Tuesday, April 01, 2008

Counting The Days

‘Counting the days..’

Aku nampak shoutout tu kat page Y. Mula-mula tu tak tahu nak rasa apa. Tiba-tiba rasa excited sangat-sangat. Lepastu tiba-tiba aku tak tahu nak rasa apa. Aku nak H bagitau aku sendiri. Aku nak dia bagitau aku. Kalau dia tak bagitau, aku akan merajuk. Tapi.. dia tak heran pun kalau aku merajuk. Jadi, kalau dia tak bagitau aku jugak.. hmm.. aku sedih kot?

Sekarang tahun 2008. Kalau aku kata 2016 tu 8 tahun lagi, agak-agaknya rasa lama tak? Agak-agaknya 8 tahun tu lama tak? Hmm.. Rasa macam lama je kan? Tapi sebenarnya, dah 8 tahun benda tu berlaku. Kejap je rasa. Apa yang BEST ialah, dalam masa 8 tahun, macam-macam benda berlaku walaupun tak semua benda yang dah berlaku ni best. Dan apa yang LAGI BEST ialah, dalam masa 8 tahun, banyak benda dah berubah walaupun perubahan-perubahan ni tak semuanya lagi best daripada benda-benda dah berlaku. Pening?

Dalam masa 8 tahun..

Aku sambung belajar kat Langkawi.
Kakak-kakak aku dan seorang abang aku dah kahwin.
Aku sambung belajar kat LBeringin.
Aku dapat 5 orang anak saudara.
Aku beli D70s dan mula tembak-menembak.
Aku pegi E$Q Training.
Aku belajar perubatan kat UK.

Alhamdulillah. Banyak nye anugerah yang Allah bagi kat aku. Aku nak sangat share dengan H aka K aka W tapi.. dalam masa 8 tahun, banyak benda berlaku. Banyak benda dah berubah. Things have changed. H has changed. I have changed.

Aku ingat lagi dulu K kata kat aku yang dia tanak sambung belajar dalam bidang perubatan. Dia sangat benci biologi. Dia sangat benci doktor. Tapi mak ayah dia suruh jugak. Mak ayah dia sanggup tanggung dia belajar medic. Jadi dia terpaksa la buat jugak. Tak sangka dia sangat tabah dan gigih, sekarang dah pun jadik doktor. “Kalau W boleh, takkan ko tak boleh..” kata aku dekat Nad [sebab dia nak jadik doktor jugak tapi dia tak confident]. Nad gelak. “Kalau H boleh, takkan ko tak boleh..” kata aku kat diri sendiri. Aku pun gelak jugak. Ha-ha-ha..

‘Counting the days..’

Aku pun tiru Y tulis macam tu kat status ym aku. Tapi makna di sebalik frasa ni tak sama. Maksud aku di sebalik frasa tu lain daripada maksud frasa yang Y tulis. Perbezaannya ialah tempoh hari yang dikira. Y mungkin kira 90 hari. Atau 150 hari. Atau beberapa hari je. Tapi aku.. aku kira bilangan hari yang tak terkira. INFINITY.

Aku baru balik dari Dublin. Ada simposium untuk pelajar-pelajar perubatan. Ramai la doktor-doktor yang datang. Semuanya dah consultant. Masing-masing nak kongsi pengalaman dan ilmu. Aku memang salute toing-toing dengan semua doktor-doktor tu. Mana taknya…
  • 2 – 4 tahun internship.
  • 3 – 5 tahun buat specialisation.
  • 3 – 5 tahun buat sub-specialisation sampai jadik consultant.
Di samping puluhan tahun tu, ada banyak lagi peperiksaan-peperiksaan yang perlu diduduki. Doktor-doktor tu dah melalui semua tahun tu. Kalau nak kira dari saat aku taip ni, aku ada lebih kurang 4 tahun 6 bulan lagi sebelum layak bergelar doktor. Jadi murid-murid, berapa tahun semuanya untuk menjadi seorang consultant? Ya betul. Paaaannnndaaaaiiiii.

