Ketika aku berskype dengan N@zme dan Eff@. "Me, pose untuk Mak Na, me" pinta aku. Dan bermulalah sesi posing memosing. Kau nampak kanak-kanak dua orang itu? Ya, itulah namanya comel tahap kritikal. Oh.. Aku sangat merindui mereka!! SANGAT RINDU!
Haritu, N@d cerita kat aku, maid AI yang baru tu tak geti buat kerja sangat. Dia gosok baju batik Abang N, baju tu rosak. Abang N pun bengang la kan. So, maid tu pun kena la marah. Dan oleh kerana terlalu mengikut perasaan, terkeluarla perkataan ‘bodoh’ dari mulut Abang N. Si kecil N@zme yang sedang tengok cerita Barney and Friends, tiba-tiba bersuara, “Baba, tak baik cakap bodoh la.” Jadi, apakah pengajaran kita, adik-adik? Ya, betul. Jangan cakap perkataan tak elok depan anak-anak.
Hari ni hari jadi N@zme ke-4. Ya, dia baru sahaja berumur 4 tahun tapi dia sangat bijak. Hobi dia adalah menonton cerita Barney and Friends di Astro dan juga membaca. Can you believe that? Orang besar yang fasih membaca pun tak ada hobi membaca. Kalau datang rumah Tok Mum, dia akan suruh Tok Mum bacakan buku. Cikgu dia di tadika tanya AI, “N@zme ni lahir di luar negara ka? Pandai dia cakap omputeh.” Siapa yang ajar dia cakap omputeh? Mama ka? Baba ka? Tok Mum ka? Tok Dad ka? Ada la ajaq sikit-sikit. Habistu siapa yang ajaq banyak-banyak? Tentulah Barney and Friends, Bob the Builder, Higglytown Heroes dan semua angkatan-angkatan mereka. Dengan slanga american nya. Haha.. Jadi, apakah pengajaran kita, adik-adik? Ya, betul. Kawal lah aktiviti menonton tv anak-anak. Kurangkan tengok AF, banyakkan tengok educational programme.
Haritu N@zme ada lawatan ke kilang coklat bersama-sama kawan-kawan dan cikgu-cikgu di tadika. AI pesan Abang N supaya beri duit sikit kat N@zme. Bayangkan, budak 3 tahun lebih, mana la tahu duit tu apa. Tapi takpela, Abang N pun beri la jugak. 5 ringgit. Haha.. Sekali tu, bila N@zme balik rumah, dia buat surprise untuk adik dia, Eff@. “Eff@, N@zme ada surprise untuk Eff@!,” sambil memberikan Eff@ coklat yang banyak. N@zme memang seorang abang yang penyayang. Dia sangat sayang Eff@, Eff@ je masih terlalu kecil untuk appreciate kasih sayang abang dia. Haha.. Jadi, apakah pengajaran kita, adik-adik? Ya, betul. Jadilah seorang yang penyayang. Kalau pergi lawatan ke kilang coklat, jangan lupa bawa souvenir untuk orang-orang lain di rumah.
Aku sangat merindui N@zme. Sangat rindu :(

HAPPY 4TH BIRTHDAY, N@ZME :)
p/s: Jangan lupa perbanyakkan selawat sempena Maulidurrasul :)
2 comments:
dlm byk2 post, aku suka post nih. :)
aku pun!! huhu..
Post a Comment