Thursday, March 20, 2008

Don't Ask. Let HIM Alone Knows.

Sekarang aku ada infatuasi baru. Jangan korang tanya apa, sebab aku takkan jawab. Biarlah rahsia. Biar Tuhan sahaja yang tahu.

Hari ni kerja aku adalah membuang masa. Sudah lebih sebulan aku tidak menekan ‘shutter’ kamera aku. Rindu. Tapi takde masa. Atau alasan yang lebih tepat adalah sebab takde ‘view’ yang menarik kecuali view daripada bilik aku ni. Cita-cita aku untuk meluangkan masa dengan kamera aku di Prague hancur lebur hancur berkecai dan hancur luhur bila aku membuat keputusan untuk tidak pergi ke Prague atas alasan yang tidak dapat aku elakkan. Mungkin bukan rezeki aku agaknya.

Sejak kebelakangan ni, ntah mengapa kepala ni suka sangat nak berjenaka dengan aku. Kejap pening, kejap ok. Selagi aku boleh tahan, aku akan tahan. Tapi kalau dah tak tahan, aku pun akan menelan dua biji panadol yang aku ambil drpd @zhreen. Sekarang panadol tu dah nak habis. Macam mana?

“Saya risau kalau-kalau anak puan ada migraine. Atau ketumbuhan di kepala,” pernah sekali sorang doktor tu cakap macam tu kat mak aku. Masa tu umur aku 18 tahun. Mak aku punya la risau. Terus suruh kakak aku buat segala test yang patut. Alhamdulillah, tak ada la pulak benda-benda yang tidak diingini. Tapi aku terfikir, kalau ada pun, tu semua sudah takdir Tuhan, betul tak? Mungkin ada dikalangan kita yang masih belum bersedia dengan berita sedemikian. Mungkin ada dikalangan kita tak dapat nak terima berita sedemikian. Tapi, siapa kita nak bersikap memilih dengan apa yang Allah dah tetapkan?

"Dear Rushdina
I am sorry to be so slow in replying. Will you be around the Medical School in the week beginning 7th April for an individual meeting before the group meeting on 22nd April?"
Akhirnya, reply jugak aku punya tutor. Dah lapan tahun aku tunggu, baru sekarang nak reply. Tapi takpe, aku nak mengadu habis-habisan kat aku punya tutor.

“Saya rasa, saya tidak bersedia untuk meneruskan bidang perubatan ni.

“Saya tanak jadik secretary Malaysian Society tapi saya kena jadik jugak. Kawan-kawan saya saja nak dengki saya,”

“Saya rindukan John. Kalau dia teruskan perjuangan dia, saya yakin dia akan dapat excellent.”

“Saya rasa UK ni bukanlah tempat yang sesuai untuk saya. Sebab saya tak rasa saya mampu berjauhan dengan keluarga saya untuk 4.5 tahun lagi,” Kalau tutor aku reply, “Kalau macam tu, berkeluargalah sekarang dan ajak suami cik ke sini,” macam mana?

“Kalaulah saya ada pilihan, saya tanak buat dissertation ribu-ribu melon perkataan tu. Dan saya juga tanak hantar reflective essay tu. Saya cuma nak belajar dan pass exam saja. Boleh ke?”

“Saya suka semua lecturer-lecturer di medical school ni. Tapi, tak semua demonstrator saya suka. Boleh ke saya nak pilih demonstrator ikut suka hati saya?”

“Saya rasa module CVS dan module musculo tu banyak sangat nak dihafal. Saya tak suka menghafal. Boleh ke kalau saya pilih untuk tidak menghafal tapi masih mampu berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan?”

Kalau tutor aku kata, “Macam ni jela cik, saya rasa cik ni banyak songeh sangat. Jadi, untuk memenuhi permintaan cik, cik boleh lah pack barang-barang cik dan pulanglah ke Malaysia segera,”.

Dan aku pun akan jadi orang yang paling gembira dalam dunia.

Itulah manusia. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada, kan? Betul tak? Sangat betul. Aku tau aku betul.

Aku check di Google tadi. 5.5 jam. Aku akan berada di atas kenderaan itu selama 5.5 jam. Mungkin lebih. Korang jangan tanya aku hendak ke mana sebab aku takkan bagitau. Aku nak melarikan diri. Aku nak pergi ke bulan. Aku nak tangkap gambar banyak-banyak. Aku nak spend masa aku dengan si dia. Jangan korang tanya siapa sebab aku takkan bagitau siapa. Biarlah rahsia. Biar Tuhan saja yang tahu.
Gambar yang aku tangkap ni aku hadiahkan untuk si dia.
Seasons may change..
Winter to Spring..
Come What May..

4 comments:

Anonymous said...

infatuasi baru? bahasa tak boleh moden lagi ke dik? hahaha.. ber'love2' skrg ni, bercinta ke? tak kabor pon? dah pandai si dia si dia sekarang. anak raja ke sampai nak rahsia2 ni?

Anonymous said...

dina, after all this while, aku komen jugak kat blog ko ni. just to ask, is this for real? r ya gona give us some gewd newz?

deynarashid said...

im- tu bahasa dah sebaik moden dah. haha.. orang kalau bercinta kan bang, kita kena ada strategy. lebih2 lagi kalau kita bercinta dengan anak raja. x main la anak perdana menteri ka, president ka. satgi kalau kisah puteri diana berulang, kan susah. faham ke? huhu..

nad- haha.. bengong kamu. aku tau je ko bace. statcounter aku kan ala2 FBI. huhu.. is this time for real? selama ni ada yg x real ka? haha.. good news? aku ada memacam good news kalo ko nak tau. ko nak tau hak yg mana??

im, nad dan kawan2 lain - saje nak bgtau yg pekataan 'love' tu bukan untuk org bercintan je. saje je la nak bgtau. satu generalisation yg sgt tidak adil jika korg berpendapat mcm tu. ok? trime kasih! I LOVE YOU ALL!!! ;)

deynarashid said...

oh lagi satu, lenkali baca title entry tu elok2 sket. terang2 tulis 'dont ask'. nakal la korg ni. huhu..