Segala benda yang doktor-doktor tu cakap memang betul. Daripada aunty aku, smpai ke kakak aku, sampai ke kakak ipar, semua tahap ‘pendoktoran’ bagi mesej yang tersendiri. Susah. Memang susah. Nak buat medic memang susah. Tapi siapa yang sanggup berkorban je boleh lalui semua tu.

“baik dina kerja sana, at least for housemanship. Balik join university jadik lecturer, tak payah kerja dengan KKM” kata akak ipar aku. Aku ada 4 tahun lebih sebelum boleh cakap banyak nak stay for housemanship atau balik Malaysia for good.
  • Prep@ring F0r The Future T0d@y.
  • To serve in Malaysia: Of Responsibilities, Contentment & Challenges.
  • How can you benefit from overseas training?
  • Doctors Beyond Borders.
Ini adalah antara tajuk-tajuk ceramah yang dibentangkan. Memang best la. Aku takkan bahaskan dengan lebih lanjut sebab aku tak ambik nota. Aku download info-info tu dan terus save dalam otak. Tapi nak ‘unsave’ balik dah lupa. Ha ha.. Tajuk yang paling best ialah DBB yang dibentangkan oleh Dr. Z. Banyak sangat pengajaran yang aku dapat.

Pertamanya, Dr. Z ni memang contoh seorang doktor yang sangat humble dan down-to-earth. Mana-mana dia pergi, dia mesti ambik semua benda yang berlaku sebagai pengajaran. Menunjukkan yang walaupun dia dah jadi consultant, dia tetap ada keinginan untuk belajar walaupun daripada seorang pesakit yang cacat. Keduanya, Dr. Z memang sangat tabah dan cekal dalam memperjuangkan tanggungjawab beliau sebagai seorang doktor. Niat dia satu: Nak membantu, memberi, menyumbang, berkorban sebanyak mungkin kepada masyarakat sekeliling kerana Allah Taala.

Cuma... bila Dr. Z kata, “As a student, you don’t have to busy yourself to think about who’s going to be the next president of USA. You don’t have to pening kepala thinking about who’s going to be the next MB of Terengganu. As a general knowledge, yes, you should know but you don’t have to get intensely involved in those issues. Just think about your future, about your responsibilities as a doctor,” aku terus berkerut dahi.

Kat sini, aku ada hujah aku tersendiri. Aku taknak cakap apa yang Dr. Z cakap tu salah atau betul. Cuma aku tersedar yang each and every one of us has our own perjuangan not just, in this case, as a doctor but also as a person, as a Muslim. What struck my mind was, I as a medical student, aku belajar dengan penuh selesa di UK dengan allowance beribu-ribu ringgit Malaysia dalam bank, suatu hari nanti insyaAllah akan jadik seorang doktor. Aku mungkin akan sibuk dengan peperiksaan, essay dan assignment, interview, peperiksaan lagi bla bla bla untuk jadi seorang consultant pulak.

Tapi tiba-tiba aku teringat dekat golongan remaja yang sama baya dengan aku sekarang tengah berjuang bermati-matian untuk tanah air Palestin. I might go a little bit extreme tapi itu lah apa yang aku terfikir. Sama ke perjuangan Islam yang diorang perjuangkan dengan perjuangan Islam yang aku perjuangkan?

Don’t get me wrong. Boleh je jadik doktor muslimah yang perjuangkan Islam. Macam apa yang Dr. L cakap, our ultimate goal is Jannah. Syurga Allah. Tapi cukup ke kita jadi doktor muslim/ah sebagai tiket untuk ke syurga Allah? Sejauh mana perjuangan kita? Patut ke aku pening kepala fikir pasal issue di Palestin? Patut ke aku pening kepala fikir pasal siapa president USA lepas ni? Patut ke aku pening kepala siapa yang akan jadi MB Terengganu lepas ni [yang ni dah tak pening sebab dah tahu siapa. Hehe..]? Patut ke aku pening kepala siapa yang nak perjuangkan Islam bermati-matian lepas ni?

