Monday, March 17, 2008

Honesty is not always the best policy.

Kejayaan aku hari ini ialah tidak tidur lepas Subuh, sampaila sekarang. Dan kejayaan itu rupanya bukanlah satu berita gembira. Kejayaan tu akhirnya telah menyebabkan dua biji panadol dimasukkan dengan paksa rela ke dalam ruang GI tract aku. Sekarang, aku rasa nak muntah pulak. Tengok, kejayaan rupa-rupanya boleh menjadi ubat yang pahit.

Hari ini aku bangun dengan semangat yang lebih tinggi dari semalam. Aku cuba untuk menjadi rajin dengan mengulangkaji pelajaran. Cuma sekejap-sekejap tu, aku teringat balik kata-kata kawan aku semalam. Teringiang-ngiang suara dia di telinga aku. Mungkin kata-kata tu lebih pahit drpd ubat panadol yang aku telan tadi tapi siapala aku untuk memilih apa yang pahit, apa yang tidak.

Sejak aku berpisah dgn H, dan sejak aku mengalami konflik dengan A, aku belajar satu benda. Iaitu berlaku JUJUR dan TERUS TERANG. H pernah kata kat aku yang dia tak pernah meminta aku kasih sayang yang melimpah ruah. Dia cuma mahu aku menjadi seorang yang berterus terang. Seorang yang jujur. Dan seorang yang ikhlas. But I was too young to understand what honesty is. Aku masih terlalu naïf untuk memahami semua itu. Tapi, itulah kehidupan. Sekarang, aku sudah faham. Dan sekarang aku seperti ingin putarkan masa dan beritahu H bahawa aku sudah berubah menjadi seorang yg lebih matang. Tapi, “Demi masa, manusia itu di dalam kerugian..”

Tapi, selepas kejadian semalam, aku terfikir, kejujuran, keikhlasan dan keterus-terangan bukanlah sesuatu yang aku boleh buat tanpa mengharapkan benda yang sama daripada orang lain. Maksud aku, aku sudah meletakkan kepercayaan aku kepada mereka jadi aku mengharapkan mereka untuk juga berlaku jujur, ikhlas dan terus terang. Tapi, mereka tidak meletakkan kepercayaan mereka pada aku. Dan mereka tidak jujur, ikhlas dan terus terang.

Puas aku mencari jawapan, apakah dosa yang pernah aku buat sampai mereka tidak percayakan aku? Dan sepatutnya, mereka perlu jujur, ikhlas dan terus terang memberitahu aku apa kesalahan aku, tapi mereka tidak. AKU KAH YANG SALAH? ATAU MEREKA?

Aku sudah puas mencuba untuk bersangka baik dengan mereka. Alhamdulillah, tak ada satu prasangka yang jahat pun yang aku cuba letakkan pada mereka. Cuma.. aku tidak pasti samada aku mampu meletakkan kepercayaan aku kepada mereka lagi atau tidak. Aku sudah tidak pasti, samada aku mampu berlaku jujur, ikhlas dan terus terang lagi dengan mereka atau tidak.

Untuk mengikut kata the noble side of my instinct, aku sepatutnya memaafkan mereka dan terus berlaku jujur, ikhlas, dan terus terang tanpa mengharapkan pembalasan. Ya, itu yang sepatutnya aku lakukan. Tapi, aku bukanlah manusia yang maksum. Aku masih mempunyai perasaan. Aku tak nafikan yang aku masih berkecil hati dengan mereka. Tapi aku bersyukur sebab aku takde prasangka yang buruk terhadap mereka. Aku masih punyai naluri yang masih belum tercemar, insyaAllah.

Aku akan cuba. Aku akan cuba untuk terus berlaku jujur, ikhlas dan terus terang. Tapi mungkin tidak seperti dulu. Maybe to some extents, yes; but no longer like what I used to be. Sekarang aku sudah belajar, bahawa untuk mengaplikasikan kejujuran, keikhlasan dan keterus-terangan, tidak bererti untuk menjadi lurus dan naïf. Tapi perlulah bertempat.

Sungguh ironik bukan? Jujur. Ikhlas. Terus terang. Semuanya sifat yang baik. Tapi kalau kita amalkan, tak semestinya memberi impak yang positif. Mungkin salah aku sendiri. Mungkin salah aku kerana menyalahgunakan istilah-istilah itu. Mungkin salah aku kerana tidak betul-betul memahami maksudnya.

YA, MUNGKIN JUGA SALAH AKU. DAN BUKAN SALAH MEREKA.
photo taken by The Lydiannacat.
"We can never see ourselves the way others see us. Even the mirror shows us in reverse." kata M.
p/s: tapi aku masih kecil hati. Macam mana?

2 comments:

Anonymous said...

know what, kita buat baik, insyaallah di balas baik. u can't meet everyone's needs. u said that u're adult enough to know what honesty is. for those who don't, then, pity them. u should tell them. or at least, don't be affected by what they did. come on.. u know more than this.

deynarashid said...

of course i noe more than this. haha.. takdela, it's not about buat baik or buat jahat. it's about being open and honest. let say, all this while, they were not being open enough because they probably thought "it's better not to let dina noe everything," so why not if i think the same thing? itula maksud dina, kena terus terang bertempat. so, yea, it's better not to let them noe evrything.

kalau nak balas dendam, i would say, it's better not to let them noe at all!! tp dina takdela kejam. huhu.. so, that's how things will go from now on. i'm so sorry. dina dah serik n dah belajar so dina harap, things wont get into more troubles lepas ni. i'm grown up now, hopefully diorg pun dah besar la kan.

dont get me wrong. kitorg x bergaduh pun. dina bukan nak pegi bunuh org pun. haha.. biasa la perempuan, ngada2. yes, i admit that. haha..

you know how people keep on saying that life is unfair? i think u can actually change that and now i really feel that life is so fair. Allah itu Maha Adil, kan?

btw, thanx for your advice tho :)