Hari ni kita cakap benda berat sikit ok? Kalau boleh terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, boleh la tutup window ni skrg. Huhu..
Tak tahu kenapa. Soalan tu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Benda dah lama. Isu tu dah basi. Dah nak dekat sebulan isu tu dibincangkan dalam usrah. Tapi tak tahu kenapa. Aku rasa macam ada sesuatu yang masih hilang. Tak tahulah. Aku sendiri masih mencari-cari. Aku sendiri masih fening.
Tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak usrah yang aku pergi, usrah tu jugak yang buat aku terfikir dengan dalamnya. Balik tu memang tak senang duduk. Lama aku termenung. Jauh aku mengelamun.
“Aku ke yang fikir banyak sangat? Aku ke yang jahil sebenarnya? Aku ke yang over react? Aku ke yang tak sama wavelength dengan diorang? Aku ke yang buang karan duk pikiaq pasai ni?”“Ni rasa macam soalan tricky je. Mesti ada answer scheme ni. Ntah la, tak boleh kot..”“Ermm.. tak tahulah. Boleh kot. Ke tak boleh?”Aku tak ingat dah apa kawan-kawan seusrah aku jawab. Tapi yang aku ingat aku adalah orang last yang jawab. Dan dengan yakinnya aku kata,
“Yes, it is possible. Mestilah boleh. Sebab once orang Islam yang pegang kepimpinan, so bolehlah hukum Islam ditegakkan.”Malangnya.. jawapan aku tak sama dengan answer scheme yang telah disediakan. Oh well.. aku malas nak bebel banyak. Apa yang aku bahaskan lepas tu biarlah tersimpan dalam kotak memori aku sendiri. Betapa aku berbahangnya lepas tu, biarlah aku simpan sendiri. Betapa aku rasa macam nak nangis lepas tu, biarlah Allah je yang tahu. Tapi.. satu benda is, aku belajar banyak benda from that particular discussion.
First, aku kena belajar carik banyak ilmu lagi. Banyak lagi benda yang aku tak tahu. Second, yes, aku kena perbaiki diri sendiri. Third, aku kena belajar kawal emosi. Sebab aku ni cepat emotional. Haha..
Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Aku bukan nak kata aku je yang betul yang lain salah. TAK. Aku tak kata mana-mana pihak salah. Aku bukan nak pertikaikan orang-orang yang lagi banyak ilmu agama daripada aku. TAK. Aku hormat dengan pandangan dan ilmu yang diorang bagi. Yes, aku admit yang aku memang terlalu jahil kalau nak bincang bab-bab agama ni. Aku memang terlalu jahil kalau nak bincang bab-bab ‘daulah islamiyyah’ ni.
TAPI..
FOR ONCE.. For once, aku terfikir satu je…
Kenapa kita terlalu berfikiran negatif? Kenapa kita perlu persoalkan samada daulah islamiyyah akan tertegak ke tak? Malaysia tu busuk sangat ke utk dijadikan Negara Islam? Kenapa kita tak yakin dengan kegemilangan Islam? Nak harapkan orang lain ke yang nak perjuangkan Islam kat Malaysia tu? Kenapa kita perlu sempitkan istilah ‘Tarbiyyah’ tu? Kenapa kita perlu pentingkan diri sendiri? Kenapa kita rasa dalam dunia ni kita je orang islam, kita je umat nabi Muhammad? It’s not about whether it is possible or not. It’s not about when. Sebab memang Allah dah janji dalam Quran yang Islam akan kembali gemilang satu hari nanti. Hari ni? Esok? Lusa? Tulat? Lepas kita mati? Bila-bila Allah nak. It’s not about who will be bringing Islam back. It’s not about this Jemaah or that Jemaah. It’s not about PA$ or U. Sebab Islam tu untuk semua. It’s not about anything. It’s about THE RELIGION; ISLAM itself.
Aku bukan apa. Aku bercakap untuk diri aku sendiri yang sememangnya masih jahil, masih terlalu bengap untuk bebel banyak pasal ni. Tapi aku tak rasa puas lepas balik daripada usrah tu. Aku tak rasa CUKUP. Aku rasa masih terlalu banyak ‘pieces’ yang hilang.
So what am I trying to point out here?
I don’t know.
You go and find out yourself. If you really, I mean, REALLY care about Islam, if you really want to see Islam as ‘ustaziatul alam’, you can’t just sit there and do nothing. You have to be
REALISTIC and
NOT IDEALISTIC. You have to be
PRACTICAL and PROACTIVE. Allah ada cakap dalam Al-quran [maaf tak ingat surah apa], kalau kamu taknak tegakkan Islam, Allah tak rugi apa-apa pun. Allah tak heran pun kita nak perjuangkan Islam ke tak. Allah sedikitpun tak rugi. Malah, Allah akan datangkan satu kaum yang perjuangkan Islam. So? Tepuk dada tanya iman.
Apa-apa pun, aku punya kesimpulan ada satu je. Walau apa pun, aku tetap yakin dengan kepimpinan ulama’ dalam PA$. Aku bukan nak berpolitik. Aku bukan nak pro-PA$ atau anti-U. Aku bukan nak kata PA$ is
THE ONLY WAY untuk ‘daulah islamiyyah’. But I am a Malaysian. I am a Muslim Malaysian. So takkan aku nak harapkan kebangkitan Islam kat Indon? Takkan aku nak harapkan kebangkitan Islam dekat Arab Saudi? Aku tak kata tak possible. Yes, Islam tu possible di mana-mana sahaja satu dunia ni. Yes, Islam tu akan bangkit untuk mana-mana kaum atau bangsa. Yes, Islam tu bukan untuk mana-mana jemaah pun.
But to be
REALISTIC,
PRACTICAL and
PROACTIVE, dalam konteks Negara Malaysia, dalam konteks aku as rakyat Malaysia, aku kena sokong party yang perjuangkan Islam la, ye dok? It happens to be that PA$ yang perjuangkan hukum Allah. Note and perceive my sentence as objectively as possible ok? I repeat:
It HAPPENS to be that PA$ yang perjuangkan HUKUM dan UNDANG-UNDANG Allah. Betul kan ayat tu? Huhu.. Kalau Allah bagi hidayah kat U, kalau U letakkan Al-quran dan Sunnah sebagai perjuangan mereka, yes, lagi la logic Malaysia tu nak jadik Negara Islam sebab diorang yang pegang kepimpinan sekarang.
So, when you say Hukum and Undang-Undang Allah, dah terang benderang kat situ ada perkataan undang-undang. So nak tak nak, you have to fight via politics la. Nak taknak, politics is the only way. You don't talk about Sirah Nabi without politics. You don't talk about Sejarah Dunia, World War ii, Perang Salib or what have you without politics. You don’t speak about Palestinian Issues without politics. You don’t speak about HAMA$ without politics. Betul tak?
Aku dah baca banyak artikel, banyak berita, dah tengok banyak video ceramah-ceramah kat internet tu, and yes, aku berani kata apa yang selama ni aku percaya, apa yang selama ni aku rasa is right. Aku just kata aku betul dengan jawapan aku tu. Sebab aku yakin yang Islam is relevant now and forever. Tapi aku tak kata mana-mana pihak salah. Yes we have different point of views, I respect that. But when I respect other people's opinions, I expect the same thing in return.
It’s not wrong to debate and discuss about this but one thing that we have to prepare ourselves before jumping into such discussion is we need to have knowledge, facts and be open minded. Berlapang dada and terbuka hati. When we have those criteria, then we know what our roles are. We won’t blame other people. We won’t say ‘I am right and you are wrong’. We won’t say ‘They are wrong and we are right’. No such thing.
But then again, this is just my opinion. Aku yang kerdil lagi dhoif lagi tak tahu apa-apa ni, you don’t have to take my points if you don’t want to. Tapi korang boleh la baca artikel-artikel orang-orang yang lebih berilmu macam Ustad H@$riz@l ke, ustad Z@h@ruddin ke. Kalau nak dengar ceramah yang ‘ringan’ yang boleh gelak-gelak sket, yang ‘lepak-lepak’ sikit, boleh la dengar ceramah Ustad
@kil H@yy kat youtube tu. Seriously, walaupun aku gelak terkekeh-kekeh, dalam hati, apa yang aku rasa, Tuhan je tahu. Try la tengok ceramah ustad @kil. Best :) Bak kata ustad @kil,
"Bukan nak ajak berpolitik. Bukan nak ajak join PA$. Tapi nak ajak BERFIKIR".
Jadi kesimpulannya,
HARGA PETROL NAIK. Yeay! Sekian.
"Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa." [7:128]