Sunday, October 01, 2006

The Legend of z@rit# f@wiz@

Aku nak kongsi satu cerita. Cerita ni bukan aku yg buat. Odyssey (islamic tabloid kat kolej) untuk bulan Ramadhan ni agak menarik ah. Dan apa yg berjaya buat aku insaf, salah satunya ialah satu artikel yg ditulis oleh Y@n@, senior aku yang baru je berlepas ke Warwick khamis lepas. Cerita ni agak panjang dan aku pun tak tahu kenapa aku semangat sangat nak taip balik semua ni. Mungkin sebab aku memang betul2 terharu dengan kisahnya atau mungkin sebab aku takde bende lain nak blog atau mungkin sebab aku tengah takde keje. Aku harap artikel ni dapat serba sedikit [teralu banyak sebenarnye..] pengajaran kepada kita.

"ZZ merupakan anak ke4 dr 5beradik. ZZ mempunyai 3 orang kakak dan seorang adik lelaki yg masih bersekolah. Kehidupan zz boleh dikatakan agak sederhana kerana zz sudah lama kehilangan ayahnya dan ibunya pula tidak bekerja. zz tinggal di taman melawati dan sebelum ke kyu3m, beliau bersekolah di SMK TMelawati. berbekalkan keputusan SPM yg cemerlang, zz ditawarkan biasiswa untuk program pengajian ke luar negara oleh MARA dalam bidang perubatan. dengan dorongan keluarga dan kawan2nya, zz menerima tawaran itu dan ke kyu3m bg meneruskan kursus A level selama 2thn sblm ke luar negara.

Demikianlah serba sedikit cerita mengenai latar belakang sahabat yg sudah ku anggap spt adik beradikku sndiri. semasa mula2 mengenali zz, bgku dia merupakan seorang yg sgt peramah dn sering tersenyum. maka tidak hairanlah mengapa aku senang berkawan dengannya. pada mulanya hubungan kami tidaklah begitu rapat tetapi hari makin hari, kami menjadi semakin rapat dan ini mungkin kerana takdir yg Maha Esa. Selama 2 thn hidupku bersama zz, byk pengalaman zz yg dpt kukongsi bersama pembaca sekalian. ketabahannya mgharungi segala dugaan dan cabaran hidup di kyu3m wajar dijadikan sbg suatu pedoman agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada.

zz membesar dalam komuniti yg boleh dikatakan agak sekular. maka tidak hairanlah jika pertama kali ku bertemu zz, dia tidak bertudung. sunggupun begitu, zz masih lagi tahu menjaga adab dan sopan santun serta mengekalkan ciri2 ketimuran dalam dirinya. pada semster pertama di kyu3m, dengan petunjuk dan hidayah yg Maha Esa, zz terbuka ht untuk bertudung dan lebih mendekatkan diri dengan ilmu agama. mungkin kerana pengaruh rakan sebaya atau mungkin juga kerana pengaruh persekitaran di kyu3m. dengan semangat yg cekal, zz bertudung pada bulan februari 2005 iaitu pd semester kedua. pd mulanya slps bertudung, zz melalui dugaan sprt terpaksa mendengar komen2 orang lain termasuklah ahli keluarganya dan rakan2nya. namun begitu, zz tetap akur dgn keputusannya utk bertudung dan zz mula berjinak2 ke surau dan menambah ilmu agama untuk menjadi seorang muslimah sejati. akhirnya rakan2 dan keluarganya faham akan pendirian zz utk bertudung dan mereka menghormati setiap keputusan yg dibuat oleh zz.

kehidupan zz sebagai seorg pelajar juga amat menarik. zz merupakan seorang yg amat rajin yg kadang kala tidak jemu dan penat belajar sehingga pukul 4pg. katanya, dia seorang yg lmbt menangkap pelajaran dan dia tertekan dgn kwn2 kami yg pandai dan sangat rajin belajar. maklumlah, rakan2 kami kebanyakannya dr sekolah berasrama yg sudah biasa dengan budaya belajar spnjg masa. setiap hari zz tidak malu utk bertanya terutama kepada guru2 dan rakan sekelasnya. zz tidak pernah sesekali berputus asa utk belajar dn menuntut ilmu. terdapat pelbagai cabaran yg terpaksa dilaluinya sebelum dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir A level pada bulan Jun 2006 yg lalu.

selama di kyu3m, zz sering menceritakan kpd aku ttg masalah pelajaran yg dihadapinya. walaupun dia seorang yg rajin belajar, rajin mengulangkaji pelajar dan rajin bertanya, zz tidak pernah beroleh kejayaan cemerlang iaitu mendapat 'A' di dalam peperiksaanya. kadangkala aku juga tidak mengerti mengapa orang serajinnya masih diuji sedemikian rupa. barulah kusedar bahawa Allah itu maha adil dan Maha mengetahui tentang tiap2 sesuatu yg kita hadapi. cabaran zz ini telah kuambil iktibar supaya aku sentiasa bersyukur dgn apa yg aku perolehi dan sentiasa berusaha utk mendapatkan yg terbaik. walaupun zz tidak pernah berjaya dalam peperiksaan, zz masih tidak berputus asa utk beruasaha kerana dia mmg bercita2 utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan dan seterusnya menjadi seorang doktor muslimah yg berjaya. zz menukar strategi belajarnya.

dia mula mebuat nota2 dan perbanyak latihan. namun begitu, zz masih lagi tidak berjaya peroleh keputusan 'A' dalam peperiksaannya. walau bagaimanapun, zz tidak berputus asa dan bersyukur kerana terdapat perubahan postive dalam keputusan peperiksaannya. dia cuba melihat segalanya dgn MATA HATInya. zz tabah dan sentiasa mencari hikmah disebalik kegagalannya. zz sering berkongsi ayat al-quran ini dgnku yg sentiasa dijadikan pegangannya setiap kali diuji Allah s.w.t iaitu:
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Al-Baqarah:286.

selain drpd cabaran dr segi pelajaran, zz juga diuji dr segi kesihatan. zz sering mengadu pening dan cepat berasa letih. kadangkala aku berasa amat simpati dengannya dan setiap kali dia mengadu sakit, aku menjadi tidak keruan dan tidak sampai hati melihatnya. aku hanya menasihatinya spy mengambil rehat yg cukup, makan vitamin dan minum air kosong sebanyak yg mungkin kerana aku tidak tahu lagi apa jalan penyelesaiannya. sampai suatu ketika, aku dan mir@ menuruhnya melakukan ujian CAT scan utk memastikan kepalanya normal. mujurlah setelah beberapa bulan penyakitnya itu sembuh secara perlahan2. kehidupan zz berlalu seperti sedia kala sehingga tiba2 dia mengadu kepada kami bahawa dia kini menghadapi gastrik.

pada mulanya kami menyangka ia merupakan sakit perut biasa krn zz kadangkala tidak tentu makan. tapi lama kelamaan zz semakin kerap mengadu sakt perut walaupun dia makan dengan secukupnya. zz telah berjumpa dgn ramai doktor namun masih gagal mengesan punca sakit perutnya itu. sehinggalah dia ke hospital gleneagles, barulah doktor mengesahkan bahaw zz menghidapi 'reflux esophagatis' iaitu jus gastrik dr perutnya masuk ke dlm esofagus yg menyebabkan berlakunya pembengkakan di stu. zz terpaksa memakan bubur dan menjaga pemakanannya.

apa yg menyedihkan aku ialah, zz menghadapi penyakit ini ketika musim peperiksaan sehingga dia tidak dpt mengambil satu peperiksaan kertas kimia!! bayangkanlah perasaan zz ketika itu, namun dia tetap tabah dan masih meneruskan perjuangannya spy penyakitnya itu tidak memberi kesan kepada peperiksaannya yg lain. tambahan pula zz terpaksa mengambil sebanyak 15 kertas peperiksaan pd waktu itu (kerana terpaksa re-sit beberapa kertas peperiksaan) berbanding dengan aku yg hanya mengambil enam kertas sahaja. aku tidak dapat bayangkan bagaimana zz mengharungi tekanan peperiksaan krn dia terpaksa belajar semua topik bg semua mata pelajaran yg dipelajarinya slm 2 thn krn dia menduduki kesemua 15 kertas bg subjek maths, chem dan bio. keazaman dan ketabahannya telah menjadi inspirasi dan semangatku agar terus berjuang utk menghadapi tekanan. akhirnya zz berjaya menduduki kesemua peperiksaan itu dan berkat segala usaha yg telah dilakukannya dan kecekalannya mengharungi segala cabaran dan dugaan serta doa yg tidak pernah lekang dari mulutnya, zz berjaya peroleh kecemerlangan dalam peperiksaan akhir A level dengan mendapat straight A's.

selain drpd itu, zz juga pernah menghadapi dugaan yg aku kira agak besar bg pelaja2 bidang perubatan. oleh kerana tawaran universiti bg bidang perubatan amat limited, pelajar perubatan hanya boleh memohon tmpt sbyk 4 universiti dan terpaksa menunggu panggilan utk temuduga. daripada keempat2 universiti tersebut, zz dipanggil utk ditemuramah oleh Univ of Aberdeen. zz juga dipanggil utk ditemuramah untk ireland university. malangnya, kedua2 peluangnya ini gagal diperolehinya. zz tidak berjaya mendpt tmpt di mana2 univ di ireland mahupun di uk. pada ketika itu, hanya Allah saja yg tahu apa isi hati dan perasaan zz. aku tahu dia sangat berminat dan sangat berkobar2 utk menjadi seorang doktor. sehinggakan sampai waktu itu zz redha dan menerima ketentuan ilahi sekiranya dia bukan ditakdirkan utk meneruskan pelajarannya di luar negara. dia rela belajar di univ tempatan asalkan dia dpt menjadi seorang doktor. zz juga pernah terfikir utk mengambil kursus kejururawatan sekiranya dia tidak dpt tmpt di univ tmptn krn dia thu tmpt utk bidang perubatan juga sgt terhad di malaysia. zz tidak kisah nama dan pangkat seorang doktot itu kerana bgnya menjadi seorng jururawat juga sudah cukup memuaskan hatinya krn dia dpt menolong orang yg memerlukan. peluang terakhir yg zz peroleh ketika itu ialah memohon tmpt di sebuah univ di republik czech. walaupun tidak ramai yg memohon tmpt di situ dan kemunkinan besar zz seorang di sana, zz tidak peduli krn niatnya hanya satu iaitu ingin meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan dan menjadi doktor muslimah yg berjaya. zz berjaya dipanggil utk temuduga dan zz memberitahu aku bhw dia telah melakukan yg terbaik sms sesi temuduga dan ujian yg disediakan. pada waktu itu trpdt sinar harapan dalam mataku bahawa zz mempunyai harapan utk mndpt tmpt di univ itu. pada waktu itu aku berharap dan berdoa kepada Allah semoga Allah memberikan petunjuk kpd zz. selang beberapa hari, kami dikejutkan dgn berita sedih bahawa zz tidak berjaya mendpt tmpt di univ itu. pada ketika itu, hatiku bagaikan hancur lebur, aku berasa sangat sedih dan aku berdoa semoga zz tabah dan kuat semangat. kata orang, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!' mujurlah ada sokongan daripada ahli keluarga, rakan2 dan guru2 dalam memberi kata2 perangsang kpd zz. ini telah menyedarkan aku bahawa elemen kasih sayang itu amat penting dlm kehidupan supaya kita sentiasa maju ke hadapan dalam apa jua keadaan sekalipun. zz juga sering menceritakan masalahnya kepada yg Maha Esa krn zz yakin bhw Allah s.w.t. sahajalah satu2nya tmpt untuk mengadu dan memohon prtolongan.

akhirnya, pada hari terakhir kami di kolej, zz menerima panggilan telefon drp univ of Aberdeen yg mengatakan di diterima ke univ tersebut. pd waktu itu kami berasa amat bersyukur kpd Allah krn zz diberikan tmpt dan akhirnya zz mendapat petunjuk tntang masa depannya. kami berasa sangat gembira dgn berita ini dan pada hari itulah berakhirnya penderitaan zz menanti jawapan tntg masa depannya."

First time aku jumpa kak z@z@, aku rasa macam disayangi. Padahal tak kenal lagi masa tu. Tapi aku dapat rasakan sifat penyayang kak z@z@. Muka dia selalu tersenyum riang, comel plak tu. Kak z@z@ dulu merupakan pet sis ijun, chalatemate aku sekarang. Dulu aku selalu jeles dengan ijun sebab kak z@z@ selalu belanja and bagi hadiah kat ijun. Aku suka tengok kak z@z@ sebab dia sangat peramah and lemah lembut. kalau aku seorang lelaki, dah lama aku cair dengan kak z@z@. Tapi, di sebalik senyum kak z@z@, aku tahu dia diuji dengan begitu byk cabaran. Tapi aku tak tahu pulak cabaran kak z@z@ sebegitu besar, yang mana aku pasti aku tidak layak menerima sebegitu hebat tamparan hidup sebab aku cepat putus asa, tak cukup sabar and tabah mcm kak z@z@.

Saat yang paling mengharukan aku adalah bila aku tahu kak z@z@ masih tak dapat apa2 tawaran universiti tapi masih mampu memberi nasihat positif kat aku. Masa time dinner MARA dulu, kak z@z@ pernah cakap, dia kata kat kolej ni baru sikit cabaran yg kita kena uji, belum di universiti dan di hospital nanti. Aku rasa sejuk hati kalau ckp dengan kak z@z@. Mungkin itulah satu kehebatan yg Allah kurniakan kat kak z@z@, satu keistimewaan yang tak semua orang ada.


