Thursday, June 16, 2005

Perjalanan Jauh (Part I)

WARNING: This entry is not worth reading. It's a bunch of jive and full of craps with sloppy words all over the place. Heh..So, DO NOT READ ON.

Saya bangun awal pagi tadi. Mood masih tak berapa elok. Malam semalam bergaduh dengan hantu mana ntah. Pada mulanya, tak terlintas untuk post entry baru tapi mengenangkan nak post jugak pasal trip pergi Langkawi hari tu, jadi saya terus onkan komputer. Pelik rasa menulis dengan gaya sebegini. Tapi nak buat mcm mana, Dia yang ajar. Adren banyak tulis benda-benda 'pelik', apa salahnya kalau saya ikut gaya dia skali skala. Lagipun hari tu Aimi dah ajar banyak vocab bahasa Melayu so, apa salahnya kalau saya guna. Tapi...ish..dah la tulis dalam BI tahpape, tulis dalam BM pun buruk. *pasrah*

10 Jun
Bertolak ke stesen komuter UKM lebih kurang pukul 7suku. Lupi hantar. Sampai-sampai je, trus komuter datang. Bagus betul. Dalam komuter duduk sebelah seorang kakak ni, tak tahulah apa yang dia fikirkan tapi muka asyik bekerut je. Tak tahu la kalau dia tak suka saya duk sebelah dia ke, tapi saya peduli apa. Sepanjang perjalanan dengar discman je sebab mamat sebelah tu punya handphone asyik memekak je. Message alert tone dia macam ringing tone, bising nak mampus. Macam laa tak boleh guna standard tone je.

Lepas beberapa minit, Aimi call, tanya bila nak sampai. Dah lama tak jumpa Aimi, dah matang agaknya. Sampai-sampai je di Sentral KL, Aimi message, kata dia ada di McD. Jadi saya pun melangkah ke sana. Duk tercari-cari Aimi dan yang lain-lain, rupa-rupanya Aimi seorang saja. Izyan dan Man masih belum sampai. Ceh, ingatkan saya dah terlambat, rupa-rupanya ada orang tu (Izyan) masih kat rumah lagi!! Adoi..Lepas dah makan-makan dan semua dah tiba, kami pun pergi laa ke platform yang sepatutnya untuk menaiki keretapi. Memandangkan Aimi dan Man baru pertama kali naik train, jadi saya dan Izyan terpaksa la lead the way.

Masuk-masuk je train, terus carik tempat masing-masing. Aimi dan Man agak terkapai-kapai jugak laa kan tapi lama-lama tu dah ok la. Tiket tu untuk satu katil bawah dan tiga katil atas. Oleh kerana saya yang beli tiket jadi saya memilih tiket untuk katil di bawah sebab lebih selesa. Dan sebab itu juga lah, Mie, Man dan Izy terpaksa 'teman' saya kat bawah tu. Dalam pukul 845, train pun bergerak. Kami tak buat apa-apa pun dalam train:Borak-borak, gelak-gelak, main daun terup (??), pergi kantin (dalam train yang sempit tu pun Aimi boleh sesat. Adeh..Kesian..) lepastu tidur. Malam tu saya tidur tak nyenyak sangat sebab train selalu mengganas dan membuatkan saya menjadi lelong. Dah laa ada seorang kanak-kanak lelaki ni, duduk di sebelah katil Aimi, suka sangat memekak nyanyi lagu tahpape. Rase cam nak bunuh je budak tu, tapi tak sampai hati laa kan sebab budak tu belum puas hidup lagi. Comel tu, comel jugak laa tapi bising! Tak tahan!! Tak leh piii!

11 Jun
Sampai Stesen Alor Star lebih kurang pukul 830pagi. Turun-turun je train, terserempak laa dengan seorang pakcik teksi ni. Dia kata kaunter tiket buka pukul 10, tapi takkan kami nak tunggu sehingga pukul 10, maka pakcik tu mengofferkan diri untuk belikan tiket di pejabat KTM kat stesen tu kerana konon-kononnya dia kenal orang dalam. Padahal saja nak charge lebih!! Dalam teksi, ntah apa dia bebel, malas nak dengar.

Pakcik tu hantar kami ke Lorong Bayu, rumah makcik Aimi. Bila masing-masing dah bawa keluar dompet, pakcik tu dengan tak malunya mintak 20ringgit!! Mahal gilaaa!! Padahal bukannya jauh pun stesen dengan Lorong Bayu tu, tapi sebab kesian kat pakcik tu yang kononnya dah belikan kami tiket balik yang best sebab smua tiket untuk katil bawah, maka masing-masing pun mengeluarkan kertas hijau polimer. Pakcik tu nampak sungguh bahagia sekali kerana dapat duit yang sungguh cekik darah itu. Pakcik tu sempat lagi suruh Man ambil nombor fon dia kot-kot kami nak minta tolong dia hantar pergi mana-mana. Tapi Man hanya menekan keypad saja, tak save pun nombor tu. Haha..

Kebetulan sebelah rumah makcik Aimi tu adalah rumah pakcik Aimi jadi sementara Aimi pergi ke rumah pakciknya di sebelah, kami bertiga berhempas pulas untuk membuka mangga gate. Izyan kononnya bertindak bijak dengan mencari nama brand kunci yang sama dengan brand mangga maka akhirnya, gate pun terbuka membuatkan kami semua bolehla memasuki kawasan rumah itu. Agak besar juga rumah itu walaupun hanya setingkat tapi siap ada buaian semua, jadi tidaklah begitu bosan. Aimi terpaksa membersihkan rumah itu ala kadar saja. Kami bertiga hanya mampu melihat dan tersenyum melihat gelagat Aimi memegang penyapu. Dulu semasa belajar di Langkawi, Aimi laa satu-satunya classmate saya yang tidak tahu jadual bertugas. Nak kata malas, boleh tahan jugak laa malas dia tu. Kalah Dina. Hahaha..

Dah kemas-kemas tu, kami pun bersiap-siap. Dalam pukul 11 lebih, kami pun keluar jalan-jalan cari makan. Dah dekat 1/2kilometer tu, Izyan pulak tertinggal hensetnya di rumah makcik Aimi. Terpaksa laa dia patah balik bersama adiknya, Man. Biasa la, menurut mereka, adik-beradik homeroom mereka kononnya saling memahami (wekk ptuihh!) dan oleh kerana mereka terlalu cemburu dengan keakraban adik-beradik homeroom saya, maka mereka berdua beradik itu memberi gelaran 'poyo' kepada ahli homeroom saya. Tapi saya cool saja, tak kesah pun. Mungkin juga kami betul-betul poyo, siapa tahu? Tapi tak salah bukan? Asalkan kami bahagia. (Ok, takde kene mengena pun...)

Maka saya dan Aimi pun meneruskan perjalanan, mencari-cari kedai makan berdekatan. Tak jauh lepas tu, kami pun ternampak laa satu kedai makan ni, Restoran Mama. Dengar macam kelakar tapi ok jugak laa tempat tu. Saya dan Aimi order makanan dan minuman sambil menunggu Izyan dan Man. Beberapa minit lepastu, Izy dan Man pun tiba di restoran tu. Kami pun makan laa sambil beborak-borak.

Tak lama lepastu, Che Pooh, eh, Che Poon yang berada di sekitar kawasan itu pun call Izyan, katanya dia nak jumpa kami kejap. Oleh kerana ChePoon tidak tahu Restoran Mama di mana walaupun telah diexplain berjuta kali oleh Aimi, maka terpaksa laa kami menunggu sebentar walaupun dah habis makan. Semasa hendak membuat bayaran, saya dibuli oleh mereka bertiga. Saya berasa sungguh tidak adil pada ketika itu. Tapi memandangkan saya seorang kawan sejati yang baik dan baru sahaja menerima wang 43x3 maka saya pun belanja laa mereka. Mereka tersenyum gembira dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih.

Selepas 8tahun kami menunggu Che Poon, akhirnya, nampak juga kelibat budak tu. Dia menaiki motor bersama-sama dengan beberapa orang kawannya yang tidak dikenali. Che Poon kelihatan sungguh riang apabila berjumpa dengan kami. Oh ya, Che Poon tu juga adik-beradik Izyan dan Man, patut laa sengih memanjang. Ntah apa yang seronoknya, saya pun tak tahu. Kami pun borak-borak sehingga lupa dunia dan tak ingat yang kami ni sebenarnya nak pergi Changloon!! Kami pun terpaksa menunggu teksi di luar Restoran Mama itu. Tunggu punya tunggu, haram satu teksi pun tak berhenti! Dah laa tunggu Che Poon 8tahun, ditambah lagi dengan tunggu teksi 10tahun, adoi, letih pale otak. Akhirnya Che Poon mengambil langkah bijak untuk mencari no fon teksi jadi kami pun telefon laa teksi. Beberapa minit lepastu, teksi pun tiba dan terus membawa kami ke Kolej Matrikulasi Kedah di Changloon untuk berjumpa kawan-kawan kami (ex-maresmawi) di sana. Che Poon dan kawan-kawannya pula pergi ke Changloon menaiki motor.

Setibanya kami di KMK, Izyan call Nazirah, tanya hendak berjumpa di mana. Besar juga KMK tu, lawa jugak laa. Nazirah kata jumpa di kafe admin. Kami pun round punye round, akhirnya kami mampu berhenti di masjid saja. Man pun call Fudhail. Akhirnya kami terpaksa ikut Fudhail pergi ke kafe A yang hanya dipenuhi dengan jejaka-jejaka asing. Saya, Aimi dan Izyan agak terkapai-kapai juga dan akhirnya kami pun bergerak ke kafe B yang lebih aman damai. Di situ kami pun berjumpa laa dengan Nazi dan beberapa kawan yang lain seperti Faizah, Huda, Ili, Syud, Rusna dll. Kami pun minum-minum sambil borak-borak dan tangkap-tangkap gambar.

Lepas tu, Nazi berhajat nak bawa kami bertiga ke Pekan Changloon maka kami terpaksalaa meninggalkan Man bersama dengan Man off, Sabrun, Fudhail dan sape2 ntah. Dalam perjalanan ke main entrance tu, terserempak laa dengan Syahid (kind of good friend jugak laa..) dan tertunai laa hajat saya nak jumpa dia. Hehe.. Dia kelihatan agak terkejut dengan kehadiran kami. Saya agak gembira jugak laa jumpa dia sebab dah lama sangat tak jumpa (eceh..poyo gile.haha..). Oleh kerana dia nak pergi ke kedai 'Secawan Copy' maka terpaksa laa kami berpisah dan meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon dengan menaiki teksi.

Di Pekan Changloon kami hanya pergi ke bank dan kedai apa ntah nama. Lupaa. Heh..Sempat juga kami terserempak dengan Yuzuar bersama dengan kawannya yang rupa seperti Adib. Tersengih-sengih budak tu. Gembira agaknya baru kluar duit. Lepas dah jalan-jalan di pekan Changloon, kami pun balik ke KMK dengan harapan Husniyah boleh tolong ambil kami bawak balik Alor Star. Maka kami pun menunggu Husniyah di pondok guard di main entrance tu. Izyan call Man yang masih leka di kafe A untuk segera ke pondok guard dan Man hanya mampu berkata "on the way". Ye la tu on the way, Husniyah dah datang siap boleh posing-posing lagi, kelibat Man masih belum kelihatan. Geram jugak laa kan. Izyan call lagi dan Man mengulang ayat yang sama. Tak tahu laa pula kalau Man datang naik kura-kura ke tapi memang lambat jugak laa kan. Dah tunggu beberapa minit tu, baru laa dari jauh nampak tiga sekawan terkedek-kedek ke pondok guard.

Husniyah datang dengan emaknya maka kami pun bersalaman. Terpaksa laa meninggalkan Nazi pulang ke hostelnya bersendirian. Tak sempat nak jumpa Syahid before balik tu. Isk..Pasrah jugak laa kan. Kemudian, emak Husniyah terus menghantar kami pulang ke rumah makcik Aimi. Setibanya di rumah itu, kami berehat dulu sejam dua. Lepastu, malamnya itu kami bersiap-siap untuk keluar dinner di Menara Alor Star. Sekali lagi kami berempat dengan tak malunya menumpang Husniyah bersama ibunya ke menara tersebut. Pada mulanya, kami agak jakun jugak laa kan terutamanya Dina. Haha.. Tapi lepastu dah biasa dah laa. Kami makan di Restoran Berputar yang berjaya membuat Aimi berasa sungguh lelong. Makanan di situ memang best gile!! Dan lamb steak menjadi pilihan utama kami. Ada macam-macam juga laa sehingga kami semua terpaksa tambah dua tiga kali sebab sedap sangat. Heh.. Saya dan Husniyah sempat lagi meminta supaya memainkan lagu Michael Buble, Sway. Lagu Home takde sebab pakcik tu tak geti main.

Lepas dah kenyang dan penat bergelak ketawa, kami pun pulang dengan gembira kerana segala perbelanjaan ditanggung oleh emak Husniyah. Oh, sungguh kami terharu dengan sifat pemurah ibunya itu. Husniyah pun pemurah jugak laa (ye ke Yah? terpaksa cakap jugak laa kan? Hahaha gurau je..) Sebelum menaiki kereta tu, sempat lagi Man dan lain-lain mengusha-usha persembahan Mawi AF yang ditayang di situ. Saya punye laa terkapai-kapai siapakah Mawi itu. Maklumlah, orang tak tengok AF memang laa tak tau. Heh.. Kemudian, selepas tiba di rumah makcik Aimi tu, kami pun berasa sungguh bosan. Maka kami pun keluar lagi pi carik kedai minum. Jadi kami pun minum-minum sambil borak-borak di Restoran Khaleel yang dibuka 24jam. Dah puas hati, kami pun balik rumah balik. Mata saya dah berat kengantukan maka terpaksa laa tidur meninggalkan dunia buat sementara waktu......

TO BE CONTINUED

No comments: