Monday, October 09, 2006

Of being repentant

Harini dah masuk 17 Ramadhan. Tinggal beberapa hari je lagi. Sekejap. Sangat sekejap. Kalau aku tak tido selama 30 hari pada bulan Ramadhan pun, masih banyak dosa lagi yg perlu aku insafi. Tapi masalahnye, aku bukanlah robot. Dah 17 hari puasa pun, dah dapat rasa pemergian Ramadhan tak lama lagi. Sedih. Tapi daripada bersedihan, lebih baik 'enjoy' masa yang masih ada ni kan..

Alhamdulillah, life ok je. Internal exam is around the corner. Cuti raya pun is around the corner jugak. Ha ha..

Aku tak pasti apa main theme aku hari ni. Saja nak ramble kat blog yang bohsan ni. Aku dah lama tak jenguk tok rimau dengan pakcik naga yang macho. Rindu jugak kat lawak pandai diorang tu.

Baru2 ni, ada orang bagitau pasal satu blog yg menarik! Mula2 tengok url macam scary mary je. Tapi bila dah baca, subhanallah. Sangat banyak ilmu baru yang aku dapat. Gaya penulisan pun kewl and sempoi yet very punchy in a way. Rasa macam bersyukur sebab ditemukan dengan seorang lagi blogger yang menarik. Kadang2 terfikir balik, selama 22bulan berblog ni, pernah ke aku tulis at least satu post yang macam bro hamka tulis. Mungkin masih belum layak sebab ilmu yang aku ada masih dan tersangatlah ceteknya. Aku ingat lagi ustad h@$riz@l pernah cakap dulu, "Saya minta maaf sebab mencuri umur anda selama 2 jam ni [ustad bagi ceramah pasal palestine]. Saya harap 2 jam umur anda ni tak sia2". OUCH la jugak senornye. Sebab selama aku hidup 19 tahun, berapa banyak sangat la umur aku dihabiskan untuk perkara2 yang tak sia2.

Hari tu aku ter'straight forward' dengan y@y@. Rasa malu and bodoh la jugak senornye. Aku terbagitau pasal 'perubahan' aku secara tiba2 last year. Perubahan yang baik, tapi aku tak pasti apa tujuan aku berubah tu. Adakah ikhlas semata2 kerana Allah, atau kerana ingin menjadi lebih baik untuk orang lain. Aku dengan confidentnye cakap kat y@y@ "Dulu ada si dia, sebab tu rajin pegi surau. Kalau jemaah subuh tu, insyaAllah tak pernah tinggal laa [bukan riak ye..]". Air muka y@y@ terus berubah. "Wow.. sampai macam tu sekali?". Aku terasa bodoh dan malu. Bengong betul pergi cakap macam tu. Ha ha..

Tapi sekarang, dah tak ada catalyst untuk buat baik [ada je senornye tapi tak terbukak hati]. Mungkin sebab niat aku dulu tak betul sebab tu jadik macam ni. Subuh pun ehem2 jugak laa [astaghfirullah..]. Kadang2 sedih and malu dengan diri sendiri. Dengan si Dia tak payah cakap la. Rasa macam dah tak layak nak bertaubat sebab banyak sangat dosa. Tapi aku lupa. Aku lupa yang Allah itu Maha Menerima Taubat. Aku lupa yang Allah itu Maha Mengasihani.

Ada seorang junior kat kolej aku dah hafaz satu quran. MasyaAllah.. Sejuk hati aku tengok muka dia. Mesti sejuk perut mak dia mengandung!! Aku cakap kat k0c@, "aku teringin nak ada anak macam tu nanti.." Lepastu k0c@ balas, "Memang la teringin. Tapi diri sendiri tak teringin ke nak jadik macam tu jugak?". Sungguh OUCH sekali. "Takpe, kita cuba la sikit2. Kalau sehari satu ayat, setahun dah boleh hafaz berapa juzuk dah..". Betul. Sebab tu la k0c@ pun dah hafaz banyak juzuk jugak. Aku???? Hmm..

Sekarang ni issue ber'betroth' tengah agak hangat jugak la. Be it in college or at home. Kat kolej, dah ada seorang kawan aku tu dirisik. Lepastu, ada pulak 'forum' rumah tangga ni. Ha ha.. Bukanla forum betul tapi just tanya2 among kitorang pasal masa depan. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni masih terlalu awal untuk difikirkan. Tapi bagi aku, benda ni natural. Tak salah kalau nak dibincangkan. In fact, bagi aku, sekarang ni masa yang sesuai untuk belajar so that nanti tak de la terkapai2 untuk mencari [cewah!! ayat bajet bagus. Ha ha..]. Mum tanya hari tu, "Dina takde ke senior2..". "Haaa....mula dah" aku menjawab dalam hati. Aku faham kenapa Mum agak ambil berat pasal ni. Mungkin sebab pengalaman Along Ima and angah aya mengajar, strategi sebagai seorang ibu kena ubah, especially untuk aku laa sebab I'm the next daughter after Angah Aya. "Alaa.. kalau ada, ada la nanti." Nanti tu, tak pasti la bila. Ha ha.. Alaa, semuanya penentuan Allah, aku boleh buat apa yang aku mampu je la. Tapi kalau nak suruh aku tackle sesape2, aku tak mampu la. Ha ha..

Hmm.. alhamdulillah, aku sekarang dah ok. Dah dapat terima kenyataan dan kebenaran. Tapi terharu jugak la kalau teringat balik masa dolu2. Hari ni cuti nuzul quran, sebab tu aku boleh merepek tak hengat. Lepas ni nak sambung tido. Ha ha..

"Those who believed (in the Oneness of Allah), and whose hearts find rest in the remembrance of Allah: verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest" ~ Ar-Ra'd: 28

No comments: