WARNING: This entry is the sequence of the previous post. It might include all sorts of absurdities so again, you may SKIP THE READING.
12 Jun
Pagi tu saya ingat saya paling awal bangun, rupa-rupanya Izyan dah ada dalam bilik air tengah mandi. Alang-alang ada orang dalam toilet, saya meneruskan lagi tidur saya seminit dua (lebih 2minit kot.Heh..) Kemudian, sekali lagi saya dan Izy terpaksa menjalankan tanggungjawab yang sungguh berat sekali iaitu untuk mengejutkan Aimi dan Man yang sememangnya kaki tidur.
Selepas bersiap-siap, kami pun keluar untuk mencari sarapan pagi. Kami menarik beg tarik masing-masing sehingga la terserempak dengan Husniyah bersama bapanya. Pada mulanya kami ingin bersarapan di Restoran Khaleel tetapi mendangkan kami mengejar feri pada pukul 830 maka kami pun terpaksa tapau makanan dan minuman pagi. Izyan sempat call Faiz untuk menyuruhnya membelikan tiket untuk kami berlima namun Faiz memberitahu bahawa feri 830 tidak sempat untuk dikejar maka kami terpaksa menaiki feri pada pukul 9.
Setibanya di jeti Kuala Kedah, dari jauh sudah kelihatan kelibat Faiz aka Pait aka Abu (sungguh banyak nama kawanku ini..) Mukanya tersenyum gembira melihat kedatangan kami berlima. Kami sempat lagi berkenalan dengan Mak Udanya (kalau tak silap laa.takpun Mak Ndak ke..Tapi bukan Maklong la..) dan sepupunya yang sungguh comel. Selepas mendapat tiket, kami pun bergerak laa ke platform yang sepatutnya. Dalam feri, kami semua terlena kerana terlalu letih. Lagipun feri mengganas membuatkan kami semua berasa lelong maka tidur adalah langkah terbaik.
Setibanya di jeti Langkawi, saya terutamanya berasa sungguh gembira kerana berpeluang untuk kembali ke sana semula. Bak kata Aimi "it's like we're belong to this place" dan pernyataan itu teramatlah benarnya. Di pulau yg terabai itulah tempat kami mencurahkan kasih sayang (ewaahh..) antara guru-guru dan kawan-kawan. Faiz and the gang terus melangkah ke kaunter kereta sewa. Kebetulan Faiz ada sedara di situ maka kami mendapat diskaun 100% (maknanya free laa tu) Kami diberi kereta Wira MANUAL (Adoii!) dan Man konon-kononnya menjadi hero of the day kerana berjaya membawa kami berenam (satu kereta 6 orang! hebat tak? Husniyah duk dalam boot. Hehe..) ke Kondo Istana dengan selamat. Maklumlah, sejak dapat lesen, Man tidak membawa kereta manual, kereta satrianya Auto, kire hebat juga lah dapat membawa kereta manual dengan jayanya.
Selepas meletakkan bagasi kami di Kondo Istana, kami tanpa melengahkan masa lagi terus bergerak ke maktab kesayangan kami. Kami dengan bangganya memasuki main entrance maktab dan mengepark kereta di hadapan kelas tingkatan 5. Aimi, Man dan Izy tidak habis-habis menyakat saya, kononnya saya ingin berjumpa dengan junior bernama **** (maaf, namanya terpaksa tidak diberitahu) padahal tak pun. Lepas park kereta, kami terus ke bilik guru. Masuk-masuk je bilik guru, kelihatan Cikgu Kucai dengan sungguh amannya sedang tengok tv. Mentang-mentang laa dah ada tv kat bilik guru. Kemudian, terserempak juga dengan guru-guru yang lain. Maktab masih seperti dulu. Tersergam indah dan sentiasa gagah perkasa. Kami pun lepak-lepak sambil borak-borak dengan guru-guru satu persatu.
Paling menggelikan hati bila berborak-borak dengan Cikgu Yusmizal. Dia baru sahaja mendapat baby boy yang ketiga (Semua anak dia lelaki) bernama Yusran selepas anak pertama yang bernama Yusri dan anak kedua bernama Yusra. Cikgu Sue yang berniat untuk bergurau memberitahu kami supaya memanggil anak ketiganya "Useless" (haha kesian baby tu..) Pak Yus hanya mampu memendam perasaan. Hehe.. Perangainya masih tidak berubah seperti dulu. Walaupun jam sudah menunjukkan waktu untuk kelas mengajar, Pak Yus masih relex di bilik guru, malas nak pi kelas.
