya Dia memberanikan diri.

Ibu yang sedang sibuk tadi terus terberhenti daripada melakukan kerja2nya. Ibu rasa sungguh terkejut dengan keputusan Dia tu. Bukan Ibu tak suka tapi setahu Ibu, Dia memang susah untuk membuat kenyataan sebegitu.

“Dia tahu, semua orang mesti terkejut. Tapi Dia rasa nak try laa..”

Ibu masih tergamam dengan keputusan anaknye itu.

“Alaa Ibu, jangan la buat muka macam tu. Dia ni bukannye teruk sangat sampai tak mungkin jadi budak baik. Dia teringin jugak nak jadi budak baik” rajuk Dia.

“Bagus la cuma Ibu musykil la kenapa tiba-tiba je jadik macam ni. Kat sekolah agama dulu takde pulak” balas Ibu.

“Alaa tu dulu. Sekarang lain la Ibu.”

“Dia ada sembunyi sesuatu ni” kata Ibu yang cuba memahami pemikiran anak perempuan tunggalnya itu. Dia diam aje.

“Dia? Bagitau la Ibu kalau ada apa2” Ibu berhenti melakukan kerja2nya. Ibu mengetepikan laptopnya. Ibu tahu Dia mesti ada sesuatu yang ingin diberitahu.

“Dia ada minat orang ke?”

Dia angguk.

xxxxx

“Dia, you tak boleh bagi I satu lagi peluang ke?” penat Ujay pujuk Dia. Ujay rasa menyesal sebab dulu pernah tinggalkan Dia begitu saje.

“Sorry Ujay. I think we’re just not meant for each other” Dia tak tahu nak kata apa lagi.

“But we’ve gone through heaps of things. We can fix things up. At least, just give me one last chance”

Dia sayu. Segala kenangan manis Dia dengan Ujay berterbangan di benak fikirannya. Ujay lah yang banyak mengajarnya tentang kehidupan seorang remaja. Kalau tak kerana Ujay, dah lama Dia terus hanyut bersama kawan2 bandarnya.

“I’ve met someone, Ujay” akhirnya Dia memberitahu perkara sebenar.

Ujay menerima kenyataan itu dengan baik. Memang sudah Ujay sangka, Dia mesti sudah menemui jejaka pilihannya tersendiri. Sudah 6 tahun Ujay mengenali Dia. Ujay tahu Dia tidak akan berubah sebegitu rupa tanpa kehadiran seseorang.

“How long?”

Dia tersenyum. Malu pula nak jawab yang Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Harapan yang tinggi di hati hanya Dia seorang yang tahu.

“Tak…I syok sendiri je. He doesn’t know” kata Dia dengan terus terang. Ujay berasa sedikit senang hati. Sekurang2nya peluang untuk Ujay bersama Dia kembali masih ada.

“Kenapa you tak bagitau dia? Is he someone really special to you?”

Dia tersenyum. “Pride, Ujay. You know that. I won’t tell him the truth even if I have to sacrifice myself. Let the time come if it’s been destined for me”

“But I won’t let you hurt yourself, Dia. Kenapa you nak susahkan diri for uncertainties? Apa yang dia ada I takde?” akhirnye, Ujay terpaksa akur pada keegoannya. Dia tahu Ujay cemburu.

“It’s not about what he has more than what you have. It’s about faith, Ujay. I don’t think we have the same frame of mind. We’ve been friends for years and I just know we’re not complement each other. We can’t be more than just friends”

“Yea, I know that. He won’t be just any guy who’ve changed Dia to a new person. He must be a great guy” Ujay mengakui kelemahannya yang tidak mampu mengubah diri Dia kepada seseorang yang lebih baik.

“Yes, he’s made a big difference in my life”..

xxxxxx

“What?????! Firdd??!! Dia, kau gile ke?” terkejut beruk bila Dia beritahu Aisya perkara sebenar.

“Aku dah agak dah. Memang semua orang akan cakap aku gile. Ye, aku faham. Aku sedar siapa aku”

“Tak, bukan tu maksud aku. Tapi……” Aisya cuba cari alasan.

“Takpela Aisya, aku tak marah ko pun” Dia berasa lega kerana segala perasaan yang disimpan selama ini telah diluahkan.

“Dia..aku dah agak dah selama ni, mesti ko ada simpan perasaan pada seseorang. Aku yakin, mesti ade udang di sebalik mee atas perubahan diri kau ni. Kau dah tak macam dulu. Cuma aku tak sangka Fird orangnya. Selama ni ko macam benci je kat die.”

Dia tersenyum.

“Tapi sampai bile ko nak simpan perasaan ko tu? Bulan depan kan Fird dah nak fly. Takkan ko nak biarkan je?” Aisya masih tidak puas hati.

“Biarkan je la. Ape je yang aku boleh buat. Kalau aku cakap terus terang je pun bukannya akan ubah takdir dan masa depan aku” balas Dia dengan yakin.

“Takpe Dia, kalau betul Fird tu orangnya, die takkan ke mane. Kau doa laa banyak2. Mana tahu apa yang kau doakan tu adalah ape yang telah Allah tetapkan untuk kau” Aisya faham perasaan Dia dan cuba untuk memberi nasihat yang sesuai.

Dia tersenyum dalam hati. Aisya tak tahu, selama ni, doalah yang menjadi teman hidup Dia. Dan jauh di lubuk hati, tertanam satu perasaan syukur. Biarpun Dia yakin Fird bukanlah tercipta untuknya tapi sekurang2nya Fird telah menjadi 'perantara' untuk Dia berubah menjadi seorang yang lebih baik. Dulu, Dia ingin berubah kerana Fird tapi lama kelamaan Dia sedar, niat kerana Allah melebihi yang lain. Walau apapun yang terjadi, Dia pasrah dan redha dengan ketentuan Allah.

“Ujian dan dugaan, Aisya. Fird lah antara ujian dan dugaan terbesar yang pernah aku alami.”

xxxxx

No comments: