Monday, February 19, 2007

Luar Biasa

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia menigiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit serta seluruh binaanya. Demi bumi dan segala yang ada di permukaannya. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.

Tahun lepas, Encik R@zib datang ke kolej, bagi presentation tentang program ni. Aku tertarik dengan modul2 yang disediakan dalam program ini. Teringin gelaa untuk join training ni tapi waktu tu program ni belum lagi dijalankan di Malaysia. Aku tanamkan satu cita2 untuk join program ni, tak kira walaupun aku dah sambung pelajaran ke UK. Tapi Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati, Dia dah memilih aku untuk join training ni dan memberi aku peluang untuk bertaubat.

Tidak ada perasaan lain yang terbuku di hati di saat ini kecuali rasa bersyukur yang tak terhingga. Mungkin perkataan ‘syukur’ itu tidak memberi kesan pada orang lain tapi orang lain itu bukanlah aku. Perasaan baru yang aku miliki sekarang tidak mungkin dapat aku rasa kalau tidak atas takdir dan pilihan Allah sendiri. Dan menjadi antara orang yang terpilih untuk melihat dan menyedari sendiri kehebatan dan keagungan Allah adalah suatu nikmat yang tidak terbayar dengan selautan titisan air mata.

Aku teringin sangat berkongsi pengalaman dan ilmu yang aku dapat daripada E$Q tr@ining tapi kesannya dah pasti tak sama. Sebenarnya, perkara2 yang diterapkan dalam training ni bukanlah suatu benda yang baru. Semuanya aku dah belajar sejak dari kecil, dari sekolah rendah, dari sekolah agama tapi selama ni kepercayaan aku terhadap Allah, keyakinan aku terhadap kalam Allah dan kasih sayang aku terhadap Rasulullah terlalu superficial. Selama ni, ketika aku sujud dan rukuq kepada Allah, tak terasa kemanisan iman. Selama ni, bila disebut nama Nabi dan disambut dengan selawat ke atas baginda, tak terasa rindu dan kasih padanya. Selama ni, walaupun aku yakin aku seorang muslim, dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga muslim, walaupun aku yakin pada kewujudan Allah dan Nabi, walaupun aku mengucapkan dua kalimah syahadah, tak terasa beratnya amanah yang aku dah janji dengan Allah ketika di alam roh dahulu. Selama ni, walau sejuta kalimah ‘Allahuakbar’ aku bacakan, tak terasa keagungan sebenar Maha Pencipta. Astaghfirullahal ‘adzim.. Sesungguhnya aku memang seorang hamba yang tidak bersyukur.

Ustad H@$riz@l pernah bagitau dulu, “Kalau orang tanya bagaimana rasanya gula, dan kita jawab ‘Manis’, adakah orang tu akan betul2 tahu bagaimana rasanya manis tanpa merasainya sendiri?”. Macam tu jugak kalau korang tanya, “Best tak program tu?” atau “Macam mana? OK?” atau sewaktu dengannya, aku tak tahu nak jawab apa sebab kalau aku kata “BEST SANGAT2 TAK BLEH BLAR!!!” tak mungkin orang akan tahu perasaan sebenar bila dah join program ni. Macam tu jugak bila aku baca review para alumni, aku teringin sangat nak rasa bila diorang kata “Memang worth it bayar beribu2!!” dan “Rasa sangat bersyukur..” dan sewaktu dengannya. Dan Alhamdulillah baru aku tahu betapa manisnya perasaan menjadi seorang hamba Allah yang tidak meletakkan perkara lain dihatinya selain Allah azzawajalla.

Sebelum Encik R@zib datang ke kolej untuk bagi presentation dulu, Mr. Z@idi pernah bagitau kitorang tentang sebuah buku berkaitan dengan E$Q yang ditulis oleh P@k @ry. Aku teringin sangat nak baca buku tu tp aku carik2, takde satu kedai pun yang jual buku tu. Aku teringin sangat nak tau apa isi buku tu tp tak pernah diberi peluang untuk tengok cover buku pun. Tapi lepas join program ni, aku dapat free buku tu :) Alhamdulillah.. And lepas join training ni, akhirnya aku dapat berjumpa LIVE dengan seorang hamba Allah yang diberi hidayah oleh Allah untuk meneruskan ajaran Rasulullah. Aku tak henti2 mendoakan P@k @ry agar diberkati hidupnya dunia akhirat and aku sangat admire P@k @ry. Beliau seorang yang sangat pemurah dengan senyuman, sangat2lah baik, sangat sporting n kelakar, sangat2 peramah, dan semua ciri2 seorang insan yang layak untuk menyambung tanggungjawab seorang khalifah terutamanya di zaman moden ni. Dan apa yang lebih menarik perhatian aku ialah kata2 P@k @ry yang diikuti dengan tangisan keinsafan yang sangat2 ikhlas. Dah banyak sangat training yang P@k @ry and the geng conduct tapi masih ada rasa keinsafan sampai bercucuran air mata di depan peserta. Betapa menunjukkan di hatinya hanyalah Allah.

Training ni sangat special sebab modul2 yang ada sangat LUAR BIASA. Tak macam kursus lain. Ada banyak gile game pelik2, ade banyak lagu, ade banyak senaman, ade kartun Tomi [hehe..] and the most special icon is the mascot, Mr. Zer0. Ha’ah ada mascot, serious tak tipu! Comel gile plak tu. Heh.. Trainer2 sangat kewl and sangat2 best n kelakar, very energetic, cumel [and attractive jugak ar. Huhu..]. And training ni mengamalkan 3S – senyum, salam semut, and sahabat sejati. Orang yang tak kenal pun rasa macam sangat dekat persaudaraan. Dan yang paling LUAR BIASA ialah training ni banyak based on ayat Quran and bila ayat2 Quran tu terbukti kebenarannya maka tertunduk, tersujud, tersungkur dengan air matalah hamba2 Allah. Memang tak pernah aku menangis sebanyak ni dalam masa 3 hari. SubhanAllah.. Oh and lagi satu specialty training is kitorang ade Lagu Tema yang sangat kewl and rock gile. Hehe.. Aku antara orang paling muda yg join program ni. Yang lain sume makcik2 n pakcik2 bekerjaya so agak la takde kawan senornye. Terkapai sorang2. Haha.. Tapi seronok gak takde kawan sebab boleh buat apa yang kawan aku tak pernah tgk aku buat. Hoho.. Brother Sh@h pun ade! Seronok gak tengok dia ada. Kawan mak ngah pun ade. Segan betul.. Huhu.. and ramai lagi la [total 360!].

Selama aku hidup, dah banyak gile kursus aku join. Tapi training ni lah satu2nya program yang aku take it personally. Tak mungkin aku lupakan semua experience LUAR BIASA yang aku alami sepanjang training ni. Tak mungkin ada perkara lain yang lebih indah daripada Asma’ul Husna yang menjadi CORE VALUES training ni. Dan tak ada cara hidup yang lebih sempurna daripada ‘THE E$Q WAY 165’ [1 ihsan, 6 rukun iman dan 5 rukun islam]. Bila aku bersalam semut dengan semua ATS (Alumni Training Support), aku dapat rasakan satu talian persaudaraan yang sangat dekat and aku teringat family aku kat rumah. Betapa aku harap n idamkan supaya diorang dipilih oleh Allah untuk join training ni. Walau sejauh mana aku berdoa kat Allah, walau seesak mana aku menangis, walau selama mana aku sujud kat Allah supaya family aku diberi peluang untuk bertaubat, hanya Allah yang mampu memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya. Kesan terdalam yang aku rasa and yang paling banyak air mata yang aku titiskan ialah bila memikirkan saat2 aku berjumpa dengan Allah nanti and saat2 aku menjadi salah seorang umat Nabi yang bersama2 dengan baginda di syurga nanti; satu keindahan yang tak mungkin dapat dibayangkan dengan mata kepala manusia. MashaAllah..

Aku tak mampu la bagi kesan yang mendalam kat korang sebab i)korang tak join lagi training ni, ii)bukan aku yang mampu buka hati korang and tiupkan hidayah ke dalamnya tapi apa yang aku mampu buat hanyalah berkongsi sedikit pengalaman [through a blog? Apakah?!] and berkongsi sedikit perubahan yang aku rasakan. Mungkin korang takkan terasa dengan perkataan2 yang aku type ni tapi mudah2an entry kali ni dapat membuktikan kat korang bahawa satu kesedaran yang amat besar dah mengubah aku menjadi seorang yang ‘merdeka’ and mudah2an dengan entry ni, tersebarlah rahmat Allah, insyaAllah..

“Ya Allah.. Kurniakanlah kepadaku cintaMu. Kurniakanlah kepadaku cinta orang-orang yang mencintaiMu. Ya Allah.. Jika dulu aku berdoa kepadaMu untuk meraih cintanya dan bukan cintaMu, maka ampunkanlah dosaku ya Allah kerana lalai dan leka dengan dunia. Jika dulu aku mengejar cintanya yang menyesatkan dan bukan cintaMu yang hakiki, maka hapuskanlah dosa2ku ya Allah kerana buta kepada suatu yang tidak sejati. Jika dulu aku menjadikannya sebagai tujuanku dan bukan Engkau, maka maafkanlah aku ya Allah kerana kalah dengan ujianMu. Jika dulu aku menangis kerananya dan bukan keranaMu, maka bukakanlah pintu hatiku ini ya Allah agar tidak diisi dengan perkara lain selain daripadaMu.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” –Surah Ali ‘Imran: 190-191

Wallahu'alam.

No comments: