Sunday, September 03, 2006

.Style.Quality.Excellence.

First of all, I'm currently in a stage of committing suicide. I have TONNES of things to read yet I'm confortably writing this crap. I'm going to talk gibberish in a bit so, if you wish to close the window, just go ahead yah :) And please pardon my language k!

SCENE 1

Hari tu masa abang saya nak hantar saya balik kolej, dia bertanya:
Abang: Dina, adakah kau suka pada lelaki yang membawa motor hebat seperti itu? [sambil menunjuk pada motor Harley Davidson].
Saya: Oh tidak sama sekali.
Abang: Mengapa ya? Bukankah mereka kelihatan kool?
Saya: Kool? Tidak di mata saya.
Abang: Kalau superbike?
Saya: Seperti aprilia? Tidak juge.

Saya pun mula bercerita dan memperkenalkan M@x kepada abang.

Abang: Apa?? Kau pernah ada pakwa?? Hahahahahahahahah *gelak besar tak bleh blar!*
Saya: Ada la sekali dua. Hahahahahaha.. *saya juga gelak besar untuk cover diri* M@x ada aprilia tapi tak pernah la pulak saya berbangga dengan dia hanya kerana sebuah motor itu. Tak kool pon. [mungkin saya tak geti menghayati keindahan motor itu. Ya, mungkin juga.]
Abang: Wah.. hebat nye mamat tu ade aprilia. Mat remp-it ke?
Saya: Tak. Skater.

Abang tak faham ape kene mengene skater dengan motor. Tapi saya malas nak terangkan.

Abang: Dia baik? Macam mana boleh putus?
Saya: Baik gelaaa. Tapi mungkin tiada persefahaman agaknya.
Abang: Kau suka lelaki yang macam mana ya? Kelakar?
Saya: Ya bang. Kelakar.
Abang: Ohh.. Lagi? Nakal? Bukan perempuan suka orang nakal kah?
Saya: Nakal? Hohoho... saya benci orang nakal.
Abang: Kalau aku? Aku baik ke nakal?
Saya: Poyo. Hahahahahaha..
Abang: Kau mesti suka orang yang baca buku je. [CIS!!!!]
Saya: Baca buku? Ish.. puh-leeeeeaaaseee!
Abang: Habistu?
Saya: Ntahlaaa......................................... [kang aku ckp suke orang beriman dan bertaqwa, jage pergaulan, boleh bawak aku ke jalan yg lagi baik, terase pulak abg aku tu nanti..]

Selepas seketika, saya terdiam. Terfikir. Termenung. Saya masih belum berjaya mencari satu kata adjektif yang sesuai.

SCENE 2

Abg Fasi: Baiklah, hari ni kita akan adakan sedikit stretching sebelum mandi sungai. Kita mula dengan aksi ini, hekyah!! [sambil memulakan aksi stretching..]
Abg Fasi: 1 2 3 4 ... 8. Ke belakang.. 1 2 3 4 5 ... 8. Ke tepi.. 1 2 3 4 5 ... 8.
Saya: *dalam hati* eh, abg ni comel la pulak buat aksi2 ni. kepale pun boolart je.

Saya baru sahaja pulang dari kem kepimpinan yang saya hadiri 2 hari yang lepas. Seronok la juga mandi air sungai dan ada yang hampir membunuh saya dengan ingin mencucukkan kepala saya dengan duri. [dramatik sket ayat.. haha..]. Sudah semestinye, perkara utama yang saya dapat daripada kem ini adalah bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin muslim yang berjaya. Tetapi, sebagai seorang insan bergelar 'gadis' dan mempunyai keputihan hati yang tidak begitu mapan, saya 'ter'suka pada seorang abang fasilitator ini. Bukan kerana harta atau rupa, tetapi kerana beberapa perkara lain yang sukar diungkap dengan perkataan. Selepas beberapa hari di kem, baru saya tahu mengapa saya suka pada abang itu. Dan perkara kedua yang saya dapati dari kem itu ialah, saya berjaya mencari kata adjektif yang sesuai untuk ciri lelaki idaman saya.

MATANG.

Maka, jadilah matang supaya anda boleh mematangkan saya yang masih tidak matang.

Sekian, terima kasih dan selamat malam..

1 comment:

Anonymous said...

kahkahkahkahkahkahkahakahkahkahakahakahakaha.....matang! ya tepat sekali dina!