Korang faham ke apa yang aku nak bawak ni? Jangan salah faham pulak. Aku masih nak jadik doktor yang perjuangkan Islam cuma aku tak pasti samada perjuangan aku tu setimpal atau sama taraf dengan pejuang-pejuang yang lain. Tu je.

‘Counting the days..’

Lepas 8 tahun berlalu, aku rasa perjuangan aku dengan perjuangan H tak sama. Aku rasa Allah ada sebab yang tersendiri atas apa yang berlaku. Y sekarang di orthopaedics department. Dia kata kerja sebagai seorang intern sangat sibuk. SANGAT SIBUK. H pun kata dia sibuk sekarang. Aku pun sibuk sekarang dah nak mula study untuk exam bulan 6 nanti. Semua orang sibuk.

Habistu, siapa nak perjuangkan Islam? Siapa nak pening-pening kepala macam mana nak counteract FITNA?
photo taken by YazeedHairi.
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama." [22:78]
p/s: Related articles: When it comes to the surface, Back on reading journals.

2 comments:

Mysara said...

Salam dina.kite pon berkerut dahi gak mase Dr Z cakap cmtu.(kerut dahi sbb bru bgn tdo =P) eh..tp ade ke die mention xyah hiraukan psl isu palestin? isu palestin kan isu umat islam..
maybe sbb PRU12 bru lps,so everyone tgh sibuk2 pasal politik nie,so sbb die tu kot die suh focus on being a good doctor..
anyway, he did say --> "but you don’t have to get intensely involved in those issues."
eh2..kite pon dah x paham ape yg kite tulis ni..haha..pening bace membranes la nie :S

xpelaa..abaikan!

deynarashid said...

haha mai dah mamai dah..

tak2. isu palestin tu takde kaitan dgn Dr. Z pun. i mean, Dr. Z takde sentuh pasal palestin pun. jgn salah faham pulak. kita x kata apa yg Dr. Z kata salah. siapala kita nak pertikaikan apa yg Dr. Z cakap. cuma, impression yg kita dapat masa Dr. Z punya talk tu is more towards menjadi seorang doktor yang sanggup berkorban, yang sanggup MEMBERI tanpa mengharap pembalasan, yang sanggup GO BEYOND BORDERS. and in order utk menjadi doktor macam tu, kena la first skali jadik doktor and lepas tu sanggup usaha + kerja lebih lagi utk jadik specialist utk bagi perkhidmatan terbaik utk masyarakat.

the PERSONAL impact that the impression had on me was, kita terfikir la yang kita ni terlalu sibuk persiapkan diri untuk jadik doktor tu. tapi kita slalu lupa org2 lain. and contoh yang paling extreme ialah org2 kat palestin tu la. bukan org palestin ni extreme tapi maksud kita apa yg diorg alami kat palestin tu lebih extreme drpd kita yg ada kat comfort zone ni.

this PERSONAL impact brought me to the thoughts on other extreme instances. KALAU kita ada kat US pulak, kita kena la tahu siapa president. tp masalahnye kita takde kat US. Macam palestin, kita takde kat palestin, tp adakah kita x perlu pening kepala pasal palestin? yes, perlu pening kepala. so mcm kat US, kita kena la pening kepala jugak [walaupun takdela sepening fikirkan pasal isu palestin] sbb kat US pun ada org Islam yg lain. AT LEAST Obama tu ade la sedikit kaitan dengan Islam [mak dia ke ayah dia yg Islam. Rasanya mak.. bleh cek balik..].

Benda simple je sebenarnya. Cuma kita je yg mmg suka fikir complicated things. Haha.. Biasa la, satu ayat pun org bleh dpt macam2 mesej, inikan pula satu talk yg panjang. banyak je mesej lain yg penting tp ni apa yg kita PERSONALLY rasa la.

My main point is, jangan asyik lupa persiapkan diri nak jadik doktor, sampai lupa benda lain. kena check balik apa sebenarnya tujuan hidup. apa sebenarnya yg kita perjuangkan as hamba Allah.

Tu je. Kuikui.. Boleh la lepas ni mai jadik module leader untuk membranes sbb dah start bace :P