Selepas berjumpa dengan guru-guru, Pak Hassan mengoffer diri untuk belanja kami semua. Kanak-kanak riang itu apa lagi, mesti laa syok! Heh..Kami pun melangkah ke Cafe yang dirindui itu. Sambil menjamu selera, kami beborak dengan Pak Hassan. Ada juga Man tak puas hati nak suruh Pak Hassan carik kesalahan budak-budak yang tengah makan di situ. Maklumlah, katua warden laa katakan. Namun Pak Hassan dengan bangganya berkata "Saya dah baik dah sekarang. Selalu pergi surau, tak main dah cubit-cubit ni.." Haha.. Dengan muka macho dia tu, baik laa sangat kan....
Kami duk di maktab agak lama laa. Sampai laa ke prep petang, kami mengejoin Cikgu Norlia di Dataran Hijau, konon-konon buat spot check laa. Geli hati juga tengok gelagat junior-junior. Pantang nampak Cikgu Norlia, mesti check diri sendiri dulu, takut-takut tak tuck in baju ke, tak pakai stokin ke. Is dan Umar (dua-dua tu cousin Aimi) dengan tak malu dan selambanya tak pergi prep dan join kami di dataran hijau tu. Saba je laa kan.. Ada juga pelajar baru yang baru berdaftar kena marah dengan Cikgu Norlia. Kesian betul.. Hehe..
Lama jugak laa duk kat dataran hijau tu. Dalam pukul 5, baru balik apartment. Dah selesai solat semua, kami pergi ke maktab semula. Maklumlah, takde kerja. Hehe.. Mula-mula pergi headquarters guru-guru, dengan niat nak pergi laa melawat rumah cikgu mana-mana. Tengah nak parking tu, nampak laa Ustad Rom dengan gagah dan bangganya sedang membasuh kereta Honda kesayangannya itu. Kami keluar je dari kereta, Ustad Rom tanya "Ye, nak carik siapa.." Haha..Biasala tu Ustad Rom. Pait dengan bijaknya berkata "Tengah carik car wash.." Haha.. Lawak betul..Kebetulan HEP tersayang pun ada, so, borak-borak kejap lepastu pergi tengok baby Cikgu Lin dengan Pak Hassan yang kebetulan tengah main-main kat depan parking kereta tu. Kelihatan Damia dan Zaim sedang bergembira bermain basikal. Dah besar dah.. Comel pulak tu.. Lepas tu, pergi rumah Pak Cop yang baru dapat baby girl yang sangat comel!! Daniel dah besar dah sekarang. Agak hiperactive juga. Siap speaking-speakong lagi tu! Hebat sungguh budak kecil itu. Lepas borak-borak dan minum air, kami singgah ke rumah Pak Yus untuk melawat baby Yusran. Sempat juga laa bergambar dengan Yusri dan Yusra yang semakin kacak itu.
Lepas dah lawat guru-guru semua, kami pun pulang ke apartment untuk solat maghrib. Pada mulanya, Cikgu Hariza ingin keluar dinner bersama kami tetapi memandangkan beliau ada appointment dengan XYC, maka tak dapat laa kami dinner bersama. Izyan pun apa lagi, call laa Cikgu Hashim. Lebih kurang pukul 9, kami ke Seri Betong di Pekan Kuah dan kelihatan Cikgu Hashim bersama keluarganya sedang menunggu kedatangan kami. Oh ya, Cikgu Hashim juga baru sahaja mendapat baby boy bernama Asif yang sangat comel!!!!! Kebetulan Asif memakai baju yang saya dan Izyan hadiahkan hari tu, Asif nampak lebih kacak dan sasa. Kami pun makan-makan sambil borak-borak dan bergelak ketawa. Seronok juga rasanya. Lebih menyeronokkan apabila Izyan membelanja kami semua. Hahaha best best..
Selepas selesai makan, Pait dengan beria-ianya ingin pergi ke maktab. Ntah apa yang dia nak buat, saya pun tak tahu. Katanya ingin berjumpa dengan junior-junior tersayang, maka dia pun ikut laa Cikgu Hashim balik maktab. Manakala saya dan lain-lain pun pergi laa ke Dataran Lang memandangkan takde tempat best untuk kami tujui. Bak kata Cikgu Hashim "Kat Langkawi ni time malam bukannya ada apa pun" Sesungguhnya benar kata Cikgu Hashim itu. Langkawi menjadi sebuah tempat yang sangat busan di kala malam. Di Dataran Lang pun, kami hanya duduk lepak-lepak dan beborak-borak. Seronok juga lepak-lepak begitu sambil bergelak ketawa. Teringat waktu-waktu dahulu ketika di zaman persekolahan, terlalu banyak untuk direcall. Sungguh manis sekali kenangan-kenangan dahulu.
Selepas segala lampu di Dataran Lang dipadamkan, kami pun berangkat pulang. Kami mengambil Pait dulu di maktab kemudian baru pulang ke apartment. Setibanya di apartment, saya terus tidur dan lelap kerana terlalu letih agaknya.
13 Jun
Pada mulanya, kami ingin ke pantai awal-awal pagi tapi, maklumlah, siapa je bangun pagi-pagi buta tu selain Husniyah. Hehe.. Maka kami pun meneruskan lena kami sehingga laa pukul 9 lebih pagi. Lepas dah mandi-mandi dan bersiap-siap, kami pun pergi laa sarapan di sebelah Hotel Bayview di Pandak Mayah. Memandangkan Man dan Pait masih tidur, kami pun meninggalkan mereka dengan mimpi masing-masing. Terpaksa laa kami tapau makanan untuk jejaka berdua itu. Sementara menunggu mereka mandi dan bersiap-siap, Izyan sempat lagi mencuba-cuba bawa kereta round-round Kondo Istana. Maklumlah, orang belum dapat lesen memang teruja apabila pertama kali pegang stereng. 'L' pun belum dapat sebenarnya. Haha.. Dah round seribu sejuta pusingan, barulah Man dan Pait siap. Maka kami pun SEKALI LAGI beredar ke maktab.
Kali ini, tujuan utama kami hanya untuk ke pejabat untuk ambil barang dan berjumpa dengan guru-guru buat terakhir kali sebelum masing-masing melanjutkan pelajaran. Kami sempat juga ke bilik pengetua dan beborak-borak. Khabarnya, pengetua Sanusi akan berpindah ke tempat lain tapi, tak tahu laa setahun dua lagi ke. Selepas kami mengucapkan selamat tinggal pada maktab, kami pun pergi ke Langkawi Fair aka Samudera untuk lunch. Teringat zaman dulu-dulu, kalau outing je, mesti pergi Samud. Kebetulan Pait tengah kaya maka dia pun membelanja kami semua.
Selesai makan dan beli coklat-coklat, kami terus ke jeti untuk membeli tiket feri untuk pulang pada petang itu. Kami agak ragu-ragu juga kerana tiket feri yang ada adalah pukul 445, perjalanan pula mengambil masa selama 1 1/2 jam, sedangkan train balik pula akan berangkat pada pukul 650. Namun, terpaksa juga laa kami mengambil tiket pada pukul 445. Selepas selesai mengemas bagasi, kami pun bertolak ke jeti. Kerisauan mula membelenggu fikiran masing-masing. Apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa agar kami tidak terlepas train. Dalam feri saya gagal untuk melelapkan mata. Walaupun feri cukup mengganas untuk membuat saya pening dan lelong, namun ada sesuatu menghantui fikiran saya. Tak tahu pebende.
Kami sampai di jeti Kuala Kedah lebih kurang pukul 615. Cuak jugak laa kan sebab terpaksa rushing nak pergi ke stesen keretapi. Nasib baik ayah Yah, Uncle Zainol ada. Kami pun sekali lagi dengan tak malunya menumpang Yah dan ayahnya ke stesen keretapi. Kami tiba di stesen lebih kurang pukul 645. Cuak tak cuak, angkut bag terus pergi kat platform. Tak sempat nak salam Yah. Heh.. Sampai-sampai je di platform, train terus sampai. Nasib baik laa tak tertinggal train kan. Lega jugak laa..
Duduk-duduk je dalam train, terus rasa relief gilaa. Dah Aimi dengan Izyan lapar atau kebuloq, maka kami pun bersantai laa dalam train sambil menikmati KFC yang dibeli dengan tergopoh-gapah di jeti tadi sambil bertangkap-tangkap gambar. Macam biasa laa, dalam train kami hanya mampu lepak-lepak sahaja. Malam tu, kami berhajat nak pergi kantin. Hatta saya dan Izyan pun pergi dulu, Aimi dan Man menyusul beberapa minit lepas tu. Kebetulan masa on the way tu, jalan di block buat sementara waktu kerana abang KTM tu tengah buat ape ntah maka saya dan Izyan tak dapat meneruskan perjalanan.
