Monday, April 17, 2006

Aku Puas Hati. Sangat..

Penat. Aku sangat penat. Tapi puas hati :)

Hari ni aku keluar pergi KLCC. Dating. Dah lama aku tak dating. Pergi tengok wayang. Jumpa Bruce Willis yang dah tua tu tapi masih macho macam dulu. Cerita tu penuh dengan kemusykilan. Tapi aku suka. Jalan cerita yang hebat. Aku puas hati. Sangat..

Lepastu, dibelanja orang. Aku tau kawan aku tu sayang kat aku sebab tu dia sanggup belanja walaupun mahal. Aku sayang dia tak? Dia dan aku je tahu betapa bahagianya kami. Perkenalan yang berumur lebih kurang 3 tahun lebih menjadikan aku anggap dia lebih dari kawan. Depan dia, aku tak sesegan macam dengan orang lain. Depan dia, aku tak semalu macam dengan orang lain. Depan dia, aku tak se‘control’ macam depan orang lain. Makanan yang dia belanja tu sedap gile. Kenyang tak hengat. Aku puas hati. Sangat..

Lepas solat, aku ke kedai buku. Nak beli buku. Untuk dibaca atas train balik. Aku kesana. Kemari. Tak tahu. Konfius. Tak ada idea nak beli buku apa. Ntah kenapa dalam banyak-banyak buku photography, Asian Photography menjadi pilihan. Tiba-tiba……Ah, buah hati aku masuk majalah!!!! Wajib beli!! Kuat betul 'chemistry' antara kami. Tak sia-sia aku mencintai buah hati aku. Tersergam indah wajah buah hati aku dalam majalah tu. Aku tersenyum. Bangga. Aku puas hati. Sangat…

Aku tiba di rumah. Sangat penat. Tiba-tiba…Ah, ada pos laju untuk aku!!! Berdebar aku nak buka. Tak terlintas di fikiran untuk tengok nama pengirim. Aku abaikan. Dan terus membuka. Hah! Dari Tok Rimau!!! Buku AKB dah sampai!!! Aku bangga. Sebab dapat hadiah dari Tok Rimau yang fofular itu. Dan bangga. Sebab dapat baca hasil penulisan Tok Rimau dan Tok Naga. Aku baca kata pengantar. Musykil. Konfius. Tak faham. Aku membelek-belek kulit buku. Di kulit belakang, ada ini: “Ayat-ayat dalam buku ini bersira dengan humor tetapi sarat dengan makna. Kadang-kadang, pemikiran yang amat matang diperlukan bagi mencerna lapisan-lapisan pengertian dalam buku ini.” Oh tidak..aku masih tidak matang. Bagaimana? Ah, abaikan. Aku terus membaca. Baru aku tahu, kata pengantar tu ditulis oleh Mat Jan rupanya. Ouch, penuh dengan sindiran juga. Tapi kelakar!! Esok nak ke bank. Deposit duit Mat Jan :) Tak sabar nak tunggu buku Jongkang-Jongket pulak. Sangat lawak! Tapi penuh makna tersirat. Aku tak peduli. Yang penting. Aku puas hati. Sangat…

Aku puas hati. Sangat. Dan.. Alhamdulillah :)

4 comments:

Anonymous said...

hai..ramai buah hati sekarang ye..si itu, si ini, si dia..jelesnye aku!

Tok Rimau said...

Tok menulis dengan rasa sukahati. Suka juga bila tahu pembaca pun sukahati.

Tok nak mencadangkan buffet lunch hari Ahad di hotel 5 bintang. Rm40-RM50 sekepala. Cubalah! Test sejauh mana dia sayang kat anda. hih hih hih.

Anonymous said...

dina, promote no fon ke promote buku,kak? huahaa kantoi!!

oooo macam ni rupenye...kecik2 dah pegi dating yeee..aku dah tgk gak cite tu!!!slevin kacak gile doh!!!terjatuh tergolek tersungkur sumelah!!!

tahniahla buah hati ko masuk magazine..ko je yang happy..org lain takde prasaan pon..huahaha

deynarashid said...

roy- mesti ar. aku kan hotstuff. *ahaks* <--Gaya gelak dalam AKB *ahaks*

atok yg cumel- saya pun sukahati bila tok sukahati *ahaks* cadangan bagus tu tok. tapi tak syok ah setakat 5bintang rm40-50 sekepale. nnt saya suruh dia bawak pergi hotel 7bintang rm100-150 sekepale. tu baru ujian sebenar! *ahaks* trime kaseh tok sebab sudi mengomen :) buku AKB sangat cool B)

sya- promote pos laju ar!!! ish..at least ko lagi kecik dr aku..hahaha jeles plak. tau ar xde sape nak dating ngan ko. hahaha..slevin tu agak kacak ar tp jatuhan, sungkuran dan golekan aku hanya untuk seseorang itu sahaja. heh..org laen x happy aku dulik ape. yg penting aku happy. dan puas hati. sangat :)