Sunday, June 11, 2006

Tentang Dia - Part IV


Jam dah menunjukkan pukul 930 malam.

“Dia, hari ni 10haribulan kan?”

“Hmm..” jawab Dia tak ikhlas. Dia tahu Aisya saje je nak mengingatkan pada tarikh itu. Tarikh pemergian Fird ke tanah Inggeris untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang khalifah yang bakal bergelar doktor.

“Kau yakin ke dengan ape yang kau buat ni? Sempat lagi kalau ko nak sms Fird. Kak Ila kate diorang nye flight kol 1145malam kang” Aisya masih cuba mengubah fikiran Dia.

“Cukupla tu Aisya. Tak baik ko buat aku macam ni tau” Sebak di hati mula tiba tapi Dia cuba untuk tidak terlalu sentimental. Dia dah bersedia dengan segala serangan emosi yang bakal Dia hadapi.

“Takdela, aku tanak ko menyesal nanti”

“Tak..aku tetap dengan pendirian aku. Allah lebih mengetahui ape yang terbaik untuk aku”

Aisya terdiam, akur dengan keputusan Dia yang muktamad.

2jam berlalu. Tiba-tiba…

1 message received…
“Ukhwah yang terbina itu adalah persis untaian tasbih. Ada awal, tiada penghujung. Dicipta untuk mengingatiNya dan dicantum kerana cintaNya. Ukhwah itu dihati. Walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi walau tak dimata kini kerana selamanya ia kekal di dasar hati. Semoga Dia terus berjaya dan sentiasa diredhaiNya. Doakan kejayaan Fird. Take care and good luck –Firdaus”

Dia tersentak. Terkejut pun ye jugak. Terkedu pun ye. Terkesima apatah lagi. Sama seperti Dia mula2 kenal Fird dulu. Tapi kini, sebak dan sayu di dada, tak dapat ditampung lagi.

“Ya Allah, semoga Kau memberkati hidupnya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku dan buatnya. Aku pasrah dengan takdirMu ya Allah. Semoga Firdaus berjaya di dunia dan di akhirat” Dia hanya mampu berdoa di dalam hati.

Dia pasrah dan redha dengan takdirNya.

xxxxx

“Specially to Dia,
Congratulations. I know you don’t like surprises and this seems quite unexpected but it’s just a mere token of our friendship. You’re simply the best person I’ve ever met. And never forget that I’ll always be there for you no matter what. Can’t wait to see you back as a chartered accountant :) Take extra care of yourself. I’ll call you when everything is settled down. You’ll always in mind. –Sincerely from Ujay”

Dia gembira dengan hadiah yang Ujay bagi tu. Dia yakin, Ujaylah antara orang yang akan Dia rindu bila berada di perantauan nanti. Hadiah yang Ujay kirim pada Adam itu Dia simpan di dalam hand luggagenya. Ujay tak dapat hadir ke airport atas urusan penting.

Waktu dah semakin hampir. Dia perlu ke terminal beberapa jam sebelum kapal terbang berlepas.

“Dah sampai nanti jangan lupa call Ibu tau! Dia jaga diri baik2 ye, nak”

“Alaa Ibu jangan risau ok. InsyaAllah everything will be fine. Lagipun Aina kan ade” Dia cuba untuk tidak terlalu emotional. Kebetulan Aina, rakan sekuliah di kolej dulu dapat tawaran di Universiti yang sama dengan Dia di Boston, US. Aisya dapat tawaran ke Sheffield.

“Ibu maafkan Dia eh kalau ada apa2 salah silap” Dia salam dan mencium tangan ibunya. Air mata tak dapat ditakung lagi. Dia memeluk ibunya, tidak pasti Dia akan bertemu dengan ibunya lagi atau tidak.

“Kirim salam pada baba ye bu” Dia sedikit kecewa dengan ketidakhadiran babanya tapi Dia faham, baba memang sentiasa sibuk dengan bisnesnya. Lagipun baba ada kerja di Perth, tidak dapat bersama2 Dia ketika itu. Selepas selesai kerja nanti, baru baba akan terus ke Boston untuk melawat Dia di tempat baru tu.

“Adam, kirim salam pada Ujay eh..Ko jage diri baik2” kata2 terakhir Dia kepada Adam sebelum melangkah ke terminal.

Lambaian ibunya menemani Dia sehingga ke dalam kapal terbang. Dia dan Aina antara penumpang terawal jadi keadaan dalam kapal terbang boeing tu takdela sesak sangat.

Berbagai2 emosi cuba memenuhi ruang jiwa Dia. Rindu, sayang, sedih, segala2nya ada. Semua memori dan kenangan Dia dengan keluarga dan kawan2 bermain2 di fikiran. Aisya dan Mimi, dua orang kawan baiknya sekarang berbatu2 jauhnya. Dan juga Firdaus…

“Aku pun dah taula reason di sebalik coincidence kau dengan Fird. Nak bagi kau belajar erti CINTA kan?” Dia teringat kata-kata Aisya ketika pertemuan mereka yang terakhir sebelum berpisah dengan hala tuju masing2.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia ke ‘Saved messages’ dan kelihatan nama Firdaus di kaca mata Dia. Sudah lebih kurang setahun mesej tu disimpan. Dia tak pasti bila mesej itu akan diganti dengan yang baru malah Dia amat yakin itulah mesej terakhir daripada Fird tapi apa yang Dia pasti, kata-kata tu tak mungkin hilang dari kotak fikirannya. Dan seorang insan itulah, tidak akan luput dari sejarah hidupnya.

Dia ragu2. Tidak pasti dengan tindakannya selepas ini. Mungkin Dia akan menyesal atau mungkin Dia akan terus dilanda dengan ombak perasaannya tapi Dia sedar, angan-angan hanya akan membawanya ke arah kegagalan. Dia perlu terus kuat dan semangat untuk mencapai cita2nya. Apa-apa pun, Dia yakin dengan janji Allah. Dan itulah pembakar semangatnya untuk terus berjuang. Janji Ilahi yang hakiki, pasti dan pasti tidak akan mengecewakan.

*DELETE*

Sebutir kaca yang suci gugur ke bumi.

“Thanx Firdaus…”

------------------------------------------thE eNd--------------------------------------

3 comments:

Anonymous said...

i shed tears when reading this 4 episodes of an amazing and creative story....i know the writer write this story from her or his heart sincerely...a pure heart...if i am a publisher or something, undoubtedly i'll recommend this story to be published in any magazine...this story has a deep and very meaningful value about life..yes, everything happens for a reason..whether it is bitter..we must accept it with an open heart bcoz there's always a bliss underlying a dark storm..good luck Dina!

deynarashid said...

her or his heart??? nape 'his' thirah?? hahahahahhahaha trimekaseh2 *rase mcm menang noble prize pulak* wakakaka

Anonymous said...

lorr....kita nk membantu awk dina.....nk bg org lain pun pening.....sbb tu kita letak his so that the story can be from anyone....now i spill the bean...