Friday, April 07, 2006

Tentang apakah?

‘Aku tak tau la deyna..aku tau mmg aku dah byk kali rase camni and dah naik bosan n muak dah aku berperasaan camni..aku tau mmg tak ke mane..’

‘Aku doa deyna..aku mmg doa..’

‘He's just tooo good to be true and tooo good for me..sedih la deyna :('

‘Ye aku tau, byk doa kat Allah and percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan tapi siapela aku ni and sampai mane je la aku boleh bertahan dengan pegangan tu’

‘Aku manusia biase deyna..I need other people jugak..tp tu la, susah sgt nak jumpe..’

‘There's not even one reason why I should hate him. He has done so many things to me..’

‘I noe, everything should be over by now. I'm still trying deyna’

Kadang kala aku berasa simpati dengan rakan-rakanku yang mempunyai masalah hati ini. Dan aku tidak nafikan, aku juga pernah mengalaminya. Sebab itula sebagai seorang manusia, seorang remaja dan seorang hamba Allah, kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain dan berusahalah untuk mencari ilmu yang boleh membawa kita ke jalan yang benar.

Sudah menjadi lumrah hidup manusia dan menjadi naluri seorang remaja untuk rasa disayangi dan menyayangi orang lain. Mungkin kita sudah ada mereka2 yang menyayangi kita namun kekosongan di hati masih lagi mencari seseorang yang istimewa. Aku tertarik dengan kata-kata seorang ustad ketika di MYC dahulu. 'Sebenarnya Allah mengosongkan hati remaja itu untuk diisi dengan kecintaan kepadaNya, bukan kecintaan kepada manusia' Terasa juga aku ketika itu. Maklumlah, siapa yang tidak pernah dilanda dengan perasaan suka dan cinta bukan? Tapi janganlah sampai perasaan suci itu dikotori dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sebab itulah pentingnya kita memahami konsep cinta yang sebenar.

Beberapa minggu yang lepas, seorang sahabat meminta tolong aku membelikan sebuah buku bertajuk 'T3ntang Cint@' yang ditulis oleh Ustad Pahro1. Aku agak musykil juga pada mulanya kerana aku tidak begitu minat dengan buku-buku yang berkisarkan dengan perkara-perkara sebegini. Namun, muka surat pertama telah berjaya menarik hati aku untuk beli satu untuk diri sendiri. Dan Alhamdulillah, buku tu telah banyak mengajar aku erti sebenar 'cinta' dan 'CINTA'.

Aku nasihatkan pada kalian terutamanya remaja-remaja di luar sana, gadaikanlah sedikit wang dan luangkanlah sedikit masa untuk baca buku ini. Biarlah jika akhirnya kita terpaksa berpisah dengan 'pakwe' atau 'makwe' kita tapi janganlah sampai kita mewujudkan jurang yang besar antara kita dengan pencipta 'CINTA' itu sendiri.

Dan semalam aku telah berkongsi sebuah doa dengan sahabat aku tersebut dan apa yang membuat hati aku menjadi sayu, dia menelefon aku pagi2 Subuh tadi dan menangis. Sehingga kini aku tidak pasti mengapa kerana aku tak berkesempatan untuk bertanya tapi apa yang aku doakan dan harapkan ialah ianya adalah satu tangisan keinsafan.

"Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan miliku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agarku bisa bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta, gantilah yang telah hilang. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin"


Satu forum tentang topik ini telah diadakan tadi. 3 orang panel yang sangat2 aku kagumi telah hadir ke kolej untuk membincangkan perkara ini. Dan aku amat gembira sebab dapat autograf. Hehe..Syukran Ustaz :)

p/s: aku tidur lambat malam ni sebab esok balik! heh..

3 comments:

Anonymous said...

dina u hav changed a lot. good to read this article :) keep on posting good articles yep. and just to let you know that i have been reading your blog all this while. never in my head thought you could be a blogger with those touching stories. glad you do. sorry for not leaving any footstep before XD happy hols and take care

luv,
the closer friend whom u have been friendly and charming to,
Nadirah,bangi

Anonymous said...

dina, the doa macam doa yg slalu kite doakan. tho the words are not exactly the same of course..
"ya Allah jika dia telah Kau ciptakan untukku, permudahkanlah buat kami..dan bukakanlah hatiku jika itu adalah yg terbaik buatku..jika tidak, dan sesungguhnya Kau yg Maha Mengetahui, Kau bantulah diriku untuk aku jauhkan perasaan ini dari hatiku..sesungguhnya Kau yg lebih mengetahui apa yg terbaik buat ku..."

Indeed a great post dina!

Love, from the downunder..

deynarashid said...

anon1- nadirah!!!!!!!lamenye tak dgr crite kau. sampai hati ko tak bgtau yg ko bace blog ni. kantoi arr!!!hehehe...it's ok i noe i'm capable of writing craps. heh...eyh, hows life???email la aku!!no chatting in my blog or else i'll be spilling the beans. hehehe really2 glad to hear from u again. u take care too

anon2 yang jewang- haaaaa kantoi! hehe..kite doa same2 k ;p and we're not gona fight each other over guys kan? hehe miss ya babe. u noe i'll be praying for u as well..and thanx for the call :) kan senang tak payah gune si merpati ;p