Thursday, June 05, 2008

Oh La La~

“Agak-agak kalau orang-orang U, orang-orang non-muslim semua datang dengar forum tu, kalau diorang bersetuju nak sokong PA$, semua nakkan Islam, agak-agak boleh ke wujud ‘daulah islamiyyah’?”
Hari ni kita cakap benda berat sikit ok? Kalau boleh terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, boleh la tutup window ni skrg. Huhu..

Tak tahu kenapa. Soalan tu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Benda dah lama. Isu tu dah basi. Dah nak dekat sebulan isu tu dibincangkan dalam usrah. Tapi tak tahu kenapa. Aku rasa macam ada sesuatu yang masih hilang. Tak tahulah. Aku sendiri masih mencari-cari. Aku sendiri masih fening.

Tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak usrah yang aku pergi, usrah tu jugak yang buat aku terfikir dengan dalamnya. Balik tu memang tak senang duduk. Lama aku termenung. Jauh aku mengelamun. “Aku ke yang fikir banyak sangat? Aku ke yang jahil sebenarnya? Aku ke yang over react? Aku ke yang tak sama wavelength dengan diorang? Aku ke yang buang karan duk pikiaq pasai ni?”

“Ni rasa macam soalan tricky je. Mesti ada answer scheme ni. Ntah la, tak boleh kot..”

“Ermm.. tak tahulah. Boleh kot. Ke tak boleh?”

Aku tak ingat dah apa kawan-kawan seusrah aku jawab. Tapi yang aku ingat aku adalah orang last yang jawab. Dan dengan yakinnya aku kata, “Yes, it is possible. Mestilah boleh. Sebab once orang Islam yang pegang kepimpinan, so bolehlah hukum Islam ditegakkan.”

Malangnya.. jawapan aku tak sama dengan answer scheme yang telah disediakan. Oh well.. aku malas nak bebel banyak. Apa yang aku bahaskan lepas tu biarlah tersimpan dalam kotak memori aku sendiri. Betapa aku berbahangnya lepas tu, biarlah aku simpan sendiri. Betapa aku rasa macam nak nangis lepas tu, biarlah Allah je yang tahu. Tapi.. satu benda is, aku belajar banyak benda from that particular discussion.

First, aku kena belajar carik banyak ilmu lagi. Banyak lagi benda yang aku tak tahu. Second, yes, aku kena perbaiki diri sendiri. Third, aku kena belajar kawal emosi. Sebab aku ni cepat emotional. Haha..

Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Aku bukan nak kata aku je yang betul yang lain salah. TAK. Aku tak kata mana-mana pihak salah. Aku bukan nak pertikaikan orang-orang yang lagi banyak ilmu agama daripada aku. TAK. Aku hormat dengan pandangan dan ilmu yang diorang bagi. Yes, aku admit yang aku memang terlalu jahil kalau nak bincang bab-bab agama ni. Aku memang terlalu jahil kalau nak bincang bab-bab ‘daulah islamiyyah’ ni.

TAPI.. FOR ONCE.. For once, aku terfikir satu je…

Kenapa kita terlalu berfikiran negatif? Kenapa kita perlu persoalkan samada daulah islamiyyah akan tertegak ke tak? Malaysia tu busuk sangat ke utk dijadikan Negara Islam? Kenapa kita tak yakin dengan kegemilangan Islam? Nak harapkan orang lain ke yang nak perjuangkan Islam kat Malaysia tu? Kenapa kita perlu sempitkan istilah ‘Tarbiyyah’ tu? Kenapa kita perlu pentingkan diri sendiri? Kenapa kita rasa dalam dunia ni kita je orang islam, kita je umat nabi Muhammad? It’s not about whether it is possible or not. It’s not about when. Sebab memang Allah dah janji dalam Quran yang Islam akan kembali gemilang satu hari nanti. Hari ni? Esok? Lusa? Tulat? Lepas kita mati? Bila-bila Allah nak. It’s not about who will be bringing Islam back. It’s not about this Jemaah or that Jemaah. It’s not about PA$ or U. Sebab Islam tu untuk semua. It’s not about anything. It’s about THE RELIGION; ISLAM itself.

Aku bukan apa. Aku bercakap untuk diri aku sendiri yang sememangnya masih jahil, masih terlalu bengap untuk bebel banyak pasal ni. Tapi aku tak rasa puas lepas balik daripada usrah tu. Aku tak rasa CUKUP. Aku rasa masih terlalu banyak ‘pieces’ yang hilang.

So what am I trying to point out here?

I don’t know.

You go and find out yourself. If you really, I mean, REALLY care about Islam, if you really want to see Islam as ‘ustaziatul alam’, you can’t just sit there and do nothing. You have to be REALISTIC and NOT IDEALISTIC. You have to be PRACTICAL and PROACTIVE. Allah ada cakap dalam Al-quran [maaf tak ingat surah apa], kalau kamu taknak tegakkan Islam, Allah tak rugi apa-apa pun. Allah tak heran pun kita nak perjuangkan Islam ke tak. Allah sedikitpun tak rugi. Malah, Allah akan datangkan satu kaum yang perjuangkan Islam. So? Tepuk dada tanya iman.

