Wednesday, April 19, 2006

Rajuk yang pendek..Pujuk yang panjang

Hmm.. Menarik. Sangat menarik.

Kelmarin aku baru saja dengar suara Darth Vader pada promosi buku AKB di blog Pak (mude sket. Heh..) Naga. Dan semalam. Baru saja aku menangis air mata darah dengan pemergian Pak Naga. Semalaman aku tak dapat tidur. Terkenangkan pemergian seorang blogger yang hebat lagi macho. Tapi, beberapa minit yang lalu. Aku dengar khabar angin. Katanya Pak Naga tengah ada rancangan sulit. Blognya telah dibuka semula. Dan mungkin dihapuskan balik esok lusa. Dan mungkin dibuka semula pada lima tahun akan datang. Siapa tahu. Segalanya mungkin.

Dari khabar angin (yaa..hidup zaman sekarang penuh dengan khabar angin) yang aku dengar tu. Pak Naga merajuk. Dan sedang memindahkan entry2nya yang dulu. Entah aku pun tak tahu. Cumanya, aku dapat rasa yang 'rajuk yang panjang' Pak Naga ini sebati benor dengan 'rajuk yang panjang' aku. Kepada pakcik anon., inilah yang aku suka pada seorang Aries.

Aku tak kata Aries itu suka merajuk. Dan aku tak kata aku percaya dengan semua benda karut tu. Cumanya, dalam waktu tidak sampai 2 dekad hidup, aku rasa suatu 'aura' yang lain bila seorang itu berbintangkan Aries. Ayah aku, banyak persamaanya dengan aku. Abang aku, yang lahir pada tarikh yang sama dengan aku, adalah orang yang paling sesuai untuk aku jadikan sebagai 'cermin' aku. Bukan aku kata Aries ini semuanya perangai sama. Tapi aku sendiri (dan mungkin aku sorang) yang dapat rasakan 'aura' spesel itu. Dan aku berani katakan, ada lebih kurang 7 orang yang aku kenal selama aku hidup yang berbintangkan Aries, punyai satu 'aura' pada diri aku. Aku tidak tahu bagaimana 'aura' itu memainkan peranannya tapi kadang-kala, aku dapat rasakan apa yang dia rasa atau fikir dan bagaimana dia akan bertindak selepas sesuatu perkara.

Ya..Mungkin aku seorang saja yang punyai perasaan ini.

Cumanya apa yang aku nak kaitkan antara Pak Naga dan Aries dan aku. Dulu.. Aku pernah juga 'delete' account friendster aku kerana merajuk dengan seseorang. Semua mesej dan e-mail orang tidak ku layan. Tapi..lepas beberapa bulan, aku sign up semula. Dan sekarang, aku terasa hendak 'delete' semula account friendster itu. Mengapa? Entah. Mungkin juga kerana 'rajuk yang panjang'. Tapi memikirkan ramai kawan-kawan sepermainan aku dulu yang kebetulan aku jumpa melalui friendster. Tak sampai hati rasanya.. Ah, mungkin aku yang terlalu emotional dan sentimental.

Mungkin Pak Naga juga begitu. Dan aku juga begitu. Dan abang aku juga begitu. Dan ayah aku juga begitu. Dan beberapa orang lain juga begitu..

People come, people go..
Pak Naga macho, go go go!!!

6 comments:

Anonymous said...

tapi ko tak kenal orang lain lagi. entah2 ada orang lain yang lagi kuat aura die bebanding orang2 aries

deynarashid said...

so? and u're trying to sayyy.....?? fine..zodiak lain pun best. is that it? eh ntah..aku pun konfius

Anonymous said...

ader orang yang lagi kuat dari aura aries...zodiak lain pun ader yang tak best..macam zodia saggitarabus,ariesalom,caprilornyelity,libraining dan banyak lagi ar...sebab depa tak best,tu yang kita tak tau tu...my point here,the aura...is basically not come from the zodiak or 'whatever' tapi datang dari hati yang suci,putih,dan tarikan yang ghaib yang berlaku diantara orang serta orang lain...kucing aku aura dia kuat gak...adekah kucing aku mempunyai sama zodiak ngan aku?wahahaha..setiap kali aku susah hati,mak aku akan bagi duit lebih kat aku,adakah bintang aku ngan mak aku same?tidak...walah...so disini,jika kita sayang something,or admire something,we will get the aura..the very illegalize aura!

Anonymous said...

eh..sori..aku busan sebenarnya cik dina...tuh yang membebel kat sini..boleh kan?jangan marah ar...busan weih...

deynarashid said...

korg ni mesti bukan aries sebab tu korang tak faham ape yg aku tulis. aku tak kate 'aura' comes from zodiak and aku tak kate bende lain or orang lain takde aura. 'mungkin aku sorg je yg ade prasaan ni' and 'aura spesel' kat sini mungkin aku sorg je yg faham kot. takpela, aku ckp byk kannye korg faham. sile2 ;p comment box aku ni sedia menerima bebelan org

Anonymous said...

cik sofia marah ye cik sofia??haaahaha..rileks la kawan..kater nak jadik blogger berjayer memang kena sedia terima that kind of feedbacks..eyh,this post reminds me of my friend..dier aries ke? aku tak igt but dier tukar no fon dier lepas dier break up dengan pakwer die..lebeyh kurang macam ko delete frenster lepas clash ngan hafiz laa..hahahah..tp sekarang kalau ko delete sebab ape aku tak tau..takkan dlm senyap2 ade pakwer lain kot..huehue