Aku ingat lagi, dulu, kak z@z@ pernah cakap, kalau kita sedih atau rasa macam give up, banyak2kan baca "Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.." maksudnya, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah. Dia kata, kalimah inilah yang sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk dia teruskan kehidupan dia di kolej ni. Masa first time dulu, selalu jugak la amalkan, tapi lama2 dah kurang. Mungkin sebab tu laa aku cepat rasa kecewa especially bab2 belajar ni sebab tensyen belajar kat kolej yang ramai sgt orang pandai yang nak tunjuk pandai. Atau mungkin sebab aku masih kurang menghayati kehebatan di sebalik kalimah tersebut. Kadang2 aku terfikir, agaknya umat Islam sekarang ni banyak yang hanya Islam pada nama je sebab semua tak pernah nak menghayati atau memikirkan petunjuk yang Allah dah bagi kat kita.

But anyway, lepas baca artikel ni, kepercayaan aku pada Allah semakin kuat sebab masa kat Langkawi dulu, aku pernah rasa satu keadaan di mana pada satu masa tu, aku tak dapat apa yang aku amat inginkan walaupun doa pagi petang siang malam kat Allah tapi di sebalik kekecewaan tu, satu kejayaan yang lagi hebat sedang menunggu aku. Sebab tu sekarang aku macam takde la sedih sangat kalau keputusan exam aku tak sehebat budak2 lain [tapi tensyen sebab diorang tak geti nak bersyukur dengan apa yg diorang dapat] walaupun aku dah berusaha sungguh2 sebab aku yakin, Allah MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat kita. Tapi cakap memang senang..

Alhamdulillah kak z@z@ dah selamat sampai ke Aberdeen. Aku harap sangat cita2 murni kak z@z@ tertunai. Mungkin aku masih belum layak untuk jadi hebat macam kak z@z@ tapi aku berdoa aku diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan aku kat kolej ni [tinggal satu sem je lagi!!!] especially next semester sebab aku sangat yakin, pasti ada kekecewaan yang sedang menunggu.. Dan ternyata janji Allah sentiasa benar, sebagaimana yang tertulis di dalam surah At-Talaq, "And whosoever keeps his duty to Allah, Allah will appoint a way out for him, And He provides for him from (sources) he never could imagine." Yakinlah, Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui.

~ semua kejadian itu, sekalipun menimpa penderitaan padamu, ia pulalah yang akan merasakan kepadamu kenikmatannya..~

Good Luck, kak z@z@ :) May Allah be with you always..

3 comments:

izyankhairuo said...

inspiring story dina..lagi2 dlm keadaan kita yg tak tau ape hujung pangkal kisah hidup masing2.

mmg Allah knows best kan.kalau tak dpt ape yg kita nak, rasa kecewa, padahal mmg tu yg terbaik utk kita. takkan Allah nak bagi all the time kan? kita pon kene memberi pd Allah.bersyukur. tapi tu la..sbb we cant foresee the future kan. then, when we've reached the future tu, baru la faham baik buruk jadinya sesuatu tu. tapi ape2 pon, hopefully, apa2 kejayaan yg Allah izinkan bukan satu istidraj.tu je la. hish terpjg la plak. sorry la dina. lame tak borak ngn awk kot!hehe;)take care girl=)

p/s: izinkan beta mengforwardkan kisah ini kpd yg lain? bisakah?

deynarashid said...

mmg sgt inspiring.. sedih sgt kalo terigt balik saat2 kekecewaan kak zaza dulu.. tp skrg alhamdulillah she's doing ok in uk.. well, i hope so.. yep, u're right.. tapi tak semua org aware dgn bende ni.. tu yg sedih tu..

bisa bisa.. hopefully kak zaza bg la kot.. kite pun main tulis je x mintak permission.. huhu.. but i think for the good return, takde masalah kot.. byk lessons that we can learn thru..but perhaps if possible u could change d name..

nway, thanx for dropping a comment.. lame gile doh tak borak ng awk.. oh btw, amy syafira skrg kat univ notts malaysia campus.. amy satu kelas ngan *tut*.. nghahahahaha sure awk gelak besar.. takpe2.. we'll see what is coming up next.. haha yea, u tcare too!

izyankhairuo said...

wut?!! hahahaha haish keciknye la dunia ni dina... takde muka lain nak jumpe pon;P