Selepas Aimi dan Man muncul, mereka pun agak musykil mengapa saya dan Izyan berhenti di tengah jalan. Izyan pun apa lagi.. "Kantin tutup.." Aimi pun agak terkapai-kapai juga "Habistu bila bukak?" "Tak tahulaa, cuba tanya abang tu.." sambil menuding jari kepada abang KTM tu. Saya yang sangat memahami perangai Izyan yang suka kenakan orang tu, tergelak guling-guling dalam hati. Dalam hati je laa..Lepastu Aimi pun tanye laa abang KTM tu "Bang, bila kantin buka?". Saya sangat tak tahan nak gelak maka terpaksa la melepaskan gelak besar dalam train tu. Abang tu dengan muka toyanya berkata "Kantin buka je..24jam lagi tu..". Muka Aimi kelihatan agak termalu jugak laa kan tapi dia cuba untuk control. Haha cian..
Dalam kantin pulak, duk lepak-lepak je. Kebetulan kami terlihat di tingkap tertulis "Emergency Window" maka kami pun berborak-borak dan mencari jalan bagaimana tingkap tu berfungsi. Izyan ada juga cuba nak buat lawak bodoh, menjadi jugak laa. Apa yang merimaskan adalah jejaka-jekaka askar yang sungguh 'kampung' dan tacky itu duk melalak-lalak dalam kantin tu. Ntah apa masalah mereka, saya tidak dapat kenal pasti. Setelah duk di kantin beberapa minit, mula laa seorang kampung boy itu nak mengorat Aimi. Maka Dina yang baik hati ni pun terpaksa laa memulakan langkah untuk keluar dari kantin yang sungguh bosan dan sempit itu.
Malam tu saya tidur awal kerana terlalu letih. Walaupun train mengganas, saya dapat tidur dengan nyenyak sekali. Syok gak ah.. Cuma apa yang tak menarik adalah kesejukan yang melampau di kala pagi dan kami hanya diberi sehelai selimut yang hanya senipis sel. Sedih jugak laa kan tapi nak buat macam mana..
14 Jun
Saya orang pertama bangun! Hooray! Malangnya, saya terpaksa laa kejut budak-budak lain tu. Nasib baik tak payah sangat. Kebetulan train sampai di Sentral KL awal pagi juga lebih kurang 640pagi maka terpaksala kami bersiap-siap pada awal pagi itu. Setibanya kami di Sentral KL, kami pun terus laa ke foodcourt untuk sarapan yang dibelanja oleh Aimi. Actually, foodcourt tu buka pada pukul 7pagi namun kerana bosan menunggu, kami order je laa makanan. Pakcik yang buat air pulak tanak ambik order sebab belum pukul 7. Nak je sepak pakcik tu tapi nanti takda orang nak buatkan air pulak jadi, terpaksa laa bersabar. Lama juga kami duk di situ sambil borak-borak dan gelak ketawa. Rindu pula rasanya untuk lepak-lepak sebegitu.
Selepas puas hati, kami pun terpaksa laaa berpisah dan menghala ke arah masing-masing. Saya terpaksa mengambil komuter ke UKM manakala mereka yang lain tu ambik LRT pergi ke destinasi masing-masing. Selepas mengucapkan selamat jalan, saya pun pergi laa ke platform6 untuk menaiki komuter. Tidak ada apa yang menarik semasa dalam perjalanan pulang dalam komuter. Sampai-sampai je di UKM, kelihatan ayahanda sedang menunggu kepulangan anakanda tersayang. Maka selesailah satu perjalanan jauh yang tidak akan kulupakan (sebab dah tulis dalam blog. Heh..)
TAMAT..

2 comments:
akum dina!! haha..klu kat spm nye slip tuh ader g-ceo ntuk bm paper gak...kite confirm awk dapat A1 gak ah!!!! hahaha..bravo2!! bleh lawan faisal tehrani nih...haha..=)
ceh..cam perli je..hahaha..kalau dpt a1 gak x tau laa nak kate ape kan, maybe examiner tu terlalu terharu dengan ke'bengap'an dina menggunakan bahasa. heh..
Post a Comment