Thursday, April 06, 2006

Tiba-tiba..

Orang kata friendster tu karut. Ada juga betulnye. Bagi aku, karutnya melebihi yang tidak karut. Namun, yang tidak karut itulah yang memberi aku peluang untuk bertemu semula dengan rakan2 sepermainan dulu. Dan juga dipertemukan dengan orang-orang yang dahulunya pernah aku menghabiskan masa bersama. Atau orang-orang yang tahu menghargai sebuah persahabatan.

'hai kak dina. ni LDP yg jaga class saya time f4 kn? so, kak amcam skang? kat mane? neway,just wanna say thanx coz still remember me n add me as ur fren. so, gd luck n all da best. may god bless u'

aku teringat pada adik2 aku di maktab dulu. Kami tak serapat bagai seorang kakak dan adik tapi cukup bagi aku untuk menghargai kehadiran mereka. Walau sesibuk mana aku, walau semalas mana aku, adik2 masih aku fikirkan. Bukanla aku menganggap mereka masih kecil atau mereka tidak mampu menguruskan masa sendiri malah mereka lebih bijak menguruskan diri mereka sendiri tapi mungkin kerana aku berjauhan dengan adik2 di rumah dan terasa kehilangan mereka sedikit sebanyak. Dan adik2 di maktab la yang menjadi pengganti.

Biarpun mereka tidak merasakan benda yang sama, aku tetap sanggup menghabiskan masa dan beberapa fulus untuk mereka. Bukan perhatian yang aku inginkan, apatah lagi penghargaan. Aku hanya ingin melihat senyuman di muka mereka. Senyuman yang mampu mengukir satu di raut muka aku sendiri.


Sebelum aku meninggalkan maktab dua tahun yang lalu, teringin rasanya aku memberikan sedikit 'hadiah' pada adik2. Dan setiap ucapan terima kasih yang aku terima aku sambut dengan hati yang penuh gembira. Gembira kerana aku telah membuat mereka gembira. Mungkin hati dan jiwa seseorang seperti aku yang suka akan kegembiraan orang lain membuatkan aku sanggup sacrifice untuk adik2.

Namun aku tidak mengharapkan benda yang sama daripada 'orang lain'. Mungkin 'orang lain' mempunyai cara yang tersendiri, siapa tahu. Setiap perkara yang dikongsi bersama tetap aku kekalkan di fikiran. Sememangnya 'orang lain' tidak sama dengan orang lain. Dan aku amat menghargai segala apa yang 'orang lain' telah berikan.

Aku tidak sabar untuk menunggu kedatangan adik2 baru semester depan. Mungkin satu pertemuan dan persahabatan yang murni sedang menunggu di hadapan. Dan apa yang pasti, satu perpisahan antara aku dan 'orang lain' juga sedang mengira detik dan ketika. Sememangnya tiada apa yang kekal di dunia ini. Cukupla sekadar mainan fikiran yang sentiasa menjadi ingatan.

2 comments:

Anonymous said...

if i wasn't wrong interpreting the 'orang lain', u've no idea how i pray for it to be true...

n u remind me of apek n joker!! hehe;) memories of langkawi. blame the guys in our batch for being soo boring i suppose!!!

deynarashid said...

i'm counting the days *sob* eyh jgn ar sebut name apek kuat sgt!! segan ar nnt junior bace kantoi ar. heh..nampak kat tepi tu ade link to nazir punye blog. his readers seldom get into mine once in a while. kantoi jek..hehe...hope they're doing ok :) yep, blame john kerane menjadi contoh yang tidak ideal lgsg sebagai presiden batch. hehe