Apa-apa pun, aku punya kesimpulan ada satu je. Walau apa pun, aku tetap yakin dengan kepimpinan ulama’ dalam PA$. Aku bukan nak berpolitik. Aku bukan nak pro-PA$ atau anti-U. Aku bukan nak kata PA$ is THE ONLY WAY untuk ‘daulah islamiyyah’. But I am a Malaysian. I am a Muslim Malaysian. So takkan aku nak harapkan kebangkitan Islam kat Indon? Takkan aku nak harapkan kebangkitan Islam dekat Arab Saudi? Aku tak kata tak possible. Yes, Islam tu possible di mana-mana sahaja satu dunia ni. Yes, Islam tu akan bangkit untuk mana-mana kaum atau bangsa. Yes, Islam tu bukan untuk mana-mana jemaah pun.

But to be REALISTIC, PRACTICAL and PROACTIVE, dalam konteks Negara Malaysia, dalam konteks aku as rakyat Malaysia, aku kena sokong party yang perjuangkan Islam la, ye dok? It happens to be that PA$ yang perjuangkan hukum Allah. Note and perceive my sentence as objectively as possible ok? I repeat: It HAPPENS to be that PA$ yang perjuangkan HUKUM dan UNDANG-UNDANG Allah. Betul kan ayat tu? Huhu.. Kalau Allah bagi hidayah kat U, kalau U letakkan Al-quran dan Sunnah sebagai perjuangan mereka, yes, lagi la logic Malaysia tu nak jadik Negara Islam sebab diorang yang pegang kepimpinan sekarang.

So, when you say Hukum and Undang-Undang Allah, dah terang benderang kat situ ada perkataan undang-undang. So nak tak nak, you have to fight via politics la. Nak taknak, politics is the only way. You don't talk about Sirah Nabi without politics. You don't talk about Sejarah Dunia, World War ii, Perang Salib or what have you without politics. You don’t speak about Palestinian Issues without politics. You don’t speak about HAMA$ without politics. Betul tak?

Aku dah baca banyak artikel, banyak berita, dah tengok banyak video ceramah-ceramah kat internet tu, and yes, aku berani kata apa yang selama ni aku percaya, apa yang selama ni aku rasa is right. Aku just kata aku betul dengan jawapan aku tu. Sebab aku yakin yang Islam is relevant now and forever. Tapi aku tak kata mana-mana pihak salah. Yes we have different point of views, I respect that. But when I respect other people's opinions, I expect the same thing in return.

It’s not wrong to debate and discuss about this but one thing that we have to prepare ourselves before jumping into such discussion is we need to have knowledge, facts and be open minded. Berlapang dada and terbuka hati. When we have those criteria, then we know what our roles are. We won’t blame other people. We won’t say ‘I am right and you are wrong’. We won’t say ‘They are wrong and we are right’. No such thing.

But then again, this is just my opinion. Aku yang kerdil lagi dhoif lagi tak tahu apa-apa ni, you don’t have to take my points if you don’t want to. Tapi korang boleh la baca artikel-artikel orang-orang yang lebih berilmu macam Ustad H@$riz@l ke, ustad Z@h@ruddin ke. Kalau nak dengar ceramah yang ‘ringan’ yang boleh gelak-gelak sket, yang ‘lepak-lepak’ sikit, boleh la dengar ceramah Ustad @kil H@yy kat youtube tu. Seriously, walaupun aku gelak terkekeh-kekeh, dalam hati, apa yang aku rasa, Tuhan je tahu. Try la tengok ceramah ustad @kil. Best :) Bak kata ustad @kil, "Bukan nak ajak berpolitik. Bukan nak ajak join PA$. Tapi nak ajak BERFIKIR".

Jadi kesimpulannya, HARGA PETROL NAIK. Yeay! Sekian.
photo taken by nadia dar.
"Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa." [7:128]

5 comments:

Anonymous said...

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara-negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh
barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, di sini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Harga minyak seliter mengikut Negara (dalam RM):-
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.35
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.25
Arab Saudi RM 0.38
Kuwait RM 0.67

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan
keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.

Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM 0.49 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.38 sen seliter tapi Malaysia pada RM 1.92 dan sekarang ni dah naik sampai RM 2.70? Bukankah jauh bezanya?

Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada RM 1.10 seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika Perang Teluk di Iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.

Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan Petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak. Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor Utara : RM 17.5 billion
Koridor Timur : RM 112 billion
Wilayah Iskandar : RM 47 billion
Koridor Sabah : RM105 billion
Koridor Sarawak : RM 107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu di utamakan? Kebajikan rakyat atau projek
mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus-bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato’ Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu diingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain.

Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah RM 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan RM 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare dengan

Turkmenistan:-
Oil - Production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - Per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

Ni Malaysia punya:-
Oil - Production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - Per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

Fikir-fikirkan lah sendiri…
Sekadar perkongsian, sila baca berita ini: Petronas tidak bayar zakat perniagaan. Wallahu a’lam.

Anonymous said...

link utk Petronas tidak bayar zakat perniagaan:

http://www.malaysiakini.com/news/43336

deynarashid said...

hamba Allah- gulp.. tak terkata den! huhu.. trime kasih trime kasih. thnx for the info. dah terbeliak dah ni. huhu.. semoga 'depa' revise balik harga petrol ni. sian kat makcik pakcik kat kampung. tak makan la depa lepas ni. huhu..

katunX said...

tapi kalau dengar ceramah ustaz katunx pun dengar citer best..

*ehem, ehem*

deynarashid said...

ustaz katunx? sungguh tidak user friendly bunyinye. mungkin inche katun buleh try iklan di blog lain pula.