Tuesday, March 25, 2008

Thanx for the Snow Globe :)

Oleh kerana manusia zaman sekarang gemar membuat generalisation yang tidak adil, maka, aku telah mengedit previous entry dengan sebetulnya. Malas nak bebel dengan lebih lanjut.

Korang tahu ke mana aku pergi sehari dua hari tiga hari ni? Tak payah la tahu. Soklan tak masuk exam. Tapi, satu benda korang kena tahu, aku senyum sokmo selama sehari dua hari tiga hari ni macam ni -> :) :) :) :) :) :) dan beribu berjuta banyak senyuman sebenarnya. Aku sangat gembira. Apa yang lebih membahagiakan, sedang kami keluar berjalan-jalan beli barang, di bawah mentari yang menyinar, dengan angin bulan mac yang mendinginkan, buat pertama kali dalam hidup, butiran-butiran salji menyambut kegembiraan kami bersama. Di saat itu, aku teringatkan lagu Crisye – Damai bersamaMu.

“Aku tersenyum di bawah mentari.. Di antara megahnya alam ini.. Menikmati indahnya saljiMu.. Ku rasakan damainya hatiku.. Ku rasakan tenteramnya hatiku..” dengan sedikit perubahan lirik yang sesuai. Betapa Tuhan saja yang mengetahui kebahagiaan di hati.

Tapi.. apa yang tidak menggembirakan ialah, aku tak dapat nak kongsi dengan lebih lanjut kisah honeymoon kami kerana.. Sebab.. Kerana.. Blog yang korang baca sekarang telah dijajah oleh beberapa orang-orang yang tidak sepatutnya seperti CIA, FBI dan lain-lain. Selama ni memang aku sedar akan penjajahan yang berlaku tapi aku buat dek je sebab malas nak be too fussy about it.

Tapi nampaknya senior dan junior di kolej, senior dan junior di sekolah menengah, senior-senior di Leicester, junior di sekolah rendah, kawan dari segala pelusuk dunia telah mula berani menjejakkan kaki di bumi blog ini. Ewah.. macam la apa sangat. Haha.. Tapi, apabila aku mendapat tahu agen-agen tersebut dari CIA dan FBI mulakan operasi mereka, maka, aku sudah tidak rasa ada privacy di sini lagi yang aku dah jaga sejak dari zaman JWW Birch lagi. Betapa aku telah berusaha meletakkan simbol-simbol di nama-nama yang aku selitkan di sini namun berjaya juga dijejaki oleh agen-agen atau lebih dikenali sebagai silent readers tersebut.

Tapi apakan daya, inilah yang dikatakan dengan alam maya tanpa sempadan. Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuklah pihak CIA dan FBI sendiri yang menceroboh itu. Sebab mereka memang diberikan lesen dan permit percuma untuk mencerobohi blog ini. Cuma aku perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya aku tidak di’blacklist’kan oleh agen-agen antarabangsa ini. Dan aku juga tanak mengaku salah sebab aku tak salah pun sebenarnya. Haha.. Fine, ada orang tak puas hati. Ya, aku mengaku, salah aku jugak! Aku mengaku salah sebab boleh je sebenarnya kalau aku nak 'on' kan security mode blog ni tapi tu la, aku malas nak kecoh-kecoh ni sebenarnya. Tapi malas-malas pun, nak kecoh-kecoh jugak kan?

Aku teringat dulu seorang guru pernah berkata, “Blogger-blogger di internet tu kebanyakannya hanya cakap benda merepek-merepek sahaja. Kita ni pulak yang dok buang masa pergi baca. Blogger-blogger pun sama, cuba la gunakan blog tu sebaik mungkin, masukkan elemen-elemen yang bermanfaat sikit,” dan aku adalah antara orang-orang yang tengah sibuk mencari air kerana termakan cili yang amat pedas dan memijarkan.

Jadi, apa yang anda tunggukan lagi? Silalah tekan Alt+f4 atau klik kotak kecil berlambang ‘x’ di atas bucu kanan window ini. Jika anda menghadapi sebarang kesulitan, boleh la kontak saya secara peribadi. Tidak perlulah korang semua membuang masa membaca benda-benda yang tidak sepatutnya korang baca ini. Aku mungkin akan berhenti menulis sekarang, esok, lusa, tahun depan atau sepuluh tahun akan datang. Regardless of when I’ll be stopping to blogging, bukanlah menjadi masalah peribadi korang semua. InsyaAllah aku takkan melibatkan korang dalam permasalahan peribadi aku, ok? Deal?
photo taken by Tri$h McC0y.
We walked..
We talked..
We laughed..
When the sun smiled..
When the wind sang our favourite song..
When the glitters fell onto our palms..
You were there..
Right beside me..
I wish the moment might become a snow globe..
That will keep our priceless time alive..
Forever and ever..

p/s: Anda masih meng'scroll down' page ini